Pergi ke kandungan

KRI Teluk Banten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KRI Teluk Banten (516) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia kelas Teluk Semangka, jenis kapal pendarat kereta kebal yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Teluk Banten milik Indonesia merupakan kapal pendarat kereta kebal (LST (Landing Ship Tank) kelas Takoma. KRI Teluk Banten memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Teluk Banten dibina oleh Korea-Tacoma SY, Masan, Korea Selatan pada tahun 1982.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Teluk Semangka, KRI Teluk Penyu, KRI Teluk Mandar, KRI Teluk Sampit, KRI Teluk Banten, dan KRI Teluk Ende

KRI Teluk Banten mempunyai 117 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Teluk Banten dilengkapi untuk pengangkut tentera dan mampu membawa 202 tentera infantari.

Kapal KRI Teluk Banten sepanjang 100 m X 15.4 X 4.2m (328 X 50.5 X 13.7 kaki) mempunyai kelajuan pada 15 batu nautikal. KRI Teluk Banten mempunyai seseran 3,770 tan penuh. Ia mampu membawa kargo sebanyak 1,800 tan penuh atau 690 tan untuk misi pendaratan.

KRI Teluk Banten mempunyai dek helikopter belakang untuk operasi udara bagi dua helikopter, dan mempunyai kemudahan pemerintah.

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU

[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"

[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

Kapal KRI Teluk Banten mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan kuasa 5,600 bhp dengan kelajuan tempur 15 knot.

Pegawai pemerintah KRI Teluk Banten

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]