Pergi ke kandungan

Jeragat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeragat
Pengelasan dan sumber luaran
Jeragat pada hidung.
ICD-9706.1
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo,[1] adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat.[2] Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya.

Disebaliknya, "kepala putih" (lebih dikenali sebagai jerawat atau comedo tertutup) adalah akar rambut yang dipenuhi dengan bahan yang sama, sebum, tetapi tidak mempunyai bukaan mikroskopik ke permukaan kulit. Oleh kerana udara tidak sampai ke akar rambut, sebum tersebut tidak teroksida, dan kekal putih.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Templat:Americana Poster

  1. ^ "Definition of Blackhead". Medicine.net. 1999-11-09.
  2. ^ "Blackheads (comedones)". About.com. 2008-04-14.
  3. ^ "Definition of whitehead". 1999-11-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-12. Dicapai pada 2011-05-04.