Pergi ke kandungan

Julat (statistik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Julat merupakan jurang perbezaan antara nilai terbesar dan nilai terkecil dalam senarai set data yang tertentu yang mana nilai yang tertinggi perlu ditolakkan dengan nilai yang terendah untuk memperolehi julat dalam sesuatu data yang diperolehi.

Walau bagaimanapun, dalam statistik perihalan, konsep ini mempunyai pelbagai maksud yang lebih kompleks. Julat merupakan jurang paling kecil yang mengandungi semua data dan memberi petunjuk penyebaran statistik. Ia diukur dalam unit yang sama sebagai data. Kerana ia hanya bergantung pada dua daripada pemerhatian, ia adalah yang paling berguna bagi mewakili penyebaran set data kecil.[1]


Pemboleh ubah rawak berterusan penyebaran sama bebas

[sunting | sunting sumber]

Bagi n Pemboleh ubah rawak berterusan penyebaran sama bebas X1, X2, ..., Xn dengan fungsi sebaran kumulatif G(x) dan fungsi kebarangkalian ketumpatan g(x). Jadikan T mewakili julat saiz sample n dari populasi dengan fungsi taburan G(x).

  1. ^ Carin Viljoen (2000). Elementary Statistics: Vol 2. Pearson South Africa. m/s. 7–27. ISBN 186891075X.