Jawatankuasa Kebudayaan Negeri
Penampilan
Jawatankuasa Kebudayaan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kebudayaan terletak di bawah bidang kuasa bersama antara negeri dan persekutuan[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan kebudayaan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri. Portfolio ini kebiasaannya digandingkan dengan portfolio kesenian dan portfolio pelancongan.
Senarai
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti politik | Dilantik pada |
---|---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya | Tiong King Sing | GPS (PDP) | 2 Disember 2022[2] | |
1 | Sarawak | Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan | Abdul Karim Rahman Hamzah | GPS (PBB) | 30 Disember 2021[3] |
2 | Johor | Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya | Raven Kumar Krishnasamy | BN (MIC) | 26 Mac 2022[4] |
3 | Perak | Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor | Loh Sze Yee | PH (DAP) | 24 November 2022[5] |
4 | Perlis | Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan | Wan Badariah Wan Saad | PN (PAS) | 25 November 2022[6] |
5 | Pahang | Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan | Leong Yu Man | PH (DAP) | 14 Disember 2022[7] |
6 | Sabah | Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar | Christina Liew Chin Jin | PH (Keadilan) | 11 Januari 2023[8] |
7 | Melaka | Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan | Abdul Razak Abdul Rahman | BN (UMNO) | 5 April 2023[9] |
8 | Terengganu | Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | Razali Idris | PN (Bersatu) | 16 Ogos 2023 |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif | Wong Hon Wai | PH (DAP) | 16 Ogos 2023 |
10 | Kedah | Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan | Mohd Salleh Saidin | PN (Bersatu) | 21 Ogos 2023[10] |
11 | Kelantan | Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan | Kamarudin Md Nor | PN (Bersatu) | 23 Ogos 2023[11] |
12 | Selangor | Jawatankuasa Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan | Borhan Aman Shah | PH (Keadilan) | 23 Ogos 2023[12] |
13 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan | Nicole Tan Lee Koon | PH (DAP) | 24 Ogos 2023[13] |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Budaya Maori
- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
- Kabinet Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
- ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.