Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Joe Wings | |
---|---|
Nama lahir | Abdul Zamin bin Abdul Kadir |
Juga dikenali sebagai | Joe Wings, Joe Prime Domestic, Jo Branko, Joe Scandals |
Kelahiran | 8 Oktober 1969 |
Berasal dari | Muar, Johor Malaysia |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Pemuzik, Komposer, Penerbit Album, Pelakon, Penyanyi |
Instrumen | Gitar, keyboard, vokal |
Tahun aktif | 1986-kini |
Syarikat rakaman | Anggerik Menawan Sdn Bhd |
Pengkarya berkait | PrimeD, Prime Domestic, Barbarik, Wings, Scandals |
Abdul Zamin Abdul Kadir (lahir 8 Oktober 1969) atau lebih dikenali sebagai Joe Wings atau juga Jo Branko merupakan seorang bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals, Wings, penerbit album, pemuzik undangan, pencipta lagu, penulis lirik, pengarah muzik, juri, pelakon dan penyanyi di Malaysia. Beliau pernah menubuhkan Scandals (1986-1988) dan kemudiannya Kumpulan Wings. Setelah 28 tahun bersama Wings kini Joe menubuhkan kumpulan terbaharunya bernama Prime Domestic dan terkini Kumpulan Barbarik bersama Mus, Ainol & Rozaimie.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Joe dilahirkan pada 8 Oktober 1969 di Muar, Johor. Beliau sudah mendirikan rumahtangga bersama Rozalinda Gulam Rasul (Linda Rasul) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Nisa, Aisyah Nisa dan Muhammad Rafael.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan pemuzik sepenuh masa dan pernah juga terjun ke bidang lakonan serta pernah menjadi pelakon utama dalam filem "Putera" (1994), "Amelia" (1995) dan "Superstar" (1995) selain pelakon undangan di dalam filem Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012). Selain itu beliau juga merupakan seorang penerbit album rock yang telah menaikkan nama kumpulan Slash, Def Gab-C, Kristal, Double line serta beberapa nama lain. Beliau juga pernah mencuba sebagai seorang penyanyi dan lagu pertama nyanyian beliau ialah dalam album Wings- Orang Asing iaitu lagu yang berjudul "Lupakanlah". Lagu kedua nyanyian beliau ialah Asmara - album Biru Mata Hitamku, lagu ketiga ialah Hari Raya Yang Mulia duet bersama Mus di dalam album raya Wings "Puisi Aidilfitri", lagu keempat Amelia Mawar Berduri dan lagu kelima Joe menyanyikan semula lagu Ranjang Mawar. Lagu ini terdapat di dalam album Wings "Orang Asing" yang pada asalnya dinyanyikan oleh Mel. Lagu ini dinyanyikan semula oleh Joe di dalam filem Amelia. Beliau juga merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings. Pada tahun 2016 Joe telah meninggalkan kumpulan Wings selepas 28 tahun bersama kumpulan itu dan kemudiannya beliau mengasaskan kumpulan kugiran terbaharunya Prime Domestic/ Barbarik yang dianggotai oleh Muss (vocal),Zul (Vokal), Joe (Gitar), Rozaimie (Bass) dan Ainol (Drum).
Axology
[sunting | sunting sumber]- Hamer Custom Reverse Headstock
- Killer KG Prime Original
- Schecter Hellraiser Lefty
- Gibson Les Paul Custom Ebony
- Fender Telecaster Lefty USA
- Gibson Les Paul Standard Goldtop (Keluaran tahun 90an)
- Taylor Accoustic
- Maestro Ej-1, Ed 12-1 Accoustic
- Boss PS2 Digital Pitch Shifter / Delay
- Boss CE2B Bass Chorus
- Moen MO-PD Pretty Dolly
- Rocktron MIDI Mate
- Roktron Pre-Amp
- Shure Wireless
- Dunlop CryBaby
- Jim Dunlop Custom Picks
- Marshall JCM 800
- Marshall Mode Four UK
- Marshall JCM 2000 DSL (Dual Super Lead)
Gitar Solo @ Sentuhan Joe Wings
[sunting | sunting sumber]- Watari =(Ibanez Saber "Lefty")
- Jerangkung =(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Paus Menangis=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- PTM=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Highland=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Intro=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Gua Henjut Je=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Difficult to cure - Rainbow (cover)=(Fender "Lefty" Telescastar)
- Gelap Nan Terang=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Ilusi Itonasi=(Gibson Les Paul Customs 'Gold top')
- Joe Wings gitar solo=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
Lagu-lagu Nyanyian
[sunting | sunting sumber]- Perhentian (Wings & Superfriends)
- Lupakanlah (Orang Asing)
- Asmara (Biru Mata Hitamku)
- Hari Raya Yang Mulia (Puisi Aidilfitri)
- Amelia (Filem Amelia)
- Ranjang Mawar (Filem Amelia)
- Orang Timur (Konsert G4)
- Semalam Yang Hangat (An Evening with Joe wings (akustika) in Dublin
- Ibu (Acoustic Sunday Nite Live in Singapore)
Album bersama Kumpulan Scandals
[sunting | sunting sumber]- Juara-Juara Rock 1 (1986)=(Washburn)
- Juara-Juara Rock 2 (1986)=(Washburn)
- Juara-Juara Rock 3 (1986)=(Washburn)
Album bersama Kumpulan Wings
[sunting | sunting sumber]- HUKUM KARMA (1988)=(Yamaha SG1000)
INFO MY RECORDING TOOLS 1. Studio: Kings Studio @ PJ sek 14 with analog 16 track board with 2" studer recording tape (Analog) -Recorded & Mixed by Peter Chong -Produced by Dato' M.Nasir GUITAR 1-YAMAHA SG1000 Solo part/Rythm Power Chord/ Plucking 2-TORNADO ACOUSTIC " (Akoustic Plucking) 3-TAKAMINE ACOUSTIC 12 Strings STRINGS 1- ELECTRIC STRINGS '-0.10-0.46 (ernie ball) 2-ACOUSTIC STRINGS -0.10-0.52 (d'addario) 3-ACOUSTIC 12 Strings (d'addario) BOSS EFFECT STOM BOX -DS1/CHORUS/OCTAVER/T.WAH/PHASER/PITCH SHIFTER/ AMPLIFIER -MARSHALL JCM 900 -COMBO JAZZ CHORUS by jobranko@joexwings
- TEORI DOMINO (1990)=(Ibanez Saber 'Lefty')
INFO MY RECORDING TOOLS TEORI DOMINO 1990 & TRIVIA - PART 1. RECORDING STUDIO ▪️Studio Rakaman - Synchrosound Studio, Kuching Sarawak, Scat Studio, Damansara (for Sejati) ▪️Jururakam - M Yusoff & Tay Boh Tsun ▪️Jururakam & Juruadun - M Yusoff ▪️Mastering - R.J Steward ▪️Produced by Dato M.Nasir (M Yusoff telah kembali kepada penciptaNya) GUITAR Ibanez 540 Saber (Lefty) for all guitar parts. EFFECT/STORMBOX ▪️Turbo Distortion DS-2 ▪️Distortion DS-1 ▪️BOSS Equlizer ▪️BOSS Chorus ▪️BOSS Digital Pitch Shifter PS-2 ▪️Chorus CE-3 ▪️Flanger RBF 10 ▪️BOSS T-Wah TW-1 ▪️Digital Delay DD-3 STRINGS ▪️Electric Ernie Ball 0.09-0.42 AMP ▪️PEAVEY CLASSIC CHORUS 212 ▪️PEAVEY STEREO CHORUS 212 ▪️PEAVEY RENOWN 400
- TRIVIA Part 1*:
Insaf, Perhentian, Potret Monalisa dan Alam Barzakh sudah siap aku ‘susun’ sebelum ke Kuching. Proses pre-pro dijalankan di studio Jenny Chin di Damansara manakala baki lagu-lagu lain dibuat bersama M. Nasir di Kuching. Asalnya melodi lagu Alam Barzakh adalah ‘common ballad’, tapi aku tukarkan ke mood ‘heavy’ dan aku hasilkan intro yg agak ‘thrill’. Teringat apabila (arwah) JS Kevin dengar balik lagu Alam Barzakh, dia cukup happy dan dia tak sangka lagu tu jadi macam tu. Kevin jumpa aku terus sauk tangan aku dengan kedua tangannya yang panjang & digenggamnya tanganku erat. Bermula dari situ hubungan aku dengan Kevin arkab sampailah dia meninggal dunia. Banyak aku pelajari dari Joe Stone Kevin formula buat lagu dan fahami lirik. Dia pula banyak bertanya aku berkenaan arrangement lagu dan sound rock. Pada aku Kevin seorang yang genius! Sebenarnya intro Alam Barzakh itu bermain di dalam kepala aku semenjak aku di sekolah rendah lagi, di bandar kelahiran aku di Muar. Melodi ‘Arabic’ ini sering aku dengar tiap kali sebelum azan Maghrib berkumandang di radio. Masa aku darjah 6 pada tahun 1981, aku tinggal di rumah arwah atuk di kampung Parit Tiram, jalan lama Muar. Rumah atuk memang tak ada tivi, manakala 5 adik-beradik aku yang lain tinggal bersama ibu bapa aku di Singapura tapi abang-abang dan adik aku bersekolah di JB. Form 1 (1982) aku tinggal semula dengan famili aku di bandar kelahiran arwah abah aku, JB 'City of Natural Born Rockers' dan bersekolah di St. Joseph JB. Waktu inilah aku mula memegang gitar secara ‘real’ sebab masa sekolah rendah ‘showmanship’ hanya mampu pakai penyapu saja. Atuk hanya mampu menggeleng kepala dan terus menyuruh aku menyapu sampah! To Be Continued... -by joBranko@JoExWings- Susunan Zan Zaini
- TRIVIA PART 2*:
Lagu Sejati merupakan lagu 'last minit' aka lagu yg ke 11 dirakamkan di Scat Studio, Damansara (owned by pioneer jazz musician Micheal Veerappan). Drum, bass dan all guitar track dirakamkan di sini kecuali vocal track dirakamkan di Kings Studio oleh David & Ron. Sejati mixed by Peter Chong di Kings Studio (engineer untuk album Hukum Karma). Kisah ringkasnya. Setelah pulang dari Kuching, Aziz Bakar still rasa masih ‘kurang’ ramuan material untuk Teori Domino. Maka pada suatu malam kami dikejutkan dengan panggilan dari M. Nasir untuk rakam lagi satu lagu. Bayangkan sebulan kat Kuching, bila balik KL semua ingat dalam kepala nak 'hiya! hiya!’ Maklumlah budak tengah ‘up’ (aku baru berumur 21 tahun waktu itu) dan 'rindu' dekat 11 LA (sebutan: Eleven LA), disko & live band yang paling popular masa tu (dulu kita panggil disko, sekarang clubbing la), tiba-tiba dapat panggilan kena rakam lagi satu lagu. Adoi, penat kat Kuching tak habis lagi! Satu aku nak beritahu, Aziz Bakar memang pakar ‘dengar’ lagu yang boleh meletup. Bila aku tengok Simon Cowell American Idol, aku memang terus teringat Aziz Bakar. Walau Aziz Bakar tak pandai muzik tapi dia ada 'telinga' dan jangkaan dia lagu mana yang akan meletup 99.9%, (0.1% tu pasal dia cakap lagu Saari Amri tak 'killer', lagi tepat istilah selalu dipakai masa tu, 'lagu tak boleh jual!' Tapi rupanya Aziz Bakar silap besar sebab lagu tu menjadi fenomena! Lagu yang Aziz Bakar kata tak boleh jual tu ialah lagu Sembilu nyanyian Ratu Rock Ella. Lagu tu diberikan kepada Ella setelah Aziz Bakar reject. Asalnya lagu tu untuk artis perempuan BMG. BMG ‘gigit jari’ jugak la sebab Ella under EMI. Sampaikan Yusof Haslam buat filem la lagu tu! Ok berbalik kepada Teori Domino, Aziz Bakar la yang suruh rekod lagi satu lagu once balik dari Kuching. Dia cakap Teori Domino ni konsep kuat tapi masih tak ada lagu ‘killler’, dan akhirnya Sejati dilahirkan ‘complete’ di Kuala Lumpur. Itulah kelebihan Aziz Bakar dan orang macam Aziz Bakar ni memang dah tak ada dalam industri... (Aziz Bakar ialah A&R BMG Recording Co ketika itu) To Be Continued... -by JoBranko@JoeXWings Susunan Zan Zaini
- SEDIKIT INFO "INTRO SEJATI"**
- Penghasilan intro Sejati*
Assalamualaikum semua. Atas permintaan kalian, di ruangan kali ini aku akan menceritakan penghasilan lagu Sejati untuk bahagian gitar aku termasuklah ‘intro’ dan 1001 kisah cepumas! Pertama: proses permulaan. Selepas ‘tracking’ bass selesai dengan bersertakan ‘vocal guide’ M. Nasir, tiba giliran aku untuk ‘tracking’ guitar. 1st track aku mulakan dengan ‘clean plucking’ (arpeggio). Sewaktu rakaman aku add-on efek Chorus sebagai ‘guide’ yang mana efek Chorus yang sebenar akan digunakan semasa proses mixing. Kalau zaman digital 'plug-in', kalau analog kita pakai 'outboard gear' sebab efeknya terletak di luar mesin rakaman. Tujuan untuk masukkan efek kemudian adalah supaya aku dapat memilih Chorus yang betul & sesuai semasa proses mixing. Apabila semua sudah complete, barulah boleh memilih Chorus yang sesuai. Aku plucking dari mula sampai lagu tu berhenti sebab lagu ni M. Nasir plan ending dia 'fade out' jadi masa repeat last chorus tu sebenarnya berulang-ulang kali, 6 minit lebih sampailah drum berhenti. 2nd track aku record part power chord kat dua tempat saja, iaitu bridge dan all chorus part. 3rd record clean line, Clean line ni aku hanya record part intro, 2nd verse dan part bridge. Selalunya dulu-dulu bila perform 'live' aku akan suruh keyboardist ambil line ni tapi menggunakan piano. Semua part guitar aku akan main 2 kali jadi cara petikan atau riffing mesti kena sama (macam kembar seiraslah). Tujuannya supaya sound kedengaran lebih ‘besar’ agar ketika proses mixing nanti boleh di mixed dengan mudah. Sama juga part distortion power chord pun aku main 2 kali. Maknanya 2 track untuk jadikan bunyi tu ‘stereo’ dan sound kedengaran wide dan besar (left right). Semua part dalam semua lagu Wings akan di double-track kan kecuali track solo (tapi ada lagu yg aku record satu track macam trilogi ‘live recording’ dan satu lagu dari album Mr. Barbarik iaitu ‘Handal’. Aku live one-take seorang diri. Nanti akan aku cerita tips dia kemudian) Kalau dengar balik, memang jelas kalau pakai headphone. Music yang anda dengar kiri kanan tu memang dua kali main untuk riffing yang sama dari mula sampai habis. Zaman tu takde istilah ‘copy-paste’ macam zaman sekarang. Tapi aku suka zaman analog sebab kerjanya lebih interesting dan lebih mencabar. Berbeza dengan zaman digital yang mana aku rasa bila bekerja langsung tak mencabar. Tapi ada jugalah kelebihan-kelebihan pada sistem digital berbanding analog tapi hanya dari aspek operation atau time kepala malas nak bekerja. Ok lah kan. Digital ni tidak perlu kemahiran yang tinggi terutamanya bab technical (macam makan kacang putih la). Musician yang belum sampai standard malah masih jauh lagi pun boleh buat rakaman sebab lepas itu semua mesin yang buat kerja sampai perfect. Dan ada kedengaran sesetengah tu sampai hilang dinamik, hilang ‘human touch’. Kalau band tu, hilang sound band, jadi robotic (aku istilahkan analog tu human, digital tu robotic). Digital ni semua kedengaraan standard atau sama saja disebabkan semuanya telah di’digitalised’. Standard penyanyi karaoke pun boleh merakam lagu. Malah penjual bahan kosmetik pun boleh merakam lagu dan radio-radio masakini pun 'on air', mainkan lagu-lagu penjual kosmetik ni. Paling hampa ada produser atau komposer yang karyanya pernah dijulang di Anugerah Juara Lagu yang beria-ia produced material sampah-sampah ni. Untuk apa aku pun tak tahu. Pada aku ini semua karya sampah. Tapi sampah-sampah ini duduknya di tempat yang kalau kau nak masuk kena bagi IC. Orang berpakaian cantik-cantik. Tempat yang berhawa dingin & selesa. Tempat yang wangi-wangi dan tempat yang ada peralatan canggih-canggih. Ok lah. Itu sekadar ‘insert’ nanti melarat-larat pulak . Tujuan aku supaya kamu semua lebih faham situasi. Industri muzik ialah perkara yang serius. Dan aku rasa aku layak untuk bercakap hal-hal ini. Tapi aku menulis hanya pada follower aku saja dan InsyaAllah akan ada tips-tips yang akan aku bagi dari setiap penulisan. Berbalik kepada lagu Sejati. Setelah muzik complete dirakamkan, aku tahu kehendak M. Nasir. Kalau lagu ballad, gitar solo mesti kena ada ceritanya sendiri. Kena rancang. Apabila sampai masa untuk merakamkan part solo, M. Nasir awal-awal dah brief, “Depan tu kena main stail scale nobat. Macam feel ala-ala gamelan...” Aku faham apa yang dia maksudkan. Tapi menggunakan gitar dan cipta feel nobat? Macam mana aku nak buat? Ini request by producer. Kita mesti hormat sebab dia lebih tahu. Nasib baiklah aku tahu serba sedikit bunyi atau muzik gamelan. Tapi masa tu hanya pengetahuan yang amat sedikit. Pertama sekali M. Nasir akan brief dan seperti biasa dia akan ‘humming’ ikut suka dia. Tapi hum yang ada asaslah, bukan sembarangan. Dia akan humming sekali semasa playback lagu. Masa drum Black masuk dia akan bunyikan note-note tinggi guna suara halus dia sambil mengeluarkan contoh melodi. Aku hanya dengar sambil pejam mata dan aku nampak melodi yang M. Nasir hum tu macam ‘sabar’ saja bunyi dia. Dengar pun hujung-hujung tapi dari situ aku cuba fahamkan apa yang dia nak. Cuma nak merealisasikan exactly macam dia nak memang tak boleh tapi aku tahu mode dia, 'sabar'. Apa yang dia harapkan macam biasa, dia bagi asas saja dan yang selebihnya aku kena terjemaah ikut cara aku dengan syarat, mesti asli. Beberapa ketika aku hanya playback lagu tu berulang kali sambil memejamkan mata tanpa memegang gitar. Proses ini aku panggil 'melihat' lagu. Once bila aku dah nampak, barulah mudah untuk aku susun setiap melodi atau untuk aku rakam dari hum M. Nasir yang aku cakap feel dia macam 'sabar' tadi. Lalu penceritaan solo Sejati ni aku tambahkan sabar bercampur sedihlah. Kira macam mood frust awek kena kebas dengan kutu lain la. Kalau berkenaan lagu ni last-last awek mesti kena bagi menang jugak. Walaupun awek tu bersalah. Tak boleh condemn awek dalam lirik lagu especially lagu stail 'ballad minor sedih' ni. Kalau tak susah jugak lagu-lagu ballad nak meletup (ni tips untuk korang kalau nak buat lirik lagu ballad). Bermula dengan proses intro ala-ala nobat. Sebelum tu aku mainkan dulu depan M. Nasir bunyi tu untuk dia dengar. Pelbagai cara aku cuba sampailah bila aku try stail 'pull off without picking' combine dengan efek T-Wah, M. Nasir bekenan pulak! Jarang betul M. Nasir ni berkenan. Lepas M. Nasir berkenan aku 'lanyak' dululah untuk dapatkan feel 'pull off' tu. Asalnya macam senang. Bila time nak rakam amat sukar pulak aku nak buat teknik 'pull off' tu sebab aku menghadapi masalah untuk kasi note-note ‘pull off’ tu 'bersih' dan pada masa yang sama kena maintain feel ala-ala nobat. Sebab teknik 'pull off' ni aku yang pandai-pandai tunjuk kat M. Nasir (nak tunjuk hebat la kononnya. Maklumlah muda lagi, 21 tahun. Standard baru dapat lesen merokok dan masuk disko). Selalunya teknik ni kalau ada pada lagu-lagu lain atau guitarist lain selalu mainkan, mereka akan ikut formal ‘scale’ DoReMi dan hanya 'pull off' di open strings. Manakala yang aku buat bukannya 'pull off' di open strings malahan banyak note berpusing-pusing entah ke mana di fret no. 5, 7 dan 9 dan di dua strings pulak tu (strings hi-E & B ). Tapi sebab nak memuaskan hati producer sehabis boleh sambil aku berpeluang mencipta kelainan yang unik. Terus terang saja, ‘scale’ yang aku buat masa tu aku sendiri pun tak tahu ape aku main. Aku anggap itu satu bunyian dan bukannya ‘scalling’. Sebenarnya pelbagai teknik aku cuba tapi still tak kemas, hinggalah dalam seketika tetiba dia 'jatuh' dari langit. Kebetulan ada tuala ‘Good Morning’ kat situ... TO BE COUNTINUE.... -by jobranko@joeXwings
Penghasilan Intro Sejati dan 1001 Cerita Cepumas
- Bahagian Kedua*
Aku ambil tuala Good Morning tu lalu aku ikat di fret no. 2 neck Ibanez Saber aku. Kerana intro nobat aku bermula dari fret no. 5 tali B. Manakala ending solo di fret no. 7, tali D dan note A. Jadi tempat yang sesuai dan tak mengganggu untuk aku terus ke ending solo melodi part, dan tempat yang sesuai untuk aku ikat tuala Good Morning tu di fret no. 2. Sebab teknik ‘ala nobat’ ni aku hanya perlu main di strings hi-E dan B sahaja. Tujuan aku ikat tu untuk ‘muted’ tali G, D, A dan low E. Tali yang aku tak perlu guna teknik 'pull off'. Kalau tidak sampai besok pun takkan lepas intro lagu tu. Pada masa yang sama aku terfikir juga waktu live show atau konsert nanti takkan aku nak ikat jugak dengan tuala Good Morning. Tapi masalah tu aku akan settle atau fikir kemudian setelah semuanya selesai. Apa-apa hal malam ni kena habiskan kerja. Harap-harap lepas settle kerja malam ni tak ada panggilan 'misteri' lagi. Akhirnya 'Good Morning' tolong aku menjayakan recording intro solo Sejati dengan jayanya dan kerana tuala good morning jugak la kamu semua dapat mendengar intro Sejati yang aku telah rakamkan 30 tahun yang lalu.Terima kasih Allah. Terima kasih tuala Good Morning. Terima kasih M. Nasir. Dan aku harap kamu-kamu semua yang ingin sangat mengetahui proses pembikinan lagu Sejati serta intro Sejati berpuashati dengan penceritaan aku berkenaan penghasilan intro Sejati. Ya, ada ‘sedikit’ trivia. Teknik ala nobat ini turut juga aku mainkan di dalam muzik runut filem Fenomena. Aku percaya kamu semua pasti dah tengok filem ni. Aku mainkan teknik ni sewaktu scene Ramona Rahman kena 'headache'. Setiap kali scene Ramona 'headache' pasti ada background teknik ini. Ketika itu M. Nasir dipertanggung jawabkan untuk buat background music filem Fenomena. Aku dicari M. Nasir dan disuruh datang ke Kings Studio di Petaling Jaya khas untuk mainkan teknik itu saja. Masa tu aku panik juga sebab M. Nasir panggil aku untuk session soundtrack tanpa beritahu apa aku perlu buat. Cuma dia kata dia nak aku session. Reaksi aku masa tu "Haaaaaa?!” Aku cakap, “Tak confident la bang” (panggilan aku terhadap M. Nasir ). Dalam hati aku berdetik, “Apa aku nak main ni? Filem Fenomena ni. Lagipun Kid kan ada." Macam-macam dah bermain dalam kepala ketika itu tapi sebab ‘Sifu’ dah panggil dan dia kata part ni orang lain tak boleh main. “Kau bawak efek sekali.” Sekali lagi reaksi aku, “Haaaaaaa?!!!” Tapi aku gagahkan diri juga (perasaan aku waktu tu excited bercampur nervous serta blur sikit-sikit). Aku angkut Saber aku dengan complete effect terus start enjin dan drive ke Kings Studio. Lagipun pada masa yang sama bila lagi nak ambil experience berkenaan cara-cara produced soundtrack filem. Apabila sampai waktu nak record, M. Nasir suruh engineer studio mainkan playback hanya di setiap scene Ramona kena headache. Aku tengok dah macam kena migrain . M. Nasir pun cakap dekat aku, “Ko main stail macam intro Sejati dekat setiap scene Ramona kena sakit kepala . Dah siap nanti panggil aku. Lain-lain aku taknak...” sambil berlalu keluar. Oooh...(dalam hati aku, ah kacang je). Aku ingat kena main apa lah. Sebab waktu ni aku memang dah khatam teknik ni tanpa tuala Good Morning. Semasa aku record part ni, music lain belum ada lagi. Hanya gitar aku saja baru hendak dirakamkan. Masa rakaman 'feel' aku macam tak kena saja. Bila Ramona pegang kepala, aku 'pull off'. Bila Ramona pegang kepala lagi, aku kena 'pull off'. Lain macam rasa bila main gitar sambil tengok TV ni. Mata pun tak boleh pejam. Tapi aku seronok dan enjoy walaupun peranan aku kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan pembikinan filem Fenomena. Aku tak tanya pun berkenaan bayaran kerana pengalaman yang aku perolehi ketika itu adalah ‘bayaran’ yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Banyak jugalah scene tu. Oleh sebab tiada bunyi instrument lain lagi part headache tu, aku memang rasa sedikit janggal. Tapi bila aku tengok filem tu di panggung wayang, finishing part tu rupa-rupanya ada ‘sound strings’ yang backup dan bermacam-macam lagi. itulah magic M. Nasir! Daripada Sejati yang intronya dia masukkan Bonang (sound instrument tradisional yang M. Nasir main mengunakan keyboard) menjadikan mood dia melayang-layang macam kena bius hospital. Fenomena pula jadi mood suspen hanya dengan penambahan strings saja. Dalam hati aku kalaulah M. Nasir masukkan strings dulu baru aku main part ini, aku tahu aku boleh buat lagi best tapi aku tahu masalahnya. Note yang aku main tu atau teknik yang aku main tu macam 'ghost scale'. Jadi memang M. Nasir dah tahu yang aku kena record dulu. Lepas itu barulah strings boleh ikut dengan note atau chord yang strings part kena main. Dan bermula dari pengalaman indah inilah aku bertambah yakin dengan kemampuan diri sendiri. Juga membuka ruang untuk aku terus ke era baru iaitu mula berjinak-jinak dalam menghasilkan runut bunyi filem. Sepanjang aku berada di arena seni, aku telah hasilkan 3 soundtrack filem, 1 tele-drama dan 1 drama berepisod keluaran Astro. Memang tak banyak jika dibandingkan dengan penerbitan album. Di mana 12 album dari 16 studio album Wings dan 5 ‘live’ album Wings telah aku terbitkan. Termasuk 8 album artis lain seperti DefGabC (3 album), Tropika, Doubleline, Kristal, Jinbara, dan Ito (Blues Gang). Aku hanya kurang sikit berbanding M. Nasir saja dari segi penerbitan album rock. Oklah ini serba sedikit cerita ‘cepumas’. Diharapkan kamu semua enjoy dengan pencerahan dan penceritaan ini. Akhir sekali dengan izin, ingin aku maklumkan lagi di sini. Tujuan aku menceritakan pengalaman aku hanyalah sebagai perkongsian dengan kamu semua. Penceritaan aku sewaktu bersama Wings tidak bermakna aku akan kembali semula kepada Wings. Bulan dan bintang tidak akan jatuh dari langit kecuali kiamat mendatang. Aku tahu ada hikmah di sebalik kejadian. Harap semua dapat menerima dengan berlapang dada. Salah, benar, kehidupan serta prinsip tidak boleh dipisahkan. 'Make Love Not War'. Sebaik mana kita manusia yang merancang, tidak akan ada sebaik perancangan Allah SWT. Dan jikalau kamu suka dengan penceritaan aku dan ingin aku teruskan, Insya-Allah akan ada menyusul ‘kisah 1001 malam’ daripada pengalaman aku sepanjang 33 tahun dalam industri untuk tatapan kalian. Akan aku ceritakan juga artis-artis lain yang pernah aku terbitkan. Hait!
- Info Dan Tips Rakaman*
Plugins adalah software effect yg sedia ada di dalam mixer atau board system rakaman digital dan kebanyakannya ada di semua sound interface (dalam komputer). Manakala 'outboard gear' adalah hardware effect yang berada di luar mixer atau board yang berfungsi untuk kegunaan analog recording. Kedua-dua fungsinya sama cuma kelebihan mengunakan effect outboard gear, hasilnya lagi solid kerana ia tidak menganggu source basic sound asal kita sebab ia berada di luar board atau mixer. Manakala plugins ni adalah software yang berada di dalam sound interface atau berada di dalam mixer atau board sound interface. Walaupun fungsi kedua-duanya sama tapi plugins ini sedikit sebanyak ia akan menyedut source sound asal kita dan kedengaran seakan-akan jauh atau kecil. Tetapi kita boleh saja combine atau mixed and blend antara digital dan analog. Kamu boleh cuba record on digital tetapi penggunaan effect through outboard gear effect. Hanya patching cable yang betul sahaja diperlukan. Selamat mencuba! Yang Benar, JoBranko@JoeXwings
- JERANGKUNG DALAM ALMARI (1991)=(Ibanez Saber 'Lefty')
INFO MY RECORDING TOOLS JERANGKUNG DALAM ALMARI 1991 RECORDING STUDIO -Studio Rakaman: Form Studio, Singapore. -Jururakam: Roslan Aziz -Jururakam & Juruadun: Akira Yamauchi -Produced by Dato M.Nasir GUITAR 1. Lefty Ibanez Saber - Solo Part & Power Chord 2. Fender Strat - Plucking 3. Tornado Acoustic Guitar EFFECT 1. Rocktron Pre Amp (till now) 2. Digitech 256 3. SPX 900 & SPX 1000 4. Eventide H300 5. Lexicon PCM 70 & PCM 42 6. BOSS Pitch Shifter 7. BOSS T-Wah STRINGS Electric: Ernie Ball 0.09-0.42 Acoustic: D'addario 0.10-0.52 AMP -MARSHALL JCM 800 & JCM 900 (Power Chord & Solo) -JAZZ CHORUS 120 (Clean Sound) For the 1st time M. Nasir ambil 2 lagu gua 1. Lipas Kudung 2. Kau Bukan 'Brader' TRIVIA Masa ni umur dah dah lebih 21 tahun, dah boleh buat passports sendiri. Compare masa album Hukum Karma gua masih kena bawa arwah abah untuk dapatkan sign buat passports sebab masih di bawah umur. Sedikit kecoh di pejabat Imigresen Johor Bahru masa buat passports, ala ala macam YB buat lawatan rasmi. Rupa-rupanya pasal tak cukup umur! (umur baru 18+)
- Best Of Wings 1(1992)=(Killer for solo part/Hamer for rythm/Ibanez Roadstar putih for appegeos "Plucking")
- Double Trouble 1(1992)= (Hamer)
- Bazooka Penaka (1993)= (Hamer 'Lefty'custom Made)
- Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty' & Hamer)
- Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty' & Hamer)
- Orang Asing (1995)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Biru Mata Hitamku (1996)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Puisi Aidilfitri (1996)
- Masterpiece (1997)
- Double Trouble 2 (1998)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Mencari Asal Usul (1998)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Best Of Wings 2 (1999)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Mr. Barbarik (2000)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Naga Kramat (2002)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Terunggul (2004)
- Wings A live 2006 (2007)
- Wings live @ Planet Hollywood (2007)
- Double Trouble live in consert (2010)
- Teori Domino Revisited - (Jamming Session}
- Menakluk Kosmos - (2014)=(Gibson Les Paul Customs 'Black Beauty')
- Wings Rokestra @ Istana Budaya 2013 (2015)
Album bersama Kumpulan Prime Domestic @ PrimeD
[sunting | sunting sumber]- Prima Domestika (2017)=(Gibson Lespaul "Lefty" Gold Top Standard/Gibson Lespaul "Lefty" Custom/Fender "Lefty" Telecaster)
Pemuzik undangan
[sunting | sunting sumber]- Pemain gitar undangan untuk Album IKLIM 'Bukan Niatku' (1995)
- Pemuzik undangan untuk album SLASH 'SLASH'(1995)
- Pemuzik undangan untuk album SLASH 'RINDU PADA YANG TAK SUDI' (1996)
- Pemuzik undangan Untuk album DOUBLELINE 'NOTA KEKITAAN' (1996)
- Pemuzik undangan untuk Album DEF GAB C 'CITARASA' (1996),
- Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'SKALA' (1999)
- Pemuzik undangan untuk album TROPIKA @ JINBARA 'KITA BICARA LAGI' (1999)
- Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'REMIFASOLATIDO' (2001)
- Pemuzik undangan untuk album NRG 'CENDERAJIWA'(2003)
- Pemuzik undangan untuk album HANDY BLACK 'REALITI'(2003)
- Pemuzik undangan untuk album KRISTAL 'NT VIRUS' (2004)
- Kemunculan istimewa bersama Blues Gang untuk Anugerah Industri Muzik (2004]
- Pemain gitar undangan untuk Album Ito Blues Gang 'The Best Of Me' (2005)
- Pemain gitar undangan untuk lagu "Gadis Melayu" dan "Terharu" - Dato' Jamal Abdillah (2006)
- Kemunculan Istimewa bersama Dato' Jamal Abdillah dalam konsert istimewa bersama Dato' Jamal Abdillah (2006)
- Pemain gitar undangan untuk konsert Search "Selepas Banjir" di Johor Bahru (2007)
- Pemain gitar undangan untuk kumpulan Search - Live At Planet Hollywood (2007).
- Pemain gitar undangan untuk lagu "Zakiah" album Dato' "Hattan - Masterpiece" (2007)
- kemuculan istimewa bersama Ella dalam Konsert Astro Gempak (2010)
- Pemain gitar undangan untuk konsert Lefthanded (2010)
- kemunculan istimewa dalam konsert Ella Live @ Istana Budaya (2011)
- Pemain gitar undangan untuk konsert Ella Live in Hard Rock Cafe (2011)
- Kemunculan istimewa bersama Estranged untuk konsert Versus (2013)
- kemunculan istimewa bersama Dato' M. Nasir dalam AJL29 (2015)
- pemain gitar undangan untuk konsert Ella 2016 at stadium Melawati
- pemain gitar undangan untuk konsert Sunday Nite Live N' The Boy at Hard Rock Cafe K.L
Konsert-Konsert Besar
[sunting | sunting sumber]- Konsert Juara- juara Rock
- Konsert Kotaraya
- Saleem in konsert
- Wings Live @Stadium Negara
- Opening Band Konsert Europe Live In Malaysia
- Jerangkung dalam Almari tour
- Double Trouble 1992 tour
- Wings & Superfriend tour
- Biru Mata Hitamku tour
- Wings vs G-Shock tour
- Wings Live in Brunei
- Wings Alive @ Orange Club
- Search Live @ Planet Hollywood
- Search Live In JB
- Ella Live in Konsert
- Wings Live @ Planet Hollywood
- Wings Opera Hidup Live @ Istana Budaya
- Double Trouble 2010 tour
- Stompin Sabah 2010 bersama Man Keedal
- Red On Black konsert
- Wings Live in Singapore
- Double Trouble Live In Singapore
- Konsert G4
- Wings Rockestra @ Istana Budaya
- Wings Versi Tanpa Distortion @ PICC Putrajaya
- Konsert Menakluk Kosmos tour
- Konsert wings & Temasek superfriends (Singapura)
- Sesi akustik Lagenda@ Joe dan Hillary Ang (Singapura)
- Konsert Wings Bongkar Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia Bersama Orkestra Tradisional Kebangsaan (OTM) @ Istana Budaya
- Konsert Wings 30 tahun
- Konsert Wings Back To 80s' in JB
- Konsert Sungai Golok Bike Week
- Wings Rockoustic 2016
- Konsert Ella 2016
- Konsert Prime Domestic Public Distortion 2017
- Konsert Barbarik pentas keras
- Konsert Double Treouble 2
- Konsert TUJUH Vibrator Gitar
Konsert- konsert solo
[sunting | sunting sumber]- An Evening With Joe Wings (akustika) in Dublin
- The Best Of Joe @ Hard Rock Cafe KL
- The Best Of Joe @ Hard Rock Cafe Singapore
- Joe Barbarik feat PrimeD @ Uncle Chilli Hilton 2019
Penerbit album
[sunting | sunting sumber]- Juara-Juara ROCK 1, 2, & 3 (1986)
- Kumpulan Wings
- Bazooka Penaka (1993) ***** Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, Album paling banyak tercalon dalam AIM 1993 (pelbagai katagori)
- Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)
- Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)
- Orang Asing (1995)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995
- Biru Mata Hitamku (1996) ***** Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
- Puisi Aidilfitri (1996)
- Masterpiece (1997)
- Mencari Asal Usul (1997)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997
- Double Trouble 2 [bersama Search] (1998)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998
- Best Of Wings 2 (1999)
- Mr. Barbarik (2000)
- Naga Kramat (2002)***** Tercalon dalam katagori album hard rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002
- Puisi Aidilfitri 'Raya Bersama Mus' (2005)
- Terunggul (2005)
- Wings A live (2006)
- Wings live @ Planet Hollywood (2006)
- Teori Domino Revisited (2007)
- Menakluk Kosmos (2014) ***** Tercalon dalam katagori album terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014
- Wings Rockestra @ Istana Budaya (2015)
- Nota Kekitaan (1997)
- Album Citarasa (1997)
- Album Skala (1999)
- Album Remifasolatido (2000) ***** Album rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000
- Cenderajiwa (2003)
- NT Virus (2004)***** Tercalon dalam katagori album hard rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004
- Kita Bicara Lagi (1998)
- Slash (1995)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995
- Realiti (2003)
- The Best Of Me (2005)
- Album Hibah Untuk Kekasih ***artis pelbagai***- Tribute to Samad Lefthanded
- Ziana Zain
- Ziana Learns To Rock (1999) **Tak dapat diedar atas sebab yang tidak dapat dielakkan**
- Citarasa
- Bintang Terhenti
- Prima Domestika (2017)
- Mega Rock Hebat (2000)*** artis pelbagai*** lagu hits "Hidup Selagi Hidup" (nyanyian Wings, Awie,Moq dan Ziana Zain)
Filem/Telemovie
[sunting | sunting sumber]- Pemburu Bayang (1993) - Pelakon undangan
- Putera (1995) - Pelakon utama
- Amelia (1996) - pelakon utama)
- Super Star (1996) - Pelakon utama
- Awang Trasher (2012) - Pelakon undangan
- Left Wings (2012) - Pelakon undangan
Anugerah/ Pencapaian
[sunting | sunting sumber]1) Berkumpulan (Bersama Kumpulan Wings)
*Kesemua Album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Platinum (melebihi 50,000 unit), Double Platinum (Melebihi 100,000 unit), Tripple Platinum (Melebihi 150,000 unit)dan sehingga ke Quadraple Platinum (Melebihi 200,000 unit). *Tempat kedua dan ketiga dalam Anugerah Juara Lagu dan johan kategori "Persembahan Terbaik" pada Anugerah Juara Lagu 1989 (Lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila) *info* 30 Tahun Selepas Juara Lagu 89 - Rahsia Sound & Persembahan Wings Masa rekod Teori Domino aku ingat lagi sambil praktis material baru kami praktis juga lagu yang masuk final Juara Lagu 89’, Misteri Mimpi Syakilla & Taman Rashidah Utama. Kami balik KL kejap untuk final Juara Lagu yang mana choir tu kami dah suruh praktis sendiri dan balik KL kami sempat praktis sekali saja dengan choir lagu TRU. Lagu Syakilla kami tak sempat nak fikir gimik sebab masa tak ada jadi kami main ‘raw’ macam dalam kaset. Tak sangka lagu Syakilla pun menang Top 3 Persembahan Terbaik selepas TRU dan Search. Settle final balik Kuching balik untuk habiskan proses recording.
Sebab tu kalau tengok balik footage TRU & Syakilla Wings perform tight compare dengan lain-lain. Masa tu M Yusoff sound enginner jaga broadcast khas untuk Wings (bayangkanlah masa tu kami dah request sound engineer sendiri untuk broadcast tv dan sebab tu sound Wings mengatasi artis-artis lain atau band-band lain masa tu). Wings pada waktu itu lagi dah mementingkan sound untuk persembahan live dan serius dalam persembahan. Kalau tak silap Search pun menggunakan M Yusoff untuk lagu Isabella pada malam tu sebab M. Yusoff ni pun bukan orang lain. Dia pun terlibat dalam menjaga ‘live sound’ Search ketika itu dan juga bersaudara dengan Amy Search. Saudara rapat jugak la (M Yusoff atau dalam industri dan dikalangan kawan-kawan dikenali dengan gelaran Usop Tapai, seorang sound engineer legenda dalam industri terutamanya menghasilkan sound rock untuk persembahan ‘live’. Semoga Allah mengasihi & mengampuni dosa-dosa beliau). Tapi Wings malam tu memang ‘tight’. Al-maklumlah, tengah recording! To Be Continued... - by JoBranko@JoExWings Susunan Zan Zaini
*Tempat Pertama Anugerah Muzik Singapura Kumpulan Rock Terbaik. *Tempat Pertama Anugerah Muzik Singapura Lagu Rock Terbaik (Lagu Hukum Karma) *Tempat Pertama Anugerah Muzik Singapura Lagu Slow Rock Terbaik (Lagu Taman Rashidah Utama) *Tempat ketiga lagu terbaik dan Johan kategori "Persembahan Terbaik" pada Anugerah Juara Lagu 1990 (Lagu Sejati) *Anugerah "Rakaman Album Terbaik" pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993 untuk album Bazooka Penaka. *Anugerah "Kulit Album Terbaik" pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 untuk album Biru Mata Hitam KU. *Dilantik sebagai Duta kepada jenama pakaian "Convers" pada tahun 1996 *Dilantik Sebagai Duta kepada jenama Jam "G-Shok" sempena konsert G-Shok vs Wings pada tahun 1999 *Anugerah Khas - Anugerah Planet Muzik 2014 (Singapura) *Anugerah Duo/Kumpulan Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016. *Menjadi Kumpulan Rock pertama yang berjaya menembusi Istana Budaya dengan mengadakan "konsert Opera Hidup Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan" di panggung sari pada 29 April- 2 Mei 2011.
2) Individu/Perseorangan
*Tempat ke-2 pemain gitar paling Popular anjuran majalah Konsert tahun 2000 *Anugerah Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993 (sebagai Penerbit Album) *Anugerah Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 (sebagai Penerbit Album) *Anugerah Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 yang dimenangi oleh Kumpulan DEF GAB C(Sebagai Penerbit Album) *Dilantik sebagai Duta kepada jenama peralatan muzik Samson melalui syarikat pembekalalatan muzik JS Music Sdn. Bhd. *Dilantik sebagia Duta kepada syarikat pembekal peralatan selam scuba ED- Scuba semenjak tahun 2008 dan menjadi duta kepada acara tahunan "Merdeka Conservation Dive" *Anugerah Tokoh Rock Lagenda 2018 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurshiah ke- 55 Universiti Malaysia (UM).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Joe Wings Facebook
- www.muzikrock.com Diarkibkan 2008-04-12 di Wayback Machine