Kadaknath
Nama lain | Ayam hitam |
---|---|
Nama gelaran | Kali Masi |
Negara asal | India |
Kegunaan | Dual-guna; daging dan telur |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: 1.8kg - 2kg |
Betina: 1.2kg - 1.4kg | |
Warna kulit | Hitam kekelabuan dengan "turquoise" berkilau |
Warna telur | krim |
Klasifikasi |
Kadaknath, juga dikenali Kali Masi ("unggas berdaging hitam"), adalah satu baka ayam yang berasal daripada India. Ia berasal daripada Dhar dan Jhabua, Madhya Pradesh. Ayam ini banyak dibela oleh penduduk luar bandar yang miskin, suku-suku dan adivasi[1] Terdapat tiga variati baka iaitu hitam jet, emas dan pensel.[2] Daging ayam ini diberi satu tag penanda geografi yang telah diluluskan oleh kerajaan India pada 30 Julai 2018.[3]
Baka
[sunting | sunting sumber]Kadaknath popular oleh kerana penyesuaiannya dan daging yang berwarna hitam-kelabu,[4] yang mana dpipercayai boleh menyuntik semangat kuat.[5] Warnanya di sebabkan oleh kehadiran melanin. Baka ini dianggap berasal daripada hutan-hutan Kathiwar Alirajapur yang terletak dalam daerah Jhabua di Madhya Pradesh.[6]
Ayam jantan seberat 1.8–2 kg (4.0–4.4 lb) manakala betina 1.2–1.5 kg (2.6–3.3 lb).[6] Telur ayam Kadaknath berwarna perang dengan sedikit merah jambu;[6] Ia tidak mengeram dengan baik dan jarang sekali menetaskan telurnya sendiri. Berat purata telurnya adalah 30–35 g (1.1–1.2 oz).[6]
Warna
[sunting | sunting sumber]Ayam Kadaknath mempunyai bulu berwarna hitam-kelabu dan emas dengan kilauan hijau. Warna hitam-kelabu juga terdapat pada bahagian kaki dan kuku jari, paruh, lidah, balung dan pial, malah daging, tulang dan organ dalamannya juga berwarna kelabu.
Ancaman kepupusan
[sunting | sunting sumber]Ekoran permintaan yang agak tinggi, jumlahnya telah jatuh dengan mendadak. Bagi menyelamatkan baka ini dari kepupusan, kerajaan negeri telah memulakan sebuah program pembiakan ayam Kadaknath yang melibatkan 500 buah keluarga yang berada di bawah garis kemiskinan, yang mana telah menerima sokongan kewangan dan bantuan.[5][bila?]
Scam
[sunting | sunting sumber]Di sebabkan oleh kekurangan pengeluaran dan populariti yang meningkat sejak pertengahan tahun 2000an,berlaku beberapa kejadian scam yang melibatkan penternak unggas dan pengguna ditipu.[7][8][9][10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Breeds Selection". ICAR-CCARI. Dicapai pada 2019-12-31.
- ^ Parmar, S N S; Tolenkhomba, T C; M S Thakur; C G Joshi; D N Rank; J V Solanki; P N Srivastava; P V A Pillai (2007). "Analysis of genetic relationship among three varieties of indigenous Kadaknath breed using 25 chicken microsatellite markers" (PDF). Indian Journal of Biotechnology. 6: 205–209.
- ^ "Famous Kadaknath chicken meat from Jhabua of C.G. gets Geographical Indication tag". The Financial Express (dalam bahasa Inggeris). 2018-08-02. Dicapai pada 2018-08-04.
- ^ Belsare, R. M.; Narayankhedkar, S.G. (2004). "Relative selection efficiency and expected selection estimates in Kadakanath breed of poultry". The Journal of Bombay Veterinary College. 12 (1–2): 64–65.
- ^ a b Mahapatra, Dhananjay (2008-11-26). "For 'kadaknath' lovers, party no bar". The Times of India. Dicapai pada 2019-12-31.
- ^ a b c d "कड़कनाथ मुर्गीपालन" (dalam bahasa Hindi). Dicapai pada 2019-12-30.
- ^ "'Kadaknath' chicken scheme fraud: Four officials of poultry firm held after farmers lodge FIRs". Mumbai Mirror.
- ^ "Kadaknath poultry scam: Farmers who took loan to invest worst hit". The New Indian Express.
- ^ "Kadaknath poultry scam: One more case registered in Satara district | Kolhapur News - Times of India". The Times of India.
- ^ "Kadaknath chicken scam: three arrested for duping farmers". Press Trust of India. September 17, 2019 – melalui Business Standard.