K. M. Basker
Penampilan
K.M. Basker | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | India |
Genre | Pengarah |
K.M. Basker merupakan seorang pengarah filem Melayu yang memulakan kerjayanya dengan Malay Film Production Ltd (MFP). K.M. Basker merupakan kelahiran India yang lahir dan dibesarkan di Malaya tetapi mendapat pengalaman dalam hal perfileman di India. Beliau menghasilkan filem pertama beliau, iaitu filem Patah Hati. Bagi memastikan kejayaan filemnya, beliau mengambil pelakon popular masa itu, iaitu P. Ramlee, Neng Yatimah dan Musalmah. Filem itu mulai ditayangkan kepada umum pada 2 haribulan September tahun 1952.
Filem kedua beliau, Miskin turut menjadikan P. Ramlee dan Rosnani sebagai pelakon utama. Selepas itu beliau berterusan menghasilkan banyak lagi filem Melayu bersama Malay Film Production.
Filem-filem arahannya
[sunting | sunting sumber]- Miskin (1 Disember 1952)
- Patah Hati (2 Ogos 1952)
- Hati Iblis (1953)
- Menyerah (1955)
- Ribut (1955)
- Pencuri (1956)
- Mogok (1957)
- Selendang Merah (1958)
- Noor Islam (1960)
- Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961)