Pergi ke kandungan

Kahar: Kapla High Council

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kahar: Kapla High Council
PengarahRazaisyam Rashid
Penulis
  • Anwari Ashraf
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Muqri Azlan
  • Natasha Azlan
  • Chulat
  • Razaisyam Rashid
  • Fatimah Ruzaimi
BerdasarkanProjek: High Council oleh
Anwari Ashraf
Dihasilkan oleh
  • Anwari Ashraf
  • Fatimah Ruzaimi
  • Luqman Sheikh Ghazali (bersekutu)
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiStephen Chua
Disunting oleh
  • Razaisyam Rashid
  • Chulat
Muzik olehMonoloQue
Syarikat
penerbitan
  • Pasal Productions
  • Alpha 47 Films
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 28 November 2024 (2024-11-28) (Malaysia)
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM13 juta

Kahar: Kapla High Council ialah sebuah filem aksi drama persekolahan Malaysia 2024 arahan Razaisyam Rashid terbitan bersama Astro Shaw dengan Pasal Productions dan Alpha 47 Films.[1] Ia dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fadhli Masoot dan Fazziq Muqris. Filem ini merupakan filem prekuel dan sekuel kepada siri TV Projek: High Council (2023). Tayangan filem ini dijadualkan bermula pada 28 November 2024.

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.

Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 28 November 2024 diseluruh pawagam Malaysia dan pada 5 Disember untuk tayangan di Singapura.[2]Filem ini mengutip RM1 Juta untuk tayangan awal dan hari pertama tayangan rasmi.[3] Selepas 3 hari pertama tayangan, filem ini mengutip RM 3 Juta.[4] Filem ini mengutip RM 4.2 Juta selepas empat hari tayangan.[5]Kutipan terus meningkat kepada RM 5.5 Juta pada hari kelima tayangan[6] dan RM 6.5 Juta pada hari keenam.[7]

Selepas hampir 4 minggu tayangan, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 12 Juta.[8]

Rata-rata ulasan filem ini ialah positif. Aidil Rusli dari The Malay Mail mengatakan filem ini ialah antara filem terbaik Malaysia bagi tahun 2024.[9]Nurezzatul Mustaza dari Sinar Harian memberi pujian kepada lakonan dan emosi para pelakon terutamanya Amir Ahnaf.[10]Yasmin Zulraez dari The Sun memberi rating 7 per sepuluh untuk filem ini.[11]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mya Amri (8 Ogos 2024). Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council Gempak. Diperoleh pada 11 Oktober 2024.
  2. ^ "'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura". Astro Awani. 4 Disember 2024. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  3. ^ Sulaiman, Intan Shanim (29 Disember 2024). "Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta". Astro Awani. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  4. ^ "Tiga hari tayangan, 'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM3 juta". mStar. 1 Disember 2024. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  5. ^ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (2 Disember 2024). "Catat kutipan RM4.2 juta, Kahar: Kapla High Council hangatkan kembali pawagam". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  6. ^ ref=Astro 4 Disember 2024
  7. ^ Amri, Mya (2024-12-06). "Kahar: Kapla High Council raih RM 6.5 Juta". Gempak.
  8. ^ Amri, Mya (2024-12-22). "Raih RM12 Juta, Ramai Puji filem Filem Kahar: Kapla High Council". Gempak. Dicapai pada 2024-12-26.
  9. ^ Rusli, Aidil (2024-12-14). "'Kahar: Kapla High Council' & 'Babah': Two new Malay films worth checking out in local cinemas now". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-26.
  10. ^ Mustaza, Nurezzatul Aqmar (30 November 2024). "Kahar: Kapla High Council cukup rencah". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Disember 2024.
  11. ^ Zulraez, Yasmin (4 Disember 2024). "Prequel that stands on its own". The Sun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]