Juliah Salag
Penampilan
Juliah Salag (lahir 10 Disember 1963) berasal daripada Tuaran, Sabah. Beliau merupakan isteri kepada Ketua Menteri Sabah yang Ke - 16 iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[1].
Juliah Salag PGDK, ASDK (Sabah) | |
---|---|
Pasangan Ketua Menteri Sabah ke-16 | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Didahului oleh | Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib |
Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Yang di-Pertua Pertubuhan Muafakatan Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA) | |
Menyandang jawatan 21 April 2021 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Juliah binti Salag 10 Disember 1963 Kampung Serusup, Tuaran, Sabah |
Pasangan | Hajiji Noor |
Anak | 4 (termasuk Mohammad Ghazali Hajiji) |
Kerjaya Awal
[sunting | sunting sumber]Juliah Salag memulakan kerjaya awalnya sebagai guru, namun selepas suaminya memenangi pilihan raya umum pada tahun 1990 beliau telah melepaskan jawatannya sebagai seorang guru[2]untuk memberi sokongan dan tumpuan kepada perjuangan suaminya didalam arena politik.
Perkahwinan
[sunting | sunting sumber]Juliah Salag telah berkahwin dengan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan memiliki empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Juliah Salag mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;
- Yang Dipertua Pertubuhan Muafakatan Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS)[3].
- Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah[4].
- Penaung Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS)[5].
- Penaung 1 Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah[6].
- Penaung Persatuan Komulakan Lotud Sabah (KLOSA)[7].
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2022)[8]
Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2016)[9].
- Anugerah Tokoh Wanita Maal Hijrah Peringkat Daerah Tuaran 2016[10].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Ketua menteri dan isteri hadir majlis ceramah perdana aidiladha yang dirindu". sabahnews.com.
- ^ "Biodata Datuk Seri Hajiji". www.mywilayah.com.
- ^ "Mutiara GRS to work with agencies to strengthen family institutions". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah". puspanita.sabah.gov.my.
- ^ "Kunjungan Hormat Pertubuhan Dusun Islam Sabah terhadap Isteri Ketua Menteri Sabah". suarasabahtoday.com.
- ^ "ROS lulus pendaftaran persatuan srikandi pertiwi negeri sabah". wartaoriental.com.
- ^ "Album sulung dusun lotud dilancar". www.pressreader.com.
- ^ Azam Baki dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
- ^ "James, Hassan Made Datuk; SPDK Posthumously for Gunsanad". www.borneotoday.net.
- ^ "Lima orang terima Anugerah Sempena Maal Hijrah di Tuaran". www.pressreader.com.