Pergi ke kandungan

Kampung Paloh Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Paloh Rawa, Machang, Kelantan. Nama kampung ini di ambil sempena perkataan paloh dan rawa. Paloh ialah tanah rendah di tebing sungai yang akan dipenuhi air ketika musin tengkujuh. Manakala rawa pula ialah nama sejenis pokok. Buahnya berwarna kebirua-biruan apabila masak dan boleh dimakan. Adalah menjadi satu perkara yang agak pelik bila pokok rawa dapat tumbuh di kawasan bersir seperti paloh ini. Jadi atas dasar inilah paloh rawa dipilih sebagai nama kampung ini.


(Petikan dari Kajian : Nik Zafri)

Terdapat sumber saudara-mara di Paloh Rawa menyatakan sepanjang ingatan mereka - tiada pokok rawa yang tumbuh di kawasan Paloh Rawa - mungkin ada pada zaman terdahulu - Wallahualam.

Menariknya lagi maksud perkataan "Rawa" atau "Rao" juga seerti dengan "Sawah, Paya, Pamah atau kawasan tanah berair/lembap" (mirip kepada maksud "Paloh" itu sendiri)

Jarak antara Paloh Rawa ke Chetok, Pasir Mas ialah 38km menerusi jalanraya. Tetapi - dari Paloh Rawa ke Chetok, Pasir Mas, kedudukan aliran Sungai Kelantan amat berdekatan sekali.

Dalam tahun-tahun 1780-an, Sungai Kelantan amat luas dan boleh dilalui dengan kapal sebelum pengaruh geomorfologi - topografi dan batimatri, pembangunan, iklim telah mempengaruhi keluasannya dalam tempoh 2 abad ini.

Dari sumber lisan yang tidak dapat disahkan:

a) Paloh Rawa mungkin mula terasas dalam tahun-tahun 1850an atau lebih awal dari itu,

b) Terdapat sekumpulan berketurunan Patani/Reman di yang tinggal di Paloh Rawa (melarikan diri dari Patani dari antara 1780-an - 1790-an ke Machang (timeline/garis masa yang hampir sama dengan zaman Sutan Amir Kaharuddin)

c) Sejarah awal Paloh Rawa juga tidak begitu jelas kecuali terkait dengan kisah Jambatan Guillemard yang dibina pada tahun 1924.

d) Ada pendapat menyatakan - mereka yang mengikuti perjalanan Sutan Amir Kaharuddin Budiman telah menetap di kawasan Paloh Rawa dan tidak meneruskan perjalanan ke Pasir Mas - dan mereka telah berkahwin pula dengan kumpulan Patani/Reman - wallahualam.