Jujurlah Nikahi Aku
Jujurlah Nikahi Aku | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Umie Nadzimah |
Pencipta | Umie Nadzimah |
Ditulis oleh | Maizura Ederis |
Pengarah | Rashid Sibir |
Dibintangi oleh | Uyaina Arshad Sean Lee |
Lagu pembukaan | "Racun Hati" nyanyian Ara Johari |
Lagu penutup | "Racun Hati" nyanyian Ara Johari |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Arie Zaharie Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 27 Januari 2020 – 6 Mac 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis |
Diikuti oleh | Dendam Cinta Arissa |
Jujurlah Nikahi Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan bersama Rashid Sibir, Faizal Nadxaman dan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Uyaina Arshad dan Sean Lee. Diadaptasi daripada novel 2014 bertajuk sama karya Umie Nadzimah, siri ini memluakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza Astro Ria dari 27 Januari 2020 hingga 6 Mac 2020 menggantikan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis. [1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Nurin Asyifa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.
Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanif. Namun sayangnya mereka disatukan ketika Zanif sudah menjdi orang yang kurang upaya selepas mengalami kemalangan. Zurin yang masih mendendami adiknya kemudian menemui Alan dan menyuruh Alan berjumpa dengan Nurin. Rancangan Zurin berjaya apabila Alan pergi menemui Nurin. Zurin kemudian menggunakan peluang tersebut untuk menghasut Zanif dengan mengatakan bahawa Nurin masih berhubungan dengan Alan tanpa pengetahuan Zanif. Zanif yang tertipu dengan hasutan Zurin kemudian memarahi dan mengasari Nurin tanpa usul periksa. Zanif selalu menyakiti Nurin kerana marahkan Nurin yang masih bertemu dengan Alan. Manakala Zurin yang kini kemaruk ingin menjadi menantu orang kaya sanggup meruntuhkan rumahtangga adiknya sendiri dengan menggoda Zanif disaat rumahtangga Zanif dan Nurin sedang bergolak.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Uyaina Arshad [2] sebagai Nurin Asyifa
- Sean Lee sebagai Alan Wong
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
- Rita Nadira sebagai Zurin
- Raja Azura sebagai Puan Azah
- Zaidi Omar sebagai Encik Arshad
- Hamidah Wahab sebagai Puan Narimah
- S. Sahlan sebagai Tuan Zainal
- Magrate Gan sebagai Popo
- Elya Maisara sebagai Suzaila
- Louisa Chong sebagai ibu Alan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Jujurlah Nikahi Aku MyInfoTaip. Dicapai 5 Mac 2020
- ^ Najiy Jefri (26 Januari 2020). "Percubaan Uyaina". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2020.