Just Faaland
(Tan Sri) Just Faaland PSM | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 20 Januari 2017 | (umur 94)
Warganegara | Norway |
Terkenal kerana | Anggota perangka Dasar Ekonomi Baru |
Pangkat | (Tan Sri) |
(Tan Sri) (Dr) Just Faaland, PSM, (lahir 25 Januari 1922) di Oslo, Norway adalah seorang ahli ekonomi politik berbangsa Norway. Beliau merupakan seorang penyelidik pembangunan di Chr. Michelsen Institute (CMI) semenjak tahun 1952. Beliau juga adalah salah seorang individu yang bertanggungjawab di dalam pembentukan Dasar Ekonomi Baru Malaysia. Beliau juga adalah Pengarah Am bagi Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa.[1]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Faaland dikurniakan darjah Royal Norwegian Order of St. Olav dari negaranya sendiri dan juga gelaran kehormat Tan Sri, dan memegang Ijazah kehormat daripada University of Bergen dan Universiti Malaya. Pada 4 Ogos 2010, beliau dikurniakan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka 2010 Diarkibkan 2017-01-06 di Wayback Machine di dalam kategori Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia . Penerima Anugerah Merdeka 2010 Diarkibkan 2017-01-06 di Wayback Machine yang lain adalah Datin Paduka Mother Mangalam Iyaswamy Iyer(Pendidikan dan Komuniti), Profesor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen dan Profesor Dr. Harith Ahmad (Pencapaian Ulung Akademik).[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Linden, Eugene (1991-08-19), "Will We Run Low On Food?", TIME, Time Inc, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04, dicapai pada 2009-08-19
- ^ "Rakyat Norway gubal DEB antara penerima Anugerah Merdeka", Utusan Online. 4 Ogos 2010.