Joe Hahn
Mr. Hahn | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Joseph Hahn |
Juga dikenali sebagai | Mr. Hahn Chairman Hahn |
Genre | Rock alternatif, Nu metal, Rap rock, Hip hop, Electronika |
Pekerjaan | Ahli muzik, Pengarah, Pengecat |
Instrumen | Turntable, sampler, keyboard |
Tahun aktif | 1996-sekarang |
Syarikat rakaman | Warner Bros. |
Pengkarya berkait | Linkin Park Fort Minor |
Joseph Hahn, lebih dikenali sebagai Mr. Hahn, (dilahirkan pada 15 Mac 1977 di Dallas, Texas)[1] merupakan seorang pemain turntable serta pengarah dari Amerika yang paling dikenali sebagai DJ kumpulan Linkin Park.
Linkin Park
[sunting | sunting sumber]Hahn menyertai Linkin Park selepas bertemu dengan rakan sekumpulannya iaitu Mike Shinoda di sekolah seni, semasa kumpulan tersebut masih dikenali dengan nama Xero pada tahun 1996 sebagai pemain turntable kumpulan tersebut. Sejak itu, dia banyak mengarah video muzik bagi kebanyakan single Linkin Park, kecuali "One Step Closer", "Crawling", "Faint", dan "Given Up". Dia sering dirujuk sebagai Mr. Hahn pada permulaan lagu "Cure for the Itch" dari album Hybrid Theory di samping "High Voltage" dari Hybrid Theory EP serta "Kyur4 TH Ich" dari Reanimation. Dia juga turut membuat lagu remix bagi "With You" dan "Cure for the Itch" (kedua-duanya berasal dari album "Hybrid Theory"), yang ditampilkan dalam album remix Reanimation sebagai "Wth>You" dan "Kyur4 Th Ich".
Bagi album Minutes to Midnight tahun 2007, Joe Hahn lebih tertumpu kepada pengaturcaraan papan kesan suara serta papan kekunci MIDI. Minutes To Midnight juga menampilkan bakat turntablenya melalui lima runut: "What I've Done", "Wake", "Valentine's Day", " The Little Things Give You Away", dan "In Pieces." Joe turut dikenali kerana menggunakan pad MIDI pada beberapa runut kumpulan tersebut. Contohnya termasuklah "Crawling", "Numb", dan "Points of Authority".
Projek lain
[sunting | sunting sumber]Hahn ditampilkan dalam lagu Fort Minor berjudul "Slip Out the Back" dan "Move On" (lagu eksklusif Fort Minor Militia); runut-runut tersebut diterbitkan dan dinyanyikan oleh rakan sekumpulannya iaitu Mike Shinoda. Pada kedua-dua runut, Hahn turut melakukan "scratching" pada penghujung lagu. Dia turut membuat lagu remix bagi "Where'd You Go", yang dinamakannya sebagai "Where'd You Joe". Dia juga ditampilkan sebagai pemain turntable bagi lagu "It's Goin' Down" oleh The X-Ecutioners. Rakan sekumpulan Linkin Park Hahn iaitu Mike Shinoda, Dave Farrell, Rob Bourdon serta penyanyi utama Static-X, Wayne Static, turut membuat penampilan dalam video muzik lagu tersebut.
Hahn turut ditampilkan dalam album kompilasi Good Charlotte berjudul Greatest Remixes melalui lagu "The Young & the Hopeless".
Sebagai pengarah video yang berbakat, Joe bukan sahaja mengarah video klip untuk Linkin Park, tetapi dia turut sama mengarah video klip untuk Static-X, Story of the Year, Xzibit, X-Ecutioners, dan Alkaline Trio.
Hahn turut membuat sedikit kesan khas untuk siri TV The X-Files, diikuti filem Sphere dan Dune[2].
Sepanjang tahun 2005 hingga 2006, sementara rakan sekumpulannya Chester Bennington dan Mike Shinoda sedang sibuk dengan projek sampingan masing-masing, Hahn merakamkan satu filem pendek berjudul The Seed di Los Angeles, California, mula ditayangkan pada Mac 2008 dengan tayangan perdana dibuat di Festival Filem Antarabangsa Pusan. Hahn juga muncul sebagai pelakon sampingan oleh Filip Engström berjudul Little Pony. Pada tahun 2005, Hahn membuka sebuah kedai konsep dengan jenama Suru, terletak di Melrose Avenue, Los Angeles.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hahn adalah seorang berketurunan Korea. Dia berkahwin dengan Karen Benedit pada Februari 2005 selepas berkenalan sejak tahun 2003. Joe memfailkan perceraiannya daripada Karen pada awal 2009[3][4][5]. Hahn pernah melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design di Pasadena, California, tetapi dia tidak bergraduat kerana komitkennya terhadap kumpulannya. Hahn juga seorang peminat Transformers - dalam beberapa upacara dia dilihat memakai baju ataupun menggunakan turntable dengan logo Decepticon padanya. Dia jugalah yang menasihatkan kumpulannya untuk meletakkan single "What I've Done" pada album runut bunyi bagi filem Transformers. Hahn, bersama-sama Rob dan Chester, hadir semasa tayangan perdana filem Transformers.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.imdb.com/name/nm1060386/bio
- ^ http://www.imdb.com/name/nm1060386/
- ^ [1] Diarkibkan 2009-08-08 di Wayback Machine1
- ^ [2]2
- ^ [3]3