Kampung Kachau
Kampung Kachau terletak di Semenyih, Selangor.
Operasi bakar rumah Kampung Kachau, Semenyih
[sunting | sunting sumber]Kronologi
[sunting | sunting sumber]Pengganas Komunis ini tidak sepanjang masa duduk di dalam hutan. Pada siang hari mereka menoreh getah, bertani dan menjadi pelombong bijih timah, tetapi pada malam hari menyerang hendap rumah asap dan gudang getah milik rakyat British. Lombong bijih timah di Semenyih turut diugut da diserang.
Pada 2 November 1948,
- rumah dan gudang getah di Ladang Dominion, Hulu Semenyih telah dibakar oleh pengganas komunis.
Sebagai tindak balas, Kampung Kachau telah dibakar oleh pasukan keselamatan pada malam tersebut. Sebelum itu kampung ini telah lama disyaki menjadi tempat persembunyi pengganas komunis yang menyerang ladang getah, lombong bijih timah dan rumah-rumah majikan orang British.
Pada malam itu juga setinggan Cina diberi masa setengah jam sahaja untuk keluar rumah dan pindah pada jam 4.00 pagi.
Keraguan timbul apabila kakitangan Operasi Darurat Selangor, pasukan keselamatan dan polis mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran beberapa rumah papan yang disyakki menjadi tempat perlindungan komunis. Api kemudian didakwa merebak ke seluruh Kampung Kachau. Barang-barang yang sempat diselamatkan dan diletakkan di tepi jalan turut terbakar.
Rumah yang turut terbakar ialah kedai borong getah, kedai kopi, kedai runcit dan lain-lain.
Penduduk setinggan sengaja melambat-lambatkan pemindahan barang dengan harapan pengganas komunis akan menyerang semula dan membantu mereka.
11 Januari 1949,
- Operasi menahan komunis dilakukan di sekitar Semenyih dan Kajang mengikut Peraturan Darurat 17D.
Mereka dipindahkan ke pekan Semenyih dan Seremban. Mereka dilarang menuntut ganti rugi kerana telah membantu komunis. Malah mereka dianggap musuh negara dan dibuang negara.
Sekitar Semenyih sukar bebas daripada anasir Parti Komunis Malaya aktiviti subversif komunis cukup hebat. Semenyih bertindak menjadi cawangan utama PKM di selatan Selangor. Sebuah organisasi komunis Melayu turut wujud di Semenyih sebagai induk negeri Selangor. Beberapa pemimpin komunis turut bersembunyi di rumah setinggan Cina di Kampung Kachau selama beberapa minggu.
- Merahsiakan kegiatan komunis
- Memberi maklumat pegerakan pasukan keselamatan kepada komunis.
- Membantu gerla komunis secara sukarela
Januari 1950,
- seorang pemimpin komunis bernama Abdul Manan telah ditembak mati. Abdul Manan pernah berhubung dengan penduduk Kampung Kachau ini. Akibatnya 60 penduduk setinggan Semenyih ditahan oleh polis atas tuduhan memberi bantuan kepada komunis.
Tahun 1951,
- beberapa perisik komunis berjaya ditangkap di Selangor, tetapi kadet pelapis terus wujud.
16 Februari 1951
- pembunuhan seorang guru sekolah Melayu di Semenyih oleh komunis tidak pernah dilaporkan kepada polis.
- Seramai 1500 penduduk setinggan Kampung Semenyih telah dipindahkan kemudiannya di bawah Peraturan Darurat 17D. Kad Tahanan diberi kepada setiap penduduk kampung yang dipindahkan. Dalam kad itu tercatat nama dan alamat penduduk. Kad ini mestilah digantung di leher.
16 Februari 1951,
- tahanan yang bersalah akan dihantar ke pusat pemulihan. Mereka akan dijadikan buruhan kerahan selepas keluar dari pusat pemulihan di Kluang, Johor.
Sejak Oktober 1951,
- Kerajaan British telah menghalau 800 setinggan Cina keluar dari Kampung Kachau. Lelaki Cina termasuk kanak-kanak dan wanita telah membantu bekalan makanan, ubat dan kewangan kepada suara-mara mereka yang menjadi komunis.
1953,
- Kempen Membanteras Pengganas Komunis' dilancarkan di Semenyih. Sepanduk-sepanduk dengan kata-kata yang menentang komunis diarak di pekan Semenyih.