Kafalah
Kafalah (Arab: الكفالة, rumi: kafālah, lit. 'penajaan' , 'jaminan; tanggungan';[1] nama penuh: نظام الكفالة niẓām al-kafāla "sistem penajaan", bahasa Inggeris: kafala atau kefala) merupakan suatu sistem pengendalian buruh migran yang terlibat dalam sektor-sektor pembinaan sekitar rantau Syam dan Teluk Parsi iaitu Bahrain, Kuwait, Lubnan, Qatar, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[2][3] Sistem ini mewajibkan semua tenaga buruh tidak berkemahiran yang ingin memasuki negara-negara ini mendapatkan suatu pihak penaja dari negara asal yang bertanggungjawab memegang visa mereka.
Pelaksanaan ini dikritik penggiat hak asasi manusia yang melihat sistem ini membenarkan para majikan mengambil kesempatan mengeksploitasi pekerja dari segi pelayanan dan pengekangan pasport tanpa sebarang tindakan keras diambil.[4][5]
Tindak balas
[sunting | sunting sumber]Bahrain menyatakan pemansuhan sistem ini dalam negara tersebut dengan sokongan Menteri Buruhnya[6] yang menggubah aturan bahawa penajaan buruh migran akan dipindahkan kepada Penguasa Kawalan Pasaran Buruh pada 1 Ogos 2009.[7]
Pada 13 Disember 2016, kerajaan Qatar segera memperkenalkan suatu undang-undang yang dilihat menggalakkan lalu melewahkan keperluan sistem ini dengan membenarkan pertukara kerja dalam kalangan buruh.[8] Negara tersebut mengeluarkan suatu perintah kementerian pada Januari 2020 yang menghapuskan keperluan visa keluar daripada sistem ini malah membebaskan pekerja daripada permintaan izin daripada majikan untuk keluar daripada pekerjaan buruh diambil.[9]
EAB pula menggunapakai suatu rang undang-undang yang menggalakkan ketekalan dengan Konvensyen Pekerja Domestik Pertubuhan Buruh Antarabangsa pada Jun 2017, rang ini bertujuan menyesuaikan urusan buruh migran agar diberikan hak sama seperti pekerja-pekerja lain dalam negara tersebut.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 315. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ "'As If I Am Not Human' — Abuses against Asian Domestic Workers in Saudi Arabia (pdf)" (PDF). Human Rights Watch. 8 Julai 2008. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Julai 2012. Dicapai pada 23 Julai 2012.
- ^ Khan, Azfar; Harroff-Tavel, Hélène (2011). "Reforming the Kafala: Challenges and Opportunities in Moving Forward". Asian and Pacific Migration Journal. 20 (3–4): 293–313.
- ^ Harmassi, Mohammed (6 May 2009). "Bahrain to end 'slavery' system". BBC News.
- ^ Montague, James (1 May 2013). "Desert heat: World Cup hosts Qatar face scrutiny over 'slavery' accusations". CNN.
- ^ Harmassi, Mohammed (6 May 2009). "Bahrain to end 'slavery' system". BBC News.
- ^ "Three months after the Sponsorship system in Bahrain was 'scrapped', what really changed?". Migrant Rights. 2009-11-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2012. Dicapai pada 23 Julai 2012.
- ^ "Qatar introduces changes to labour law". Al Jazeera International.
- ^ "UN body welcomes 'milestone' in Qatar labor reforms". Associated Press. Dicapai pada 16 Januari 2020.
- ^ Human Rights Watch (2017-06-07). "UAE: Domestic Workers' Rights Bill A Step Forward". Dicapai pada 15 August 2018.