Juwairiyah binti Harith
Isteri-isteri Nabi Muhammad |
---|
|
Juwairiyah binti Harith (Arab: جويرية بنت الحارث juwayriyya bint al-ḥārith, lahir kk. 608) ialah isteri Nabi Muhammad ﷺ , dan dianggap oleh orang Islam sebagai Ibu Orang Beriman.
Beliau mengahwini Nabi Muhammad ketika baginda berusia 58 dan beliau berusia 20 tahun yang membuatkan perkahwinan itu berlaku pada tahun 628 M.
Latar belakang keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan anak perempuan al-Hārith ibn Abi Dirar, ketua Banu Mustalaq, yang dikalahkan bersama puaknya oleh tentera Islam dalam satu pertarungan.
Konflik antara Muslim dan Banu Mustalaq
[sunting | sunting sumber]Dua bulan selepas baginda Nabi Muḥammad ﷺ pulang dari Ekspedisi Dhū Qarad, baginda mula terdengar khabar angin yang Banū al-Muṣṭalaq sedang bersedia untuk menyerang baginda, maka baginda menghantar perisik, Buraydah ibn Al-Ḥasīb Al-Aslamī, untuk mengesahkan khabar ini. Banū al-Muṣṭalaq juga percaya yang baginda bersedia untuk menyerang mereka. Maka, mereka juga menghantar perisik peninjau untuk mengetahui kedudukan orang Islam, tetapi ditangkap dan dibunuh.
Tentera Islam ditempatkan di sebuah telaga bernama Al-Muraysī', berhampiran laut dan Makkah. Mereka berlawan dengan panah selama sejam sebelum tentera Muslim mara dengan cepatnya dan mengepung al-Muṣṭaliq lalu menawan mereka serta merampas ternakan dan barangan mereka. Pertarungan ini berakhir dengan kemenangan Islam.
Juwairīyah binti al-Ḥārith, anak ketua Banū al-Muṣṭaliq turut menjadi tawanan.
Juwairiyah dibebaskan dan dikahwini
[sunting | sunting sumber]Dalam pertarungan tersebut, suami Juwairiyah, Mustafa bin Safwan, telah terbunuh. Pada mulanya beliau berada dalam tawanan sahabat baginda, Thabit b. Qays b. Al-Shammas. Kemudian, Juwairiyah memohon ihsan daripada baginda yang kemudiannya baginda melamar untuk mengahwini beliau lalu membebaskannya daripada Thabit b. Qais dan seterusnya memperbaiki keadaan puaknya tertawan.[1]
Dari buku Muhammad 'Ali Qutb, Women Around the Messenger: "Ummul Mu'mineen 'Aisyah (semoga Allah meredhainya) berkata tentang hari tersebut: Rasulullah ﷺ mengambil wanita Banu al-Mustalaq sebagai tawanan. Baginda mengambil satu per lima daripada mereka dan membahagikan kepada sahabat baginda dengan tentera berkuda mendapat dua bahagina dan tentera berjalan satu bahagian. Juwairiyah (semoga Allah meredhainya) berada dalam bahagian Thabit ibn Qays al-Ansari. Beliau dahulunya berkahwin dengan sepupunya yang dikenali sebagai Mani' ibn Safwan ibn Malik ibn Judhaymah, yang dikenali sebagai Dzu as-Safrah. Beliau sedang berkabung kerananya. Beliau kemudian bersetuju dengan Thabit ibn Qays untuk membeli kebebasannya dengan harga sembilan Uqiyah."
'Aisyah memperihalkannya seperi berikut, "Beliau ialah wanita yang disenangi. Tiada yang melihatnya melainkan terpesona dengannya. Sementara Rasulullah ﷺ berehat, dimasuki pula Juwairiyah bertanya tentang penjanjian tebusannya (dengan Thabit). Demi Allah, sebaik sahaja aku melihatnya, aku tidak suka dia memasuki tempat Rasulullah ﷺ kerana aku tahu baginda akan lihat apa yang aku lihat.
Baliau kemudiannya berkata kepada Rasulullah ﷺ , 'Wahai Rasulullah! Saya Juwairiyah binti al-Harith ketua kepada orang-orangnya. Tuan tidak sedar apa yang berlaku kepada saya. Saya menjadi tawanan Thabit ibn Qays dan saya bersetuju dengannya untuk menebus diri saya dengan sembilan Uqiyah. Maka, bantulah saya membebaskan diri saya.' Rasulullah ﷺ menjawab, 'Mahukah kamu sesuatu yang lebih baik daripada itu?' Beliau berkata, 'Apakah itu?' Rasulullah ﷺ berkata, 'Saya akan membayar bagi pihak kamu dan kemudian mengahwini kamu.' Beliau menjawab, 'Baiklah, wahai Rasulullah.' Rasulullah ﷺ kemudian berkata, 'Saya telah melakukannya.",
Beliau datang kepada Rasulullah ﷺ mencari apa yang bagus tetapi dia mendapat sesuatu yang lebih bagus dan baik lagi. Tiada ragu lagi perbuatan baginda ini meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati beliau dan juga keluarga serta kaumnya. ... 'Aisyah berkata: "Kemudian khabar tentang perkahwinan itu tiba kepada orang ramai dan mereka mula berkata, "Adakah keluarga ipar baginda ditahan sebagai tawanan?!!' Kemudian mereka membebaskan semua tawanan Banu al-Mustalaq yang bersama mereka, dan bilangan yang dimerdekakan itu mencecah seratus keluarga hanya kerana pernikahan Rasulullah dengan Juwairiyah."
'Aisyah menambah, "Aku tidak mengenali wanita lain yang membawa rahmat yang lebih besar kepada kaumnya melainkan Juwairiyah. Dan itu ketika Rasulullah ﷺ pulang daripada Pertarungan Muraysee'." Juwairiyah dahulu, pada permulaan pengIslamannya, menjadi sumber kebaikan dan keberkatan. Dan itu sumbangan pertamanya.""[2]
Kejadian tersebut diperihalkan dengan lebih teliti:
"Pertama sekali peluang yang didapat (selepas penawanan beliau) beliau berjumpa dengan baginda, dan merayu kesnya kepada baginda. Beliau memberitahu baginda yang beliau ialah anak kepada ketua puak dan dan selalu menegepalai dan disebabkan keadaannya yang malang itu, beliau berada dalam kedudukan yang tidak berkuasa. Daripada singgahsana emas gugur menjadi debu. Macam mana beliau ingin hidup sebagai seorang hamba? Beliau merayu dengan baginda, untuk melihat keadaanya yang sedih dan terdesak itu.
Baginda, yang tersentuh dengan rayuan sedih beliau itu dan bertanya kepadanya jika beliau mahu hidup sebarang seorang wanita merdeka dan menjadi ahli keluarganya jika baginda membayar tebusannya. Beliau tidak pernah mengimpikan tawaran tersebut. Tersentuh dengan peningkatan status beliau, beliau menyatakan yang beliau sangat gembira untuk menerimanya."[3]
Kemudian, bapa beliau dan lelaki dari kaumnya yang dibebaskan memeluk Islam.
Beliau mengahwini Nabi Muhammad ﷺ ketika baginda berusia 58 tahun dan beliau berusia 20 tahun. Selepas perkahwinannya, dikhabarkan yang beliau menjadi wanita yang kuat beribadat dan menghabiskan banyak masa untuk beribadah.
Kewafatan
[sunting | sunting sumber]Beliau wafat pada usia enam puluh lima tahun pada 50H dan dimakamkan bersama isteri baginda yang lain di Jannatul Baqi'.[4]
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Juwairiyah diperihalkan sebagai orang yang sangat cantik dan mulus:
- Beliau dibesarkan dalam ribaan kemewahan, dan mempunyai pesona dan lagak seorang puteri. Bijak dan pintar, beliau menguasai bahasa dan kesusasteraan. Ini ialah pencapaian yang amat dihargai oleh Arab masa itu.[5]
- Semua yang melihat [Juwairiyah] terpesona dengan kecantikan beliau. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mewah, beliau bukan sahaja jelita tetapi anggun, elegan, dan fasih.[6]
- Apabila isteri Nabi Muhammad ﷺ , 'Aisyah melihatnya buat kali pertama, beliau mengatakan bahawa Juwairiyah "secantik bidadari".[7]
Legasi
[sunting | sunting sumber]Juwairiyah binti Harith meriwayatkan: Rasulullah ﷺ datang ke rumahku pada waktu fajar ketika aku sibuk menjalankan solat Subuh. Baginda datang sekali lagi pada waktu Dhuha dan mendapati aku masih duduk di situ. Baginda berkata, "Adakah kamu berada dalam kedudukan yang sama seperti semasa saya tinggalkan kamu. Saya balas mengiyakan. Lalu baginda bersabda,
"Saya membaca empat kalimah tiga kali selepas saya meninggalkan kamu. Jika kalimah tersebut ditimbang berbanding apa yang telah kamu bacakan sepanjang pagi, nescaya kalimah tersebut adalah lebih berat. Kalimah tersebut ialah:
سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ
SubhanAllahi wa bihamdihi, `adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata `arshihi, wa midada kalimatihi
Maha Suci Allah dan aku memujian-Nya, sebanyak bilangan ciptaan-Nya, menurut keredhaan-Nya, seberat 'Arasy-Nya, dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya."– Diriwayatkan oleh Muslim 44/17, Tirmidzi 67/13, Abu Dawud 369/4, Ibnu Majah 423/2
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Alfred Guillaume, The Life of Muhammad: A Translation of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah, p. 490-493.
- ^ Muhammad 'Ali Qutb, Women Around The Messenger, p. 137-141.
- ^ Mahmood Ahmad Ghadanfar, Great Woman of Islam, p.108-109.
- ^ Ghadanfar, p.110
- ^ Ghadanfar, p. 107.
- ^ Ghadanfar, p.108.
- ^ Ghadanfar, p. 109.