Pergi ke kandungan

Johor Darul Ta'zim II FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Johor Darul Ta'zim II F.C.)
Johor Darul Ta'zim II FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim II FC
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT II, JFC
StadiumStadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru,
Johor
(Kapasiti: 30,000)
PemilikTMJ Crown Prince of Johore
PengerusiPengerusi
PengurusMalaysia Adib Ashari Daud
JurulatihSepanyol Mariano Echeverria
LigaLiga Premier Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Johor Darul Ta'zim II FC ialah sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia yang kini beraksi dalam Piala MFL, selepas Liga Premier Malaysia dimansuhkan. Kelab ini berfungsi sebagai kelab pemangkin kepada pasukan utama Johor Darul Ta'zim FC yang bersaing di Liga Super Malaysia. Sebahagian besar pemain dalam pasukan ini terdiri daripada mereka yang berusia bawah 23 tahun.

Sebelum musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor FA, dengan sejarah penyertaan dalam Liga Malaysia yang bermula sejak 1991.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ialah persatuan bola sepak yang mewakili negeri Johor dalam Liga Malaysia. Pada musim 2010, pasukan ini beraksi dalam Liga Super Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Nasir Yusof sebelum beliau digantikan oleh Edres Selamat, seorang bekas pemain Johor.

Pasukan Johor, yang dikenali dengan gelaran Jengking, telah memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991. Johor turut menjuarai Liga Malaysia pada musim 1991 dan memenangi Piala FA pada tahun 1998.

Pada musim 2006/07, pasukan Johor dikenali sebagai Johor PBT Pasir Gudang atau Johor Pasir Gudang selepas bekerjasama dengan penaja. Nama pasukan ini kemudian ditukar semula kepada Johor pada tahun 2009. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim II FC dan menyertai Liga Premier Malaysia. Johor Darul Ta'zim II turut layak ke Piala Malaysia pada 2014 dan 2015 tetapi tidak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam kedua-dua edisi.

Perubahan nama

[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak ini telah melalui beberapa perubahan nama sepanjang sejarahnya, seperti berikut:

  • 1955–2006: Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
  • 2006–2007: Johor Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Johor PBT Pasir Gudang)
  • 2007–2013: Persatuan Bola Sepak Johor (Johor FA)
  • 2014–kini: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim II (JDT II)

Logo pasukan

[sunting | sunting sumber]

Penaja pasukan

[sunting | sunting sumber]

Penaja Utama

Penaja Jersi

Penaja Rasmi

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2013 Itali Kappa Johor Corporation
2014–2015 Amerika Syarikat Nike Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine
2016 Jerman Adidas

Forest City

2017–kini Amerika Syarikat Nike

Forest City

Stadium Pasir Gudang

[sunting | sunting sumber]
Stadium Pasir Gudang

Bermula musim 2014, kelab ini beraksi menggunakan stadium ini sebagai gelanggang utama untuk perlawanan liga Malaysia. Stadium Pasir Gudang merupakan stadium yang digunakan bagi kegiatan bola sepak. Stadium Pasir Gudang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Stadium Pasir Gudang ini memiliki keupayaan kapasiti 15,000 penonton.

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos

[sunting | sunting sumber]
Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium ini dibina pada tahun 1964 dengan kapasiti asal 15,000 penonton sebelum diubah suai pada tahun 1991, meningkatkan kapasiti kepada 30,000 penonton. Ia dinamakan sempena bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1]

Stadium ini memiliki kapasiti keseluruhan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk berbumbung.[2]

Sejak penjenamaan semula Johor Darul Ta'zim FC di bawah pengurusan Tunku Ismail Ibrahim, stadium ini menyaksikan peningkatan kehadiran penyokong pada setiap perlawanan. Kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) memainkan peranan dalam memperkenalkan elemen budaya Ultras dalam sokongan terhadap pasukan Johor Darul Takzim FC. Bermula musim 2020, stadium ini digunakan sebagai gelanggang rasmi untuk JDT II bagi perlawanan Piala MFL.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/ Perdana 1 / Liga Super
1991
1985
Piala FA Malaysia
1998
Piala Malaysia
1985, 1991
1986
Piala Cabaran Malaysia
2019
Piala Sumbangsih Malaysia
1986
1992, 1999
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier
1999, 2022
1998, 2019
Divisyen 3 / Liga FAM
1959, 1966, 1973
Piala Tunku Mahkota Johor*
2012

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Sultan Hassanal Bolkiah*
1987

Skuad utama

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 10 Januari 2020

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Brazil Alisson
2 DF Perancis Benjamin Pavard
8 DF Malaysia Nurfikry Razali
10 MF Argentina Nicolás Fernández
13 MF Malaysia Yogaraj a/l Murugan
18 MF Malaysia Firdaus Abdul Jabar
19 MF Malaysia Khairullah Abdul Halim
21 DF Malaysia Izzafiq Ruzi
22 FW Lubnan Mohammed Ghaddar
23 DF Malaysia Hasbullah Abu Bakar
24 DF Malaysia Hafiy Haikal
25 DF Malaysia Hariz Kamarudin
26 DF Malaysia Mohd Alfi Rasid
No. Pos. Negara Pemain
27 MF Malaysia Fahmi Faizal
28 MF Malaysia Shahwan Shaharuddin
29 DF Malaysia Azrul Haziq
30 GK Malaysia Rozaimi Rahamat
51 MF Malaysia Ramadhan Saifullah


DF Malaysia Nashrul Eiman Hamdan
DF Malaysia Ghaffar Abdul Rahman
MF Malaysia Nur Aqmal Mat Nayan
MF Jepun Kei Hirose
FW Malaysia Amirul Husaini Zamri
FW Malaysia Awang Muhd Faiz Haziqq Awang Fathi

Pegawai kejurulatihan pasukan

[sunting | sunting sumber]

Organisasi Pasukan

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Pengurus Malaysia Adib Ashari Daud
Ketua Jurulatih Sepanyol Rafa Gill
Pembantu Jurulatih Malaysia Mohd Hamzani Omar
Malaysia Ramlan Rashid
Jurulatih Malaysia []
Malaysia []
Jurulatih Kecergasan Malaysia Khairul Azreen bin Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol Sepanyol Jon Elorza
Fisioterapi Malaysia Lifizan Haili

Sejarah Jurulatih

[sunting | sunting sumber]

Ketua jurulatih pada tahun (2014–kini)

Tahun Jurulatih Negara
28 Februari 2014 Azmi Mohamed  Malaysia
1 March 2014 – 8 April 2014 Rajko Magić  Croatia
5 November 2014 – 10 Mei 2015 Goran Paulić  Croatia
11 May 2015 – 30 November 2015 Nenad Baćina  Croatia
1 Januari 2016 – 17 Januari 2017 Benjamin Mora  Mexico
18 January 2017 – 19 June 2017 Mohd Hamzani Omar  Malaysia
20 Jun 2017 – 9 Ogos 2018 Benjamin Mora  Mexico
9 Ogos 2018 – 23 Oktober 2019 Ervin Boban  Croatia
6 November 2019 – kini Rafa Gill  Sepanyol

Persatuan yang menyelia

[sunting | sunting sumber]

Kelab gabungan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Johor football returns to its glory days". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. 2011. Dicapai pada 18 Januari 2025.
  2. ^ "Stadium Tan Sri Hassan Yunos". World Stadiums (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2025.