Judi Judi King Boss
Judi Judi King Boss | |
---|---|
Pengarah | Julian Cheah |
Dibintangi | Julian Cheah Gana Sebastian Zhi Qian Syalmizi Hamid Syarmila Rastam |
Tarikh tayangan | 12 Mei 2016 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris Mandarin Tamil Hokkien Punjabi |
Judi Judi King Boss ialah sebuah filem komedi Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh Julian Cheah.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem JJKB mengisahkan tentang Ah Boon dan rakan-rakannya yang mahu mencari duit lebih untuk kehidupan yang lebih senang. Dia bersama rakan-rakannya membuka perniagaan judi haram. Pada mulanya rakan-rakan Ah Boon teragak-agak tetapi kemudian mereka mengambil keputusan untuk mengikutnya. Ah Boon mengambil duit kekasihnya, Skye untuk membuka perniagaan judi haram itu. Akibat daripada itu, Skye berang dan membenci kekasihnya. Ah Boon mula mencari jalan agar Skye memaafkannya. Sementara itu, perniagaan judi haram Ah Boon berdepan masalah apabila sebuah kumpulan lain yang diketuai oleh Kong Aik turut menjalankan perniagaan judi di kawasan itu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Julian Cheah sebagai Ah Boon
- Gana Sebastian sebagai Ramanan
- Zhi Qian sebagai Skye
- Syalmizi Hamid sebagai Malik
- Syarmila Rastam sebagai Suzana