Pergi ke kandungan

Kampung Ekor Bota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Ekor Bota terletak di sebelah kiri Sungai Perak. Berhampiran ialah Kampung Bota Kiri dalam mukim Bota daerah Perak Tengah. Satu kilometer dari Bota Kanan dan 15 kilometer dari Sri Iskandar.

Nama asal kampung ini ialah "Kampung Biok".[perlu rujukan]

Jumlah penduduk kampung adalah lebih daripada 1,000 orang. Sumber ekonomi kampung ini bergantung kepada sektor pertanian seperti kebun pisang, tanaman sawah padi dan juga pembuatan atap rumbia.