Kamal Nath
Kamal Nath | |
---|---|
Union Minister for Urban Development | |
Dalam jawatan January 19, 2011 – May 29, 2014 | |
Didahului oleh | Jaipal Reddy |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
Union Minister for Road Transport and Highways | |
Dalam jawatan May 22, 2009 - January 18, 2011 | |
Didahului oleh | T R Baalu |
Digantikan oleh | C. P. Joshi |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
MP | |
Menyandang jawatan 1980 | |
Didahului oleh | Gargishankar Ramkrishna Mishra |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
Union Minister for Commerce and Industry | |
Dalam jawatan May 2004 – April 2009 | |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
Union Minister of State (Independent Charge) for the Textiles | |
Dalam jawatan 1995–1996 | |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
Union Minister of State (Independent Charge) for the Environment and Forests | |
Dalam jawatan 1991–1995 | |
Kawasan pilihan raya | Chhindwara |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kanpur, Uttar Pradesh | 18 November 1946
Parti politik | INC |
Pasangan | Alka Nath |
Anak | 2 sons |
Kediaman | Chhindwara |
Setakat September 22, 2006 Sumber: [1] |
Kamal Nath (dilahirkan pada 18 November 1946) adalah ahli politik India dan menyertai barisan kabinet Perdana Menteri India, Manmohan Singh sebagai Menteri Pembangunan Bandar . Beliau adalah ahli 15 Lok Sabha India . Beliau menang pilihan raya kawasan Chhindwara Madhya Pradesh mewakili Kongres Kebangsaan India (INC) . Pada 2011, beliau termasuk 72 dari 75 menteri yang telah mengisytiharkan harta mengikut Kod Tatalaku Menteri Kabinet India. Beliau adalah menteri India paling kaya kerana memiliki nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).[1]
Kehidupan Awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Kanpur , Uttar Pradesh . Beliau merupakan alumni Sekolah Doon , dan graduan St. Xavier College of University of Calcutta .
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Kamal Nath pertama kali dipilih untuk Lok Sabha ke- 7 pada tahun 1980. Beliau dipilih semula sebagai Lok Sabha ke-8 pada tahun 1985, Lok Sabha ke-9 pada tahun 1989, dan Lok Sabha ke-10 pada tahun 1991.
Beliau menyertai barisan kabinet India dalam Kementerian Alam Sekitar dan Hutan sebagai Menteri Alam Sekitar & Hutan pada bulan Jun 1991. Antara 1995-1996, beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri, Tekstil dan Kesatuan .
Beliau kemudiannya dipilih untuk Lok Sabha ke-12 pada tahun 1998 dan Lok Sabha ke-13 pada tahun 1999. Dari tahun 2001-2004, beliau adalah Ketua Setiausaha INC.Beliau dipilih semula ke Lok Sabha 14 dalam Pilihan raya India 2004 dan berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri (2004 -2009).
Pada 16 Mei 2009, beliau sekali lagi memenangi pilihan raya untuk Lok Sabha ke-15 dan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya dan kemudian Menteri Pembangunan Bandar dalam rombakan kabinet.
Kerjaya Perniagaan
[sunting | sunting sumber]Kamal Nath berkhidmat sebagai presiden lembaga gabenor untuk Institut Pengurusan Teknologi (IMT) pengurusan Perdana Menteri dan institusi teknologi.Beliau adalah Pengerusi "Majlis Pembangunan Kanak-Kanak Madhya Pradesh" dan Penaung untuk Bharat Yuvak Samaj.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Penipuan Eksport Beras
[sunting | sunting sumber]Kamal Nath terbabit dalam rasuah apabila Menteri Perdagangan India, Anand Sharma mendapati bahawa Kamal Nath, sebagai yang kemudian Menteri Perdagangan, telah terlibat dalam skandal beras eksport bernilai 2500 crore .Anand Sharma mendesak agar Kamal Nath dipenjarakan kerana terlibat.
Radia Tapes
[sunting | sunting sumber]Sebagai menteri, beliau dipercayai "mengambil komisyen 15%" semasa menjalankan projek-projek Kerajaan. Dana kementerian sebagai "ATM peribadi".
Penglibatan dalam Rusuhan Anti-Sikh
[sunting | sunting sumber]Kamal Nath didakwa oleh Suruhanjaya Nanavati kerana terlibat dala, Rusuhan anti-Sikh 1984, ekoran dua pengawal peribadi keturunan Sikh, dalam peristiwa pembunuhan Perdana Menteri Indira Gandhi.Seorang saksi, Mukhtiar Singh, mengesahkan pernah melihat Nath membawa mob bersenjata yang menyerang dan memusnahkan Gurudwara di Rakab Ganj. Saksi utama, jurugambar India Express ,Monish Sanjay Suri,mendakwa bahawa Kamal Nath cuba menyuraikan orang ramai, dan tidak ada bukti bahawa dia menggalakkan keganasan semasa rusuhan. Sebenarnya dia melawat Gurudwara di kemudian hari untuk menyiasat pergolakan dan menggesa keamanan . Keterangannya tentang peristiwa 20 tahun lalu itu didapati tidak konsisten.
Pada 6 April 6 2010, dua individu Jasbir Singh dan Mohinder Singh memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Kamal Nath di New York untuk mengetuai kumpulan perusuh yang membunuh Sikh dan serangan Gurdawara Rakab Ganj di Delhi pada 1 November 1984. Tuntutan itu difailkan di bawah tort Akta Tuntutan Alien dan Akta Perlindungan Mangsa Penderaan. Kamal menerima saman itu ketika dia berada di Manhattan, New York.
Kerosakan Alam Sekitar
[sunting | sunting sumber]Pada Mac 2002,Mahkamah Agung mendenda Kamal sebanyak Rs 10,00,000 (US $ 25,000) kerana merosakkan alam sekitar dengan membina sebuah motel berhampiran sungai di kulu-Manali di negeri Himachal Pradesh .
Kenyataan yang tidak bertanggungjawab
[sunting | sunting sumber]Artikel A New York Times pada 15 April 2007 melaporkan Kamal Nath selaku Menteri Perdagangan India telah berkata bahawa visa H-1B "telah menjadi visa penyumberan luar .
Tuduhan Rasuah
[sunting | sunting sumber]Kabel rahsia diplomatik AS nombor 162458 bertarikh 17 Julai 2008, bahawa Kamal Nath menyogok ahli parlimen dalam isu krisis keyakinan di parlimen.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2006, Kamal Nath menerima Doktor Kehormat dari Jabalpur, Universiti Rani Durgavati kerana sumbangan beliau kepada sektor awam .
Kamal Nath dinamakan Personaliti FDI Tahun 2007 oleh majalah FDI dan Perniagaan Financial Times kerana "usaha aktif untuk menarik perniagaan asing ke India, meningkatkan eksport, dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan".
Pada tahun 2008, beliau diberi penghormatan dengan gelaran "Tokoh pembaharuan Perniagaan" oleh The Economic Times.
Pada September 2011, beliau telah diisytiharkan sebagai menteri Kabinet India yang terkaya dengan aset bernilai INR 263 crore (AS $ 57 juta).