Pergi ke kandungan

Juan Jesus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juan Jesus
Maklumat peribadi
Nama penuh Juan Guilherme Nunes Jesus
Tarikh lahir (1991-06-10) 10 Jun 1991 (umur 33)
Tempat lahir Belo Horizonte, Brazil
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Bek tengah / Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 5
Kerjaya remaja
2006–2009 Internacional
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Internacional 25 (0)
2012–2016 Inter Milan 110 (1)
2016–2017Roma (pinjam) 20 (0)
2017–2021 Roma 51 (1)
2021– Napoli 39 (2)
Pasukan kebangsaan
2009–2011 Brazil B20 17 (0)
2012 Brazil B23 6 (0)
2012–2013 Brazil 4 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 September 2023

Juan Guilherme Nunes Jesus (sebutan dalam bahasa Portugis: [huˈɐ̃ ʒɛˈzus]; lahir 10 Jun 1991), atau dikenali sebagai Juan Jesus dan Juan, merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Itali, Napoli.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Internacional

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Juan Jesus menyertai akademi kelab Sport Club Internacional. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada tahun 2010 dan merangkul kejuaraan Copa Libertadores 2010.

Internazionale

[sunting | sunting sumber]
Juan Jesus sedang beraksi untuk Inter pada tahun 2014.

Pada 30 Januari 2012, Juan Jesus berpindah ke kelab Serie A, Internazionale[1] dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €4 juta[2][3] tetapi terdapat juga bonus klausa tambahan dilaporkan.[2] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A untuk Inter pada 13 Mei 2012 ketika aksi menentang Lazio setelah beliau menggantikan Diego Milito.[4]

Semasa musim 2012–13, Juan Jesus terus menyerlah dengan menjadi pilihan utama bagi kesebelasan utama Inter bersama dengan pemain pertahanan lain seperti Andrea Ranocchia dan Walter Samuel di dalam sistem posisi 3–5–2. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 19 Mei 2013 ketika perlawanan terakhir Serie A menentang [[Udinese Calcio|Udinese].[5] Beliau mengakhiri tahun pertamanya di Itali dengan 44 kemunculan dalam semua kejohanan termasuklah 31 penampilan di Serie A bersama Inter yang menyaksikan pasukannya gagal menempah tiket ke mana-mana pentas Eropah sama ada dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah mahupun Liga Europa.

Pada 12 Julai 2013, Juan Jesus mula mengambil alih jersi bernombor 5 selepas pemergian pemain berpengalaman, Dejan Stanković.[6] Pada Ogos 2013, beliau menjadi kapten pasukan Inter buat kali pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Real Madrid di Amerika Syarikat yang berkesudahan Inter tewas 3-0.[7]

Pada 24 September 2013, Juan Jesus memperbaharui kontrkanya bersama Inter sehingga tahun 2018 dan dilaporkan bahawa beliau memperoleh gaji sebanyak 1.2 juta setiap tahun.[8][9]

Juan Jesus melakukan penampilannya yang ke-100 untuk Inter pada 4 Februari 2015 dalam perlawanan menentang Napoli pada aksi suku akhir Coppa Italia namun Inter tewas tipis 1-0 hasil jaringan oleh pemain lawan, Gonzalo Higuaín.[10][11]

Pada 14 Julai 2016, Juan Jesus menyertai Roma secara pinjaman dengan kos € juta bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap dengan bayaran tambahan €8 juta.[12] Pada pertengahan musim 2016–17, beliau telah dibawa masuk secara tetap dengan nilai €1.153 juta bersama bayaran tambahan perpindahan tersebut yang bernilai €8.847 juta.[13]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Juan Jesus melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Brazil ketika menentang Denmark pada 26 Mei 2012 yang berkesudahan kemenangan 1–3 berpihak kepada Brazil.[14]

Juan Jesus beraksi di posisi bek tengah bergandingan dengan kapten pasukan, Thiago Silva. Beliau beraksi dalam tiap-tiap perlawanan untuk Brazil sepanajang kejohanan Sukan Olimpik 2012 yang menyaksikan Brazil merangkul pingat perak.

Oleh kerana semua penglibatannya untuk Brazil hanya dalam perlawanan persahabatan sahaja, Juan tidak dapat diberi peluang untuk mewakili Itali.[15] Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa Juan tidak memiliki darah Itali berdasarkan keturunannya sekali gus menyebabkan beliau tidak layak untuk beraksi di bawah bendera Itali.[16][17]

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 26 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Benua[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Brazil Internacional 2010 7 0 0 0 1 0 10 0 18 0
2011 18 0 0 0 0 0 6 0 24 0
Jumlah 25 0 0 0 1 0 16 0 42 0
Itali Internazionale 2011–12 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2012–13 31 1 4 0 9 0 44 1
2013–14 27 0 2 0 29 0
2014–15 32 0 2 0 11 0 45 0
2015–16 19 0 4 0 23 0
Jumlah 110 1 12 0 20 0 0 0 142 1
Itali Roma 2016–17 20 0 3 0 10 0 33 0
2017–18 22 0 1 0 6 0 29 0
2018–19 20 1 1 0 3 0 24 1
Jumlah 62 1 5 0 19 0 86 1
Jumlah kerjaya 197 2 17 0 40 0 16 0 270 2
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Copa Libertadores
  2. ^ Termasuk kejohanan Campeonato Gaúcho

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2012 4 0
Jumlah 4 0

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Internacional
Brazil
  1. ^ "Juan, ex-Inter, é anunciado pela Internazionale de Milão". Gauchazh (dalam bahasa Portuguese). 1 February 2012. Dicapai pada 6 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "L'Inter ha scelto Juan". Sport Mediaset (dalam bahasa Italian). 27 November 2011. Dicapai pada 6 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Nota Integrativa". F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio al 30-06-2012 [F.C. Internazionale Milano S.p.A. financial report for the year ending on 30 June 2012] (dalam bahasa Italian). Milan: C.C.I.A.A. 2012. m/s. Nota p.27. Unknown parameter |nopp= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Lazio vs. Internazionale 13 May 2012". Soccerway. 13 May 2012. Dicapai pada 7 October 2014.
  5. ^ "Inter hammered by Udinese". Sky Sports News. 19 May 2013. Dicapai pada 7 October 2014.
  6. ^ "Stankovic to retire but not leave Inter". FedeNerazzurra.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-02. Dicapai pada 7 February 2015.
  7. ^ "Inter 0-3 Real Madrid". inter.it. 10 August 2013. Dicapai pada 7 February 2015.
  8. ^ "Inter, rinnova Juan Jesus: accordo fino al 2018 e ritocco dell'ingaggio". Tutto Mercato Web. 24 September 2013. Dicapai pada 6 February 2015.
  9. ^ "INTER, tempo di rinnovi: Juan Jesus fino al 2018". Ita Sport Press. 24 September 2013. Dicapai pada 6 February 2015.
  10. ^ "Napoli 1-0 Inter: Higuain sends Benitez's men through at the death". Goal.com. 4 February 2015. Dicapai pada 5 February 2015.
  11. ^ "Napoli 1-0 Inter Milan". BBC Sport. 4 February 2015. Dicapai pada 5 February 2015.
  12. ^ "Juan Jesus completes Roma switch". A.S. Roma. 14 July 2016. Dicapai pada 14 July 2016.
  13. ^ "Relazione Finanziaria Annuale per l'esercizio chiuso al 30-6-2017" (PDF) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 5 October 2017. Dicapai pada 6 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Denmark 1-3 Brazil". Eurosport. 26 May 2012. Dicapai pada 7 February 2015.
  15. ^ "Azzurri call-up would interest Juan Jesus". La Gazzetta dello Sport. 5 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2016. Dicapai pada 6 Jun 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "Liste Serie A 2017/18 tra extracomunitari, vivai e italiani: come sono messe le squadre?". Eurosport (dalam bahasa Italian). 20 June 2017. Dicapai pada 6 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Le manovre dell'Inter Zarate bocciato, rinvio Juan". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 30 December 2011. Dicapai pada 6 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]