John Denver
John Denver | |
---|---|
Kelahiran | Henry John Deutschendorf Jr. 31 Disember 1943 Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | Oktober 12, 1997 Monterey Bay dekat Pacific Grove, California, Amerika Syarikat | (umur 53)
Sebab kematian | Luka dalam akibat kemalangan kapal terbang, dia sebagai juruterbang kenderaan peribadinya |
Tempat ditanam | Abu mayatnya disebar di Pegunungan Rocky, Colorado |
Pendidikan | Universiti Teknologi Texas (pelajar tinggi cicir) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1962–1997 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 (2 anak angkat) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | johndenver |
Henry John Deutschendorf Jr. (31 Disember 1943 – 12 Oktober 1997),[3] dikenali secara profesional dengan nama panggungnya sebagai John Denver, ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu Amerika. Beliau adalah salah seorang artis akustik paling popular pada tahun 1970-an dan salah seorang artis yang popular dalam dekad itu.[4] AllMusic telah menamakan Denver sebagai "salah satu daripada penghibur awam yang paling disayangi pada zamannya".[5]
Denver telah merakam dan mengeluarkan kira-kira 300 lagu, kira-kira 200 daripadanya dia yang menulis sendiri. Beliau mempunyai 33 album dan single yang telah disahkan Emas dan Platinum di AS oleh RIAA, [6] dengan anggaran penjualan lebih daripada 33 juta unit. [7] Denver senang merakam dan membuat persembahan terutamanya dengan gitar akustik dengan menyanyi tentang kegembiraannya dalam memandang ekosistem hijau, ketidaksukaan terhadap kehidupan bandar, semangat untuk berdendang dan masalah dalam hubungan bersama kedua isterinya. Muzik Denver muncul dalam pelbagai carta, termasuk muzik country, Billboard Hot 100 dan dewasa kontemporari, memperoleh 12 emas dan empat album platinum dengan lagu-lagu tanda tangannya "Take Me Home, Country Roads", "Poems, Prayers & Promises", "Lagu Annie", "Rocky Mountain High", "Calypso", " Thank God I'm a Country Boy", dan "Sunshine on My Shoulders".
Denver tampil dalam beberapa tajuk filem dan iklan televisyen pada tahun 1970-an dan 1980-an, termasuk filem yang cukup popular tahun 1977 Oh, God!, di mana dia berlakon bersama George Burns. Denver Terkenal sebab kecintaannya pada Colorado, beliau menolak untuk bermastautin di bandar besar seperti Austin, Texas dan memilih kampung bernama Aspen sebagai tempat mastautin sepanjang hayatnya. Pada tahun 1974, Denver digelar sebagai poet laurete negara itu. Badan perundangan negeri Colorado juga menerima pakai "Rocky Mountain High" sebagai salah satu daripada dua lagu negerinya pada 2007, dan West Virginia melakukan perkara yang sama untuk "Take Me Home, Country Roads" pada 2014.
Denver mempunyai hobi menerbangkan kapal terbang peribadinya. Ia terbunuh dalam nahas satu kematian semasa memandu kapal terbang yang baru dibeli pada tahun 1997 di usia ke-53 tahun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sterling, Christopher H.; O'Dell, Cary (April 12, 2010). The Concise Encyclopedia of American Radio. Routledge. ISBN 9781135176846 – melalui Google Books.
- ^ "The Music of John Denver". AllMusic.
- ^ Leigh, Spencer (October 14, 1997). "Obituary: John Denver". The Independent. Dicapai pada June 20, 2020.
- ^ Maphis, Susan. "10 Best Selling Artists of the 1970s". mademan.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2012. Dicapai pada May 16, 2012.
- ^ Ankeny, Jason. "John Denver Biography". AllMusic. Dicapai pada June 4, 2014.
- ^ "John Denver". RIAA.
- ^ "John Denver, A Rocky Mountain High Concert". The Florida Theatre. November 19, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2018. Dicapai pada August 25, 2015.