Pergi ke kandungan

KD Sri Inderapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

USS Spartanburg County ketika dalam perkhidmatan US Navy
Angkatan US Navy Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Kapal pendarat (LST)
Kelas: Newport
Pembuat: National Steel & Shipbuiling Company, San Diego, Amerika Syarikat
Ditempah:
Mula dibina: 7 Februari 1970
Dilancar: 7 November 1970
Ditauliah: 31 Januari 1995
Khidmat: Skuadron LST, Flotilla Bantuan
Spesifikasi
Sesaran: 8933 tan (berat penuh)
Panjang: 159.11 meter
Lebar: 21.34 meter
Draf kedalaman: 5.8 meter
Dorongan: 6 Diesel 16000bhp pada dua shaf, dua Controllable Pitch Propeller
Kelajuan: +20 knots
Persenjataan:

Peluru berpandu: tiada

Meriam: 4x meriam 3 inci/50 kaliber ganda dua, 1x Phalanx CIWS 20mm

Torpedo: tiada

Anti kapal selam: tiada

Penderia:

Penjejak udara:

Penjejak permukaan:

Navigasi:

Kawalan Tembakan: tiada data

Sonar:

Peperangan Elektronik:

Helikopter: tiada, platform untuk 1x helikopter
Anak kapal: 210 kelasi, 14 pegawai + pasukan marin seramai 400+ orang
Motto:

KD Sri Inderapura, nombor pennant 1505, ialah kapal pendarat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibeli daripada Amerika Syarikat pada 16 Disember 1994 dan sebelum itu dikenali sebagai USS Spartanburg County (LST-1192). Kapal berusia 40 tahun itu dibina pada 1970 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dengan kekuatan 324 anggota.

Kemalangan

[sunting | sunting sumber]

Kebakaran pada tahun 2002

[sunting | sunting sumber]

Kapal pendarat terbesar ini pernah terbakar pada 2002. Ia juga pernah dibaiki di MSE Johor Bharu bagi meningkatkan keupayaannya penyelenggaraan .Ketika mengambil kapal ini di Amerika Syarikat, anak-anak kapal dilaporkan berhadapan masalah kerana kos sara hidup yang tinggi di negara itu.[1]

Kebakaran pada tahun 2009

[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Oktober 2009,jam 6.23 pagi, kapal ini terbakar ketika berlabuh di di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Asap memenuhi ruang pangkalan itu dan dapat dilihat dari jauh. Kebakaran tidak merebak ke kapal-kapal lain yang sedang berlabuh.

Siasatan TLDM mendapati anjungan kapal itu terbakar akibat litar pintas.[2] Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan laporan berhubung insiden itu.Terdapat 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas di kapal pendarat itu semasa insiden itu berlaku.

Sepatutnya kapal pendarat ini akan belayar ke Sabah dan Sarawak pada 12 Oktober 2009 bagi menghantar pelbagai logistik ke Markas Wilayah Laut 2 Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.[3]

Pasukan Bomba dan Penyelamat TLDM dan dua lori Bomba Seri Manjung dan Bomba Sitiawan bergegas ke jeti itu . Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan bot tunda awam turut membantu. Jam 2.00 petang, api berjaya dikawal dan kerja memadamkan diteruskan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang. Tiada sebarang kecederaan dan kematian setakat ini.[4]

Kesan kebakaran, kelihatan anjungan Inderapura ranap sama sekali

Kapal ini telah ditarik ke tengah laut kira-kira 1.5 km dari pangkalan TLDM Lumut tetapi masih dapat dilihat dari jeti Lumut. Kapal ini ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan insiden letupan dan merebak ke kapal-kapal yang lain. Setelah 10 hari terbakar, pada 17 Oktober 2009, kapal ini masih terus terbakar terutama dari geladak kereta kebal di tingkat 3. Keadaan kapal ini hampir tenggelam kerana dipenuhi air dan mungkin akan tenggelam jika tidak diapungkan. Syarikat swasta telah dilantik bagi mengapungkan kapal ini kerana akan mengganggu perjalanan kapal di Selat Dinding itu. [5]

Ia tidak ada kaitan dengan serangan dari pihak Benteng Demokratik Rakyat (Bendera), Indonesia yang dikatakan mahu menyerang Malaysia . Panglima 3 Divisyen di Sarawak diarahkan memantau pergerakan Bendera . PDRM dan Imigresen Malaysia turut memantau pasukan bersenjata buluh runcing ini. Bendera merancang menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009.

Kapal ini musnah dan tidak boleh digunakan lagi. Kapal seperti ini sukar diperoleh di pasaran dan alat ganti terlalu mahal. TLDM akan membeli kapal baru dari Korea Selatan, Jerman, Perancis bagi menggantikan KD Seri Inderapura. Kerajaan Korea Selatan bersedia memberi sebuah kapal pendarat sebelum kapal baru disiapkan. Pembinaan kapal baru mengambil masa 2-3 tahun.

KD Inderapura tidak akan ditenggelamkan di perairan Pulau Sembilan, Bagan Datoh untuk aktiviti skuba. Saiznya besar dan mungkin akan dilanggar oleh kapal-kapal lain.

Pada 7 Mei 2010, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abd Aziz Jaafar, Pegawai Memerintah KD Sri Inderapura itu ditamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia selepas Mahkamah Tentera mendapati beliau bersalah atas dua pertuduhan berhubung kejadian itu.[6]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.