Pergi ke kandungan

Juan Guaidó

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Juan Guaidó
Potret rasmi 2019
Presiden interim Venezuela
Dalam jawatan
23 Januari 2019 – 5 Januari 2023
Dipertelingkahkan Nicolás Maduro
sejak 23 Januari 2019.
Didahului olehNicolás Maduro
Digantikan olehNicolás Maduro
Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela ke-10
Dalam jawatan
5 Januari 2019 – 5 Januari 2023
Naib PresidenEdgar Zambrano
Juan Pablo Guanipa
Didahului olehOmar Barboza
Digantikan olehDinorah Figuera
Majoriti Pemimpin Perhimpunan Kebangsaan Venezuela
Dalam jawatan
5 Januari 2018 – 5 Januari 2019
Didahului olehStalin González
Digantikan olehCarlos Prosperi
Ahli Perhimpunan Kebangsaan Venezuela
Dalam jawatan
5 Januari 2016 – 5 Januari 2021
Kawasan pilihan rayaVargas
Maklumat peribadi
Lahir
Juan Gerardo Guaidó Márquez

(1983-07-28) 28 Julai 1983 (umur 41)
La Guaira, Venezuela
Parti politikBebas (sejak 2020)
Voluntad Popular (2009–2020)
PasanganFabiana Rosales (k. 2013)[1]
Anak2
PendidikanUniversiti Katolik Andrés Bello
Universiti George Washington
Bidang pengkhususanJurutera, ahli politik
TandatanganTandatangan

Juan Gerardo Guaidó Márquez (Sebutan Sepanyol: [xwaŋ xeˈɾaɾðo ɣwai̯ˈðo ˈmaɾ.kes]; lahir 28 Julai 1983)[2] ialah seorang jurutera dan ahli politik dari Venezuela yang berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela serta juga Presiden tempoh interim Venezuela sejak 5 Januari 2019 sehingga 5 Januari 2023.

Pendidikan awal dan aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Guaido memperoleh diploma sekolah menengahnya pada tahun 2000 setelah tragedi Vargas tahun 1999, [3] yang berkemungkinan mempengaruhi politiknya di mana pemerintahan Chavez yang baru dilihat tidak memberi dukungan atau bantuan yang diberikan . [4] Beliau kemudian mendapatkan lisensi profesionalnya sebagai insinyur industri berikutan kelulusannya dari Universiti Katolik Andrés Bello (dengan kerjasama Universiti George Washington di Amerika Syarikat) pada 2007.

Beliau menjadi sebahagian daripada gerakan politik yang dipimpin mahasiswa yang melakukan tunjuk perasaan atas keputusan pemerintah Venezuela memberhentikan lesen penyiaran stesen televisyen bebas RCTV. [5] Kelompok ini juga memprotes usaha-usaha reformasi pemerintah meluas oleh rezim Hugo Chavez , termasuk referendum konstitusi tahun 2007. [6]

Guaido bersama beberapa tokoh politik lain termasuk Leopoldo López menubuhkan partai politik Voluntad Popular pada tahun 2009.[7]

Dalam Perhimpunan Kebangsaan Venezuela

[sunting | sunting sumber]

Guaido diundi menduduki sebagai wakil pengganti dalam pilihan raya parlimen 2010, [8] serta mendapat kerusi penuh pada Perhimpunan Kebangsaan dalam pilihan raya parlimen 2015 dengan meraih 97.492 (26,01%) undian.[9][10] Sepanjang tempoh pendudukannya dalam kerusi ini, beliau bekerja menjalani penyelidikan terhadap kasus-kasus korupsi yang berlaku dalam pemerintahan Maduro serta bekerjasama dengan organisasi bebas untuk mengembalikan wang rakyat Venezuela yang dicuri hasil penggelapan teang ersebut.[11]

Pelantikan sebagai Presiden Perhimpunan Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Guaido terpilih sebagai Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada Desember 2018, dan dilantik pada 5 Januari 2019. Setelah menjabat, beliau bersumpah untuk menentang Nicolás Maduro yang dituduh ingin merebut kekuasaan eksekutif secara tetap dan kekal setelah tempoh jawatan presidennya berakhir pada 10 Januari 2019. [12] [13] Beberapa pemimpin Amerika Latin menyerukan Maduro untuk menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada Perhimpunan Kebangsaan pada akhir tempoh jawatannya agar pemilihan baru diadakan dalam usaha memulihkan demokrasi di negara tersebut. [14]

Krisis Pejabat Presiden Venezuela 2019 dan pengambilalihan kuasa

[sunting | sunting sumber]

Berikutan tindakan-tindakan yang dilihat sebagai pelantikan "tidak sah" Maduro pada 10 Januari 2019, Guaido mengumumkan bahawa beliau akan menentang tuntutan kuasa Maduro dan mengadakan rapat umum pada hari berikutnya, di mana Perhimpunan Kebangsaan mengumumkan bahawa Guaido telah mengambil alih kekuasaan dan tugas presiden Venezuela serta meneruskan rancangan menjatuhkan Maduro. Pelantikan Guaido didukung kuat Pertubuhan Negara-Negara Amerika,[15][16][17] Maduro bertindak balas dengan memutuskan hubungan dengan negara-negara penyokog tersebut.

Pada 13 Januari 2019, beliau ditangkap oleh badan perisikan kebangsaan Venezuela SEBIN[18] namun kemudiannya dibebaskan pada hari yang sama.[19] Pada hari yang sama juga, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai penjawat kerusi Presiden Venezuela secara interim.[20]

  1. ^ "Venezuela's congress names new leader, vows to battle Maduro". Kansas.com. 5 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  2. ^ "Diputado por Vargas Juan Guaidó" (dalam bahasa Sepanyol). Voluntad Popular. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-18. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  3. ^ "Diputado por Vargas Juan Guaidó" (dalam bahasa Sepanyol). Popular Will Party. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-18. Dicapai pada 5 January 2019.
  4. ^ Zubillaga, Guillermo (9 January 2019). "Meet the New Face of Venezuela's Opposition". www.americasquarterly.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-12. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Juan Guaidó, el presidente más joven de la Asamblea que deberá tomar la decisión más difícil" (dalam bahasa Sepanyol). NTN 24. 3 January 2019. Dicapai pada 5 January 2019.
  6. ^ "Quién es Juan Guaidó, el nuevo presidente del Parlamento venezolano que desafía a Nicolás Maduro" (dalam bahasa Sepanyol). Clarin. 5 January 2019. Dicapai pada 5 January 2019.
  7. ^ "Voluntad Popular will propose Juan Guaidó as president of the National Assembly and ratifies his ignorance of Nicolás Maduro". Voluntad Popular. 20 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 5 January 2019.
  8. ^ Rodriguez Rosas, Ronny (20 December 2018). "Voluntad Popular confirma que propondrá a Juan Guaidó para presidir la AN en 2019" (dalam bahasa Sepanyol). Efecto Cocuyo. Dicapai pada 5 January 2019.
  9. ^ "Diputado Juan Guaidó ingresó al Palacio Federal Legislativo en compañía de su familia #5Ene" (dalam bahasa Sepanyol). El Impulso. 5 January 2019. Dicapai pada 5 January 2019.
  10. ^ "ELECCIONES A LA ASAMBLEA NACIONAL 2015" (dalam bahasa Sepanyol). National Electoral Council of Venezuela. 22 January 2016. Dicapai pada 5 January 2019.
  11. ^ Zubillaga, Guillermo (9 January 2019). "Meet the New Face of Venezuela's Opposition". www.americasquarterly.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-12. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ France-Presse, Agence (5 January 2019). "Venezuela's parliament rejects legitimacy of Maduro second term". ABS CBN News. Dicapai pada 5 January 2019.
  13. ^ Smith, Scott (5 January 2019). "Venezuela's congress names new leader, vows to battle Maduro". ABC News. Dicapai pada 5 January 2019.
  14. ^ Buitrago, Deisy (5 January 2019). "New Venezuela congress chief says Maduro will be usurper president". Reuters. Dicapai pada 5 January 2019.
  15. ^ Phillips, Tom (11 January 2019). "Venezuela: opposition leader declares himself ready to assume presidency". The Guardian. Dicapai pada 11 January 2019.
  16. ^ "Juan Guaidó: Me apego a los artículos 333, 350 y 233 para lograr el cese de la usurpación y convocar elecciones libres con la unión del pueblo, FAN y comunidad internacional". Asamblea Nacional de Venezuela. 11 January 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-02. Dicapai pada 11 January 2019.
  17. ^ "Parallel govt emerging in Venezuela". Argus Media. 11 January 2019. Dicapai pada 12 January 2019.
  18. ^ Semana. "Alejandro Baena, candidato liberal a la alcaldía de Cali". Alejandro Baena, candidato liberal a la alcaldía de Cali.
  19. ^ "Venezuela opposition leader briefly detained". Jan 13, 2019.
  20. ^ "Juan Guaidó desde Vargas: "Hay un presidente legítimo de la AN y de toda Venezuela"". albertonews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-14. Dicapai pada 2019-01-27.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]