Jimmy Choo
Jimmy Choo (Cina : 周仰傑; pinyin: Zhōu Yǎngjié) ialah seorang pereka kasut kelahiran Malaysia berpusat di London, England. Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal. Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes, serta Puteri Diana dari Wales. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar.
Pada bulan April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham Jimmy Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy Choo.
Profil
[sunting | sunting sumber]Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan belajar di Kolej Teknikal Cordwainer (sekarang Kolej Fesyen London). Beliau mula membuat kasut ketika umurnya sebelas tahun.
Choo sekarang ialah warganegara UK.
Rujukan dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]- Kasut buatan Jimmy Choo adalah kegemaran Adriana La Cerva dalam siri HBO The Sopranos.
- Watak Sarah Jessica Parker dalam Sex and the City amat meminati kasut Jimmy Choo.
- Disebut beberapa kali dalam filem The Devil Wears Prada. Kasutnya juga dipakai oleh Meryl Streep dan Anne Hathaway.
- Disebut dalam filem Pain & Gain oleh watak lakonan Dwayne Johnson.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) jimmychoo.com
- (Inggeris) Biografi Jimmy Choo di FashionVue