Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
Nama penuh | Persatuan Bola Sepak Negeri Johor |
---|---|
Gelaran | Johor FA |
Diasaskan | 22 Disember 1955 |
Pengerusi | Pengerusi |
Tapak sesawang | Laman kelab |
PBNJ atau Persatuan Bola Sepak Negeri Johor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Johor. Persatuan ini menguruskan 2 pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Johor Darul Takzim FC dalam Liga Super Malaysia serta Johor Darul Takzim II dalam Liga Perdana Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau PBNJ merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia. Persatuan yang diterajui oleh Setiausaha Kerajaan Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.
Pengurusan Persatuan
[sunting | sunting sumber]Jawatan | Nama |
---|---|
Penaung Diraja | DYTM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail |
Presiden | YB Dato’ Haji Ismail bin Karim |
Naib Presiden I | Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman |
Naib Presiden II | Tuan Haji Onn bin Jabbar |
Setiausaha | Encik Mohd Fahmy bin Yahya |
Bendahari | Tuan Hj Salehuddin Bin Hj Hassan |
Bekas Presiden
[sunting | sunting sumber]Kelab gabungan
[sunting | sunting sumber]- Johor Darul Ta'zim FC (asalnya Johor FC )
- Johor Darul Takzim II (asalnya Johor FA)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]
Kejohanan
[sunting | sunting sumber]Kejohanan yang dianjurkan PBNJ:
- Piala Tunku Mahkota Johor