Jewel Lapangan Terbang Changi
Jewel Lapangan Terbang Changi (juga dikenali sebagai Jewel atau Jewel Changi) adalah sebuah kompleks hiburan dan peruncitan bertemakan alam semula jadi yang berada di dalam Lapangan Terbang Changi. Kompleks dan lapangan terbang ini terletak di Changi, timur Singapura yang berada kira-kira 20 kilometer (12 bt) dari timur laut Teras Pusat Bandar.[1]
Kompleks Jewel terdiri daripada taman-taman, tarikan, hotel, kira-kira 300 cawangan peruncitan dan kedai makan serta kemudahan daftar masuk bagasi awal. Dengan jumlah keluasan lantai sekitar 135,700 meter persegi (33.5 ekar), ia mencakupi 10 tingkat - lima tingkat atas tanah dan lima tingkat bawah tanah.[2] Antara tarikan Jewel termasuklah Lembah Hutan Shiseido, taman dalam bangunan setinggi lima tingkat dan Taman Kanopi di tingkat teratas yang menampilkan kebun dan kemudahan kegiatan senggang.[3] Di bahagian tengah kompleks Jewel terdapat "Rain Vortex", air terjun dalam bangunan tertinggi di dunia yang dikelilingi oleh latar hutan berteres.[4]
Pada Oktober 2019 iaitu enam bulan selepas pembukaanya, Jewel berjaya menarik 50 juta pengunjung, melebihi sasaran awal untuk sepanjang tahun.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Regulations" (PDF). Caas.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 3 Mac 2017.
- ^ "Changi Airport Group unveils 'Project Jewel'" (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2018. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ "Jewel at Changi Airport to open in early 2019, Canopy Park unveiled" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2018. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Kaur, Karamjit (21 Mac 2017). "Changi's Jewel shaping up well for sparkling start in 2019". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 9 Januari 2018.
- ^ Toh, Ting Wei (18 Oktober 2019). "Jewel Changi Airport sees 50 m visitors since opening six months ago". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Oktober 2019.