Kampong Bharu
- Rencana ini mengenai nama kampung Melayu di Kuala Lumpur. Klik di sini untuk Kampung baru Cina iaitu penempatan yang dibuat pada zaman darurat.
Kampong Bharu | |
---|---|
Kampung | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Kuala Lumpur |
Zon | Pusat Bandar Kuala Lumpur |
Parlimen | Titiwangsa |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Maimunah Mohd Sharif |
Poskod | 54000 |
Kod kawasan | +603 |
Kampong Bharu ialah sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kampong Bharu telah ditubuhkan pada oleh pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama. Kampong Bharu telah diiktiraf sebagai penempatan komuniti Melayu melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 melalui rizab Penempatan Pertanian Melayu (M.A.S) di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 yang dikawal melalui penghuniannya dan pengurusan M.A.S (Warta Selangor No. 21/1900).[1]
Kampung Baru mempunyai keluasan 220 ekar.[2] Ia dibuka pada 1900 sejak perlombongan bijih timah oleh Raja Jumaat. Penduduknya seramai 35,000 orang meliputi 7 buah kampung. Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang.
Mercu tanda terkenal
[sunting | sunting sumber]- Dewan Sultan Sulaiman
- Stesen LRT Kampung Baru dalam Aliran Kelana Jaya
- MRT Raja Uda Laluan Putrajaya
- Masjid Jamek Kampung Baru
- Pasar Minggu di Jalan Raja Muda Musa
- Pintu Gerbang Kampong Bharu
- Pintasan Saloma
Penduduk terkenal
[sunting | sunting sumber]- S. M. Salim - penyanyi Malaysia
- SM Nasimuddin SM Amin - pengerusi Kumpulan Naza
- Azman Hashim - pengerusi AM Bank
- Sultan Azlan Shah - Sultan Perak ke-34
- M.Shariff - penyanyi pop yeh yeh
- Jamal Muhamad - pelawak dan juruhebah
- Shahz Jaszle - pelakon TV
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Isu dan tengkarah
[sunting | sunting sumber]Pembangunan semula
[sunting | sunting sumber]Pembangunan semula Kampong Bharu sentiasa menjadi isu dalam politik Malaysia. Pelbagai usaha pembangunan kampung terbantut dan terbengkalai kerana penduduk kurang yakin . Biasanya pemaju swasta memberi nilaian tanah yang rendah dan tidak berbaloi.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan menyediakan kertas pembangunan semula. Beliau sendiri akan berdailog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas cadangan itu. Penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka.
Tanah diserahkan kepada kerajaan dan akan dibangunkan. Najib mendengar taklimat daripada ahli Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampong Bharu.[3]
Ciri kebudayaan Melayu dan legasi unik kawasan ini akan dipertahankan. Ini termasuklah bangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera.
RM2 juta diperuntukkan untuk mengecat bangunan dan membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampong Bharu yang dilihat kotor dan daif.[4] Ia dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) .[5]
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu telah ditubuhkan melalui peruntukan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 [Akta 733] yang berfungsi sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampong Bharu. PKB secara rasminya mula beroperasi pada bulan Julai 2012.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Background of Kampong Bharu – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-10.
- ^ "Sejarah Kampung Bharu" (PDF).
- ^ "Kampung Baru terima 'tinjauan mesra' PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-10. Dicapai pada 2010-02-06.
- ^ "PM umum konsep baru pembangunan Kampung Baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-09. Dicapai pada 2010-02-06.
- ^ Pembangunan Kampung Baru tidak pinggir hak penduduk[pautan mati kekal]