Pergi ke kandungan

Jeremiah Horrocks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Jeremiah Horrocks

Jeremiah Horrocks (1618 – 3 Januari 1641), kadang-kalanya dieja Jeremiah Horrox (nama versi Latin yang beliau gunakan dalam senarai Emmanuel College dan dalam manuskrip-manuskrip Latinnya),[1] ialah seorang ahli falak Inggeris. Horrocks ialah orang pertama yang menunjukkan bahawa Bulan bergerak mengelilingi Bumi dalam orbit eliptik dan merupakan satu-satunya orang yang meramalkan transit Zuhrah tahun 1639, satu peristiwa yang dicerap dan dicatatkan oleh beliau dan rakannya William Crabtree—mereka merupakan pasangan pencerap yang tunggal yang melakukan ini. Treatisnya tentang transit atau peralihan tersebut, Venus in sole visa, hampir hilang kerana kematiannya pada usia muda dan kacau-bilau yang timbul ekoran perang saudara Inggeris. Namun, oleh sebab treatis ini dan dan karya-karya lainnya, beliau dinobatkan sebagai bapa astronomi British.

  1. ^ Marston, Paul (2007). "History of Jeremiah Horrocks". Dicapai pada 2007-12-08. - See footnote 1

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.