Pergi ke kandungan

Japonaiserie (Van Gogh)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gundik (mengikut Eisen)
Seorang gundik Oira berpakaian kimono berwarna-warni diletakkan bertentangan latar berwarna kuning terang dengan berbingkaikan birai hias terdiri daripada tongkat buluh, pohon telopok, katak, burung jenjang, dan sebuah bot.
PelukisVincent van Gogh
Tahun1887 (1887)
JenisLukisan cat minyak
Dimensi105.5 cm × 60.5 cm (41½ in × 23¾ in)
LokasiMuzium Van Gogh, Amsterdam

Japonaiserie ialah kata yang digunakan oleh pelukis pasca-impresionisme Belanda, Vincent van Gogh bagi menyatakan pengaruh lukisan Jepun.[1]

Sebelum tahun 1854, perdagangan dengan Jepun dimonopoli orang Belanda dan barangan Jepun yang diimport ke dalam Eropah terhad kepada barang-barang tembikar dan sampang (lakuer). Konvensi Kanagawa menamatkan dasar luar Sakoku (Pemencilan) Jepun dan membuka ruang buat perdagangan antara Jepun dengan Eropah.

Para pelukis seperti Manet, Degas dan Monet, disusuli oleh Van Gogh, mula mengumpul cetakan blok kayu berwarna-warni Jepun yang murah, yang disebut cetan ukiyo-e. Buta beberapa waktu Vincent dan saudaranya Theo meniagakan cetakan-cetakan ini dan akhirnya mereka menghimpun ratusan cetakan (sekarang disimpan di Muzium Van Gogh, Amsterdam).[2]

Dalam sebuah surat yang dikirim kepada Theo bertarikh lebih kurang 5 Jun 1888 Vincent berkata

Berkaitan dengan tempat tinggal di selatan, walaupun ia lebih mahal — Lihat, kita sukakan lukisan Jepun, kita sudah mengalami pengaruhnya — semua pelukis Impresionisme sama — [jadi mengapa tidak kita pergi ke Jepun], dalam kata lain,

apakah yang sepadan dengan Jepun, selatan? Jadi saya percaya yang masa depan lukisan baharu masih berada di selatan.[3][nota 1].

Sebulan kemudian beliau menulis,

Semua karya saya sedikit sebanyak berlandaskan seni Jepun[nota 2][4]

Salinan-salinan cetakan Hiroshige

[sunting | sunting sumber]

Van Gogh menyalin dua cetakan Hiroshige. Beliau mengubah warna dan menambah sempadan yang dipenuhi aksara-aksara kaligrafi yang dipinjam daripada cetakan-cetakan lain.[5]

Taman Plum di Kameido (1857) oleh Hiroshige
Pokok Plum Berbunga (mengikut Hiroshige) (1887) oleh Vincent van Gogh
Hujan Mengejut di jambatan Shin-Ōhashi dan Atake (1857) oleh Hiroshige
Jambatan semasa Hujan (mengikut Hiroshige) (1887) oleh Vincent van Gogh
  1. ^ Asal, About staying in the south, even if it’s more expensive — Look, we love Japanese painting, we’ve experienced its influence — all the Impressionists have that in common — [so why not go to Japan], in other words, to what is the equivalent of Japan, the south? So I believe that the future of the new art still lies in the south after all
  2. ^ Asal, All my work is based to some extent on Japanese art...
  1. ^ "Search result". Vincent van Gogh. The Letters. Amsterdam: Van Gogh Museum.
  2. ^ "Japanese prints: Catalogue of the Van Gogh Museum's collection". Amsterdam: Van Gogh Museum.
  3. ^ "Letter 620". Vincent van Gogh. The Letters. Amsterdam: Van Gogh Museum.
  4. ^ "Letter 640". Vincent van Gogh. The Letters. Amsterdam: Van Gogh Museum.
  5. ^ 'Utagawa, Japonaiserie and Vincent Van Gogh' in: Forbes, Andrew; Henley, David (2014). 100 Famous Views of Edo. Chiang Mai: Cognoscenti Books. ASIN: B00HR3RHUY