Kampung Agis-Agis
Kampung Agis-Agis | |
---|---|
Koordinat: 4°40′03″N 114°28′57″E / 4.667580°N 114.482480°EKoordinat: 4°40′03″N 114°28′57″E / 4.667580°N 114.482480°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Belait |
Mukim | Liang |
Poskod | KC3335 |
Kampung Agis-Agis ialah sebuah kawasan di Lumut iaitu sebuah petempatan di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam Mukim Liang,[1] dan juga sebahagian kawasan Kampung Lumut I (Satu).[perlu rujukan] Poskod bagi Kampung Agis-Agis ialah KC3335.[2]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Kampung Agis-Agis terletak di Lumut, nama umum bagi sebuah kelompok petempatan di Mukim Liang yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan di sekitarnya.[perlu rujukan] Ia berjiran dengan Kampung Perumpong di bahagian timur laut, Kampung Sungai Lalit di bahagian selatan dan Kampung Sungai Kuru di bahagian barat.[3]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kawasan Kampung Agis-Agis secara rasmi merupakan sebuah kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah di Brunei.[1] Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Agis-Agis adalah di bawah tanggungjawab ketua kampung bagi Kampung Lumut I.[perlu rujukan]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 31. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn. Dicapai pada 10 Jun 2018.