Pergi ke kandungan

Kain Cindai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kain Cindai atau kain Limar merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi dengan bilangan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kepakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan. Terengganu terkenal sebagai penghasil kain cindai atau limar pada abad ke 19.[1]

Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan secara menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan lawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai tudung atau selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian tradisional pakaian wanita Melayu.

Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]