Pergi ke kandungan

Jean-Éric Vergne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Éric Vergne
Jean-Eric Vergne pada tahun 2023
Lahir (1990-04-25) 25 April 1990 (umur 34)
Pontoise (Perancis)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanPerancis Perancis
TeamsToro Rosso
Entri58
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya51
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2014

Jean-Éric Vergne (lahir 25 April 1990 di Pontoise, Perancis) ialah seorang pemandu kereta lumba yang kini bersaing dalam Formula 1 untuk Scuderia Toro Rosso. Beliau memenangi kejuaraan British Formula Three Championship pada tahun 2010, dan juga memenangi sebuah kejuaraan dalam Formula Renault.

GP3 Series

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2010, Vergne telah ditandatangani oleh Tech 1 Racing untuk bertanding dalam kejuaraan GP3 Series pada perlumbaan pembuka tirai musim di Barcelona.[1] Beliau telah digantikan oleh Jim Pla untuk pusingan seterusnya di Turki kerana perlumbaan tersebut bertembung dengan tarikh acara British Formula Three di Hockenheim, tetapi kembali berlumba bersama mereka pada pusingan berikutnya di Valencia.[2] Walau bagaimanapun, pada awal bulan Julai, ia telah diumumkan bahawa Daniel Juncadella akan mengambil kerusi perlumbaan Vergne untuk pasukan bagi baki perlumbaan musim ini.[3]

Formula Satu

[sunting | sunting sumber]

Vergne memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama di acara Goodwood Festival of Speed ​​pada bulan Julai 2010, dengan memandu kereta Red Bull RB5.[4] Pada bulan September 2010, ia telah diumumkan bahawa Vergne akan memandu untuk Toro Rosso di Litar Yas Marina pada bulan November,[4] dengan Toro Rosso mengesahkan bahawa beliau akan memandu kereta Toro Rosso STR5 bagi kedua-dua hari ujian tersebut. Pada hari ujian pertama. beliau menetapkan masa pusingan ketujuh terpantas dengan masa 1:42.489, dan melengkapkan 93 pusingan.[5]

Pada hari ujian kedua, Vergne menetapkan masa pusingan kesembilan terpantas dengan masa 1:40.974, hanya 0.030 saat di belakang pemandu Williams dan juara baru GP2, Pastor Maldonado.[6]

Pada bulan Ogos 2011, semasa hujung minggu Grand Prix Belgium, ia telah disahkan bahawa Vergne akan mengambil bahagian dalam sesi latihan pertama yang terpilih pada musim 2011 untuk Toro Rosso,[7] dengan Toro Rosso kemudiannya mengesahkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam sesi latihan, bermula dari Grand Prix Korea. Namun, Vergne tidak memandu di Litar Antarabangsa Buddh untuk Grand Prix India bagi membolehkan pemandu pasukan, Jaime Alguersuari dan Sébastien Buemi, untuk mempelajari litar yang baru itu.[8] Vergne menetapkan masa kesebelas terpantas di Grand Prix Abu Dhabi, kurang daripada 0.3 saat daripada masa yang ditetapkan oleh Jaime Alguersuari.[9]

Pada bulan November 2011, Vergne menguji kereta Red Bull RB7, yang memenangi kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar pada tahun tersebut pada sesi ujian pemandu muda di Abu Dhabi, dengan menetapkan masa pusingan terpantas pada kesemua tiga hari ujian tersebut.[10]

Toro Rosso

[sunting | sunting sumber]
Musim 2012
[sunting | sunting sumber]
Vergne memandu untuk Toro Rosso di Grand Prix Malaysia 2012.
Vergne di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Pada 14 Disember, 2011, ia telah disahkan secara rasmi bahawa Vergne akan berlumba untuk Toro Rosso pada musim 2012, bersama-sama dengan ahli Red Bull Junior Team, Daniel Ricciardo.[11] Selepas mendapat tempat kesebelas pada pusingan kelayakan dan perlumbaan di Grand Prix Australia, Vergne mendapat mata Kejuaraan Dunia pertamanya pada perlumbaan berikutnya di Malaysia dengan mendapat tempat kelapan.[12] Di Grand Prix Eropah, Vergne berlanggar dengan Heikki Kovalainen ketika cuba memintasnya. Selepas perlumbaan tersebut, steward perlumbaan mengatakan bahawa kemalangan tersebut dapat dielakkan dan Vergne yang menyebabkan kemalangan tersebut. Beliau menerima penalti sepuluh-petak kedudukan di Grand Prix British, dan dikenakan denda €25.000. Vergne sekali lagi mendapat tempat kelapan di Grand Prix Belgium, Grand Prix Korea dan Grand Prix Brazil (perlumbaan terakhir). Vergne menamatkan musim 2012 di tangga ke-17 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 16 mata.

Musim 2013
[sunting | sunting sumber]

Vergne memulakan musim ini dengan mendapat tempat ke-12 di Grand Prix Australia, sebelum mendapat mata pertamanya di Malaysia, walaupun berlanggar dengan pemandu Caterham, Charles Pic. Vergne gagal mendapat mata dalam tiga perlumbaan seterusnya, namun mendapat tempat kelapan di Grand Prix Monaco.

Vergne bermula di tempat ketujuh di Grand Prix Kanada, dan kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat keenam, dan ia merupakan keputusan terbaiknya dalam Formula Satu.

Rekod perlumbaan

[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2007 Formula Campus Renault Formule Campus 13 6 5 ? 10 189 Pertama
2008 Formula Renault 2.0 Eurocup SG Formula 14 0 0 0 1 58 Ke-6
Formula Renault 2.0 WEC 15 0 0 0 3 95 Ke-4
2009 Formula Renault 2.0 Eurocup SG Formula 14 4 5 2 9 128 Ke-2
Formula Renault 2.0 WEC 14 3 2 0 10 143 Ke-2
2010 British Formula Three Championship Carlin 30 13 11 13 20 392 Pertama
Masters of Formula 3 1 0 0 1 0 N/A Ke-4
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-7
GP3 Series Tech 1 Racing 4 0 0 0 0 9 Ke-17
Formula Renault 3.5 Series 6 1 0 0 4 53 Ke-8
2011 Formula Renault 3.5 Series Carlin 17 5 4 1 9 232 Ke-2
Formula Satu Scuderia Toro Rosso Pemandu ujian
2012 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 20 0 0 0 0 16 Ke-17
2013 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 12 0 0 0 0 13* Ke-15*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP3 Series

[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 DC Mata
2010 Tech 1 Racing ESP
FEA

5
ESP
SPR

21
TUR
FEA
TUR
SPR
VAL
FEA

4
VAL
SPR

17
GBR
FEA
GBR
SPR
GER
FEA
GER
SPR
HUN
FEA
HUN
SPR
BEL
FEA
BEL
SPR
ITA
FEA
ITA
SPR
Ke-17 9

Keputusan lengkap Formula Renault 3.5 Series

[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Ked Mata
2010 Tech 1 Racing ALC
1
ALC
2
SPA
1
SPA
2
MON
1
BRN
1
BRN
2
MAG
1
MAG
2
HUN
1
HUN
2
HOC
1

11
HOC
2

5
SIL
1

1
SIL
2

3
CAT
1

3
CAT
2

2
Ke-8 53
2011 Carlin ALC
1

6
ALC
2

7
SPA
1

2
SPA
2

1
MNZ
1

2
MNZ
2

1
MON
1

12
NÜR
1

Ret
NÜR
2

4
HUN
1

1
HUN
2

1
SIL
1

12
SIL
2

4
LEC
1

1
LEC
2

3
CAT
1

2
CAT
2

Ret
Ke-2 232

Keputusan lengkap Formula Satu

[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2011 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR6 Ferrari 056 2.4 V8 AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR
TD
IND ABU
TD
BRA
TD
2012 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR7 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
11
MAL
8
CHN
16
BHR
14
ESP
12
MON
12
CAN
15
EUR
Ret
GBR
14
GER
14
HUN
16
BEL
8
ITA
Ret
SIN
Ret
JPN
13
KOR
8
IND
15
ABU
12
USA
Ret
BRA
8
Ke-17 16
2013 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR8 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
12
MAL
10
CHN
12
BHR
Ret
ESP
Ret
MON
8
CAN
6
GBR
Ret
GER
Ret
HUN
12
BEL
12
ITA
Ret
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-15* 13*

* Musim sedang dijalankan.

  1. ^ "Senarai rasmi pemandu Barcelona". gp3series.com. GP3 Series. 5 Mei 2010. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  2. ^ "GP3 Series – Pusingan ketiga: Valencia". gp3series.com. GP3 Series. 24 Jun 2010. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  3. ^ Elizalde, Pablo (6 Julai 2010). "Juncadella kembali ke GP3 bersama Tech 1". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  4. ^ a b "Juara British F3 Vergne akan menguji untuk Toro Rosso". gpupdate.net. GPUpdate. 24 September 2010. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  5. ^ "Hari pertama Yas Marina – Ricciardo terpantas". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 16 November 2010. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  6. ^ Straw, Edd (17 November 2010). "Ricciardo mendominasi sesi ujian rookie". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  7. ^ Benson, Andrew (27 Ogos 2011). "Jean–Eric Vergne mendapat peluang kedua bersama Toro Rosso". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 25 Disember. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  8. ^ Beer, Matt (12 October 2011). "Toro Rosso membenarkan Jean–Eric Vergne memandu pada sesi latihan di tiga Grand Prix". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  9. ^ Bean, David (11 November 2011). "Vergne mengagumkan Toro Rosso pada sesi latihan Abu Dhabi". TheCheckeredFlag.co.uk. BlackEagleMedia. Dicapai pada 16 November 2011.
  10. ^ Weeks, James (17 November 2011). "Vergne mendominasi di Abu Dhabi". motorstv.com. Motors TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-20. Dicapai pada 17 November 2011.
  11. ^ Elizalde, Pablo (14 Disember 2011). "Ricciardo, Vergne akan berlumba untuk Toro Rosso pada musim 2012". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Disember 2012.
  12. ^ Beer, Matt (25 Mac 2012). "Fernando Alonso menghalang Perez untuk memenangi Grand Prix Malaysia". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 25 Disember 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]