Pergi ke kandungan

Kamilia Afiqah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamilia Afiqah
Kelahiran
Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman

(1998-07-08) 8 Julai 1998 (umur 26)
Nama lainKeymi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • Pengacara
Tahun aktif2022–kini
Majikan
PasanganKhairul Hazwan Bin Husin (k. 2023)

Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman (lahir 8 Julai 1998) merupakan seorang penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Molek FM (2022) dan Hot FM (2023-kini).

Keymi memulakan kerjaya sebagai penyampai radio setelah terpilih menjadi pemenang pertandingan Cek Mek Molek anjuran stesen radio Molek FM. Keymi berjaya membawa pulang kontrak bersama Molek FM bernilai lebih RM30,000. [1]

Setelah setahun bersama Molek FM dalam segmen Molek 10-3 khidmatnya diteruskan lagi di Hot FM dalam segmen FYP@Hot.

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
27 Mac - 29 Disember 2022 Molek 10-3 Molek FM
2 Januari 2023 - kini FYP@Hot & Carta Muzik Muzik Hot FM Hot FM
  1. ^ [1]Harian Metro (29 Mac 2022). Dicapai pada 21 Mei 2023.