Pergi ke kandungan

Jura Awal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jura Awal/Bawah
201.3 ± 0.2 – 174.7 ± 0.8 Ma
Kronologi
Peristiwa penting zaman Jurasik
lihat • bincang • sunting
-205 —
-200 —
-195 —
-190 —
-185 —
-180 —
-175 —
-170 —
-165 —
-160 —
-155 —
-150 —
-145 —
Anggaran skala masa peristiwa penting sepanjang zaman Jurasik.
Paksi menegak: juta tahun dahulu.
Etimologi
Nama kronostratigrafiJura Bawah
Nama geokronologiJura Awal
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP amonit Psiloceras spelae tirolicum.
Sempadan bawah GSSPKeratan Kuhjoch, Pergunungan Karwendel, Northern Calcareous Alps, Austria
47°29′02″N 11°31′50″E / 47.4839°N 11.5306°E / 47.4839; 11.5306
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2010[1]
Takrif sempadan atasDKP amonit Leioceras opalinum dan Leioceras lineatum
Sempadan atas GSSPFuentelsaz, Sepanyol
41°10′15″N 1°50′00″W / 41.1708°N 1.8333°W / 41.1708; -1.8333
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2000[2]


Epok Jura Awal (dalam kronostratigrafi berpadanan dengan Siri Jura Bawah) merupakan epok terawal daripada tiga epok pada Tempoh Jura. Epok Jura Awal bermula sejurus selepas peristiwa kepupusan Trias–Jura yakni pada 201.3 jtd (juta tahun dalalu), dan berakhir pada permulaan epok Jura Tengah pada 174.7±0.8 jtd.

Beberapa batuan tertentu yang berasal dari laut pada zaman ini di Eropah dikenali sebagai "Lias" dan nama itu digunakan untuk tempoh itu, serta dalam bidang geologi pada abad ke-19.[3] Di selatan Jerman batuan pada usia ini dikenali sebagai Jura Hitam.

Asal usul nama Lias

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kemungkinan asal-usul nama Lias: yang pertama ialah ia diambil oleh ahli geologi daripada sebutan dialek pekerja Inggeris di kuari untuk perkataan "layers"; kedua, perahu sekoci dari pelabuhan Cornish utara seperti Bude akan belayar merentasi Selat Bristol ke Vale of Glamorgan untuk memuatkan batu dari kuari batu kapur di persisiran (lias dan batu kapur Karbon dari Selatan Wales telah digunakan di seluruh Devon Utara/Cornwall Utara kerana ia mengandungi kalsium karbonat untuk 'memaniskan' (meneutralkan) tanah Devon dan Karbon yang berasid di Negari Barat UK); orang Cornish akan menyebut lapisan batu kapur sebagai 'laiyers' atau ' lias'; leac ialah bahasa Gaelik untuk "batu rata".[4]

Stratigrafi

[sunting | sunting sumber]
Tebing besar di Ngarai Zion terdiri daripada lapisan bentukan Jura Bawah, termasuk (dari bawah ke atas): Bentukan Kayenta dan Batu Pasir Navajo yang besar

Terdapat beberapa perdebatan[5] mengenai tapak sebenar Peringkat Hettangian, dan seterusnya Sistem Jura itu sendiri. Secara biostratigrafi, kemunculan pertama amonit psiloseratid telah digunakan; tetapi hal ini bergantung pada seberapa lengkapnya kehadiran fauna ammonit, yang juga merupakan masalah yang menyukarkan perkaitan antara keratan pada tempat-tempat yang berlainan di serata dunia. Jika penunjuk biostratigrafi ini digunakan, maka secara teknikal Kumpulan Lias —sebuah bahagian litostratigrafi —menjangkau sempadan Jura/Trias.

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]
Bentukan Lias di Lyme Regis, UK, yang dikenali secara tempatan sebagai Blue Lias

Terdapat singkapan Lias yang meluas luas di sekitar pantai United Kingdom, khususnya di Glamorgan, North Yorkshire dan Dorset. 'Pantai Jura' Dorset sering dikaitkan dengan kerja perintis Mary Anning dari Lyme Regis. Fasies Jura Bawah di kawasan ini kebanyakannya terdiri daripada tanah liat, batu kapur nipis dan batu lodak, yang dimendapkan dalam keadaan marin penuh.

Stratum Kumpulan Lias membentuk tebing yang mengagumkan di pantai Vale of Glamorgan, di selatan Wales. Menjangkau sekitar 14 batu (23 km) di antara Cardiff dan Porthcawl, lapisan luar biasa tebing yang terletak di Saluran Bristol ini merupakan pengulangan lapisan batu kapur dan batu lumpur pada skala desimeter berirama yang terbentuk sewaktu padang pasir Trias Akhir ditenggelami oleh lautan.[6]

  1. ^ Hillebrandt, A.v.; Krystyn, L.; Kürschner, W.M.; Bonis, N.R.; Ruhl, M.; Richoz, S.; Schobben, M. A. N.; Urlichs, M.; Bown, P.R.; Kment, K.; McRoberts, C.A.; Simms, M.; Tomãsových, A (September 2013). "The Global Stratotype Sections and Point (GSSP) for the base of the Jurassic System at Kuhjoch (Karwendel Mountains, Northern Calcareous Alps, Tyrol, Austria)". Episodes. 36 (3): 162–198. CiteSeerX 10.1.1.736.9905. doi:10.18814/epiiugs/2013/v36i3/001. S2CID 128552062.
  2. ^ Cresta, S.; Goy, A.; Arias, C.; Barrón, E.; Bernad, J.; Canales, M.; García-Joral, F.; García-Romero, E; Gialanella, P.; Gómez, J.; González, J.; Herrero, C.; Martínez2, G.; Osete, M.; Perilli, N.; Villalaín, J. (September 2001). "The Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP) of the Toarcian-Aalenian Boundary (Lower-Middle Jurassic)" (PDF). Episodes. 24 (3): 166–175. doi:10.18814/epiiugs/2001/v24i3/003. Dicapai pada 13 December 2020.
  3. ^ Rudwick, M.J.S (1992): Scenes from Deep Time: Early Pictorial Representations of the Prehistoric World, University of Chicago Press, 280 pages.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EB1911
  5. ^ International Subcommission on Jurassic Stratigraphy.
  6. ^ Howe, S., Owen, G. & Sharpe, T. 2005 Walking the Rocks Geologists' Association - South Wales Group
  • Davies, A. M., An Introduction to Palaeontology, Thomas Murby & Co., London
  • House, M.R. (1993) Geology of The Dorset Coast, The Geologists' Association.
  • Simms, M.J., Chidlaw, N., Morton, N. and Page, K.N. (2004) British Lower Jurassic Stratigraphy, Geological Conservation Review Series, No. 30, Joint Nature Conservation Committee, Peterborough.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]