Janjiku (Album Sofaz)
Janjiku | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | September 2006 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Suria Records Sdn Bhd | |||
Kronologi Sofaz | ||||
| ||||
Single daripada Janjiku | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Janjiku merupakan album studio kedua oleh kumpulan Sofaz pada tahun 2006.
Kumpulan ini pernah popular dengan lagu "Aku Ingin Kamu" dan "Cintai Aku" sekitar tahun 2004. Sudah dua tahun SOFAZ tidak menghasilkan album baru, kali terakhir mereka menghasilkan single yang bertajuk "Teman Sejati" melalui album kompilasi Bintang Hati yang diedarkan pada akhir Disember 2005 lepas.
Untuk tahun 2006, Suria Records Sdn Bhd (SRC) sekali lagi telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul "Janjiku". SOFAZ akhirnya telah menunaikan janji kepada peminat mereka yang telah sekian lama menunggu kemunculan album terbaru mereka. Masih lagi mengekalkan Are-meer, Shah, Fairouz, One dan Zimi sebagai "line up", dan SOFAZ telah menambah seorang lagi anggota baru iaitu Rodie (27 tahun) sebagai pemain keyboard bagi memantapkan lagi muzik mereka. Seperti yang peminat semua tahu, SOFAZ mampu beraksi secara "live" dan untuk album kedua ini juga, ianya 100% dimainkan sendiri oleh ahli-ahli SOFAZ.
Album kedua ini mempertaruhkan single pertama yang bertajuk "Janjiku" yang merupakan judul album mereka. Lagu ini dicipta oleh seorang komposer muda tanahair iaitu Taja dan lirik ditulis oleh Tass. Lagu ini telah mula mendaki carta-carta radio terkemuka di ibukota. Klip video bagi single "Janjiku" ini juga telah siap pengambarannya dan ianya cukup menarik dan mempunyai jalan cerita tersendiri. Ia juga dilakukan didalam hujan lebat dan pengambaran dibuat di beberapa lokasi sekitar ibukota. Model-model yang terlibat bagi menyerikan lagi klip video ini ialah Adilla (LIPS) dan pelakon terkenal Linda Hashim.
Didalam album ini juga terdapat sebuah lagu 60an yang diberi nafas baru oleh SOFAZ iaitu lagu "Kenanganku" yang pernah dipopularkan Jefrydin suatu masa dulu. Lagu ini disusun dengan begitu menarik sekali mengikut selera muzik terkini. Terdapat sedikit kelainan dari segi vokal penyanyi utama kumpulan ini iaitu Are-meer. Suara Are-meer ternyata begitu matang sekali. Untuk mendengar kematangan suara Are-meer, dapatkanlah album "Janjiku" ini yang akan berada dipasaran pada 14hb Ogos 2006 dengan harga RM29-90 untuk cakera padat dan RM16-80 untuk kaset. Pada peminat kumpulan SOFAZ yang setia menanti kemunculan album terbaru mereka, terdapat sebuah lagu bonus, SOFAZ telah merakamkan lagu "Janjiku" secara akustik dan ianya terdapat di track 12 album ini.
Antara faktor menyumbang kepada kejayaan Sofaz dengan album ini ialah perubahan pada gaya vokal Amer yang kini mirip seperti suara penyanyi band band Indonesia yang merajai album dan carta muzik tempatan pada waktu itu. Amer tidak lagi menggunakan lenggok suara yang tinggi,rancak seperti album pertama tetapi lebih menekankan pada vokal yang dalam dan bernada rendah. Disamping faktor kreativiti dari segi penulisan lirik oleh Zimi yang mula menaikkan kredibiliti nya sebagai komposer baru berbakat arena seni tempatan. Meskipun berlenggok Indonesia, Sofaz tetap mendapat perhatian penggemar muzik tanah air yang mahukan kumpulan tempatan memberikan saingan kerana perhatian pada ketika itu lebih terarah pada peserta lulusan program nyanyian realiti tv.
Senarai Runut
[sunting | sunting sumber]# | Judul Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Masa |
---|---|---|---|---|
1 | "Janjiku" | Taja & Tass | Taja & Tass | |
2 | "Raja Kasih Yang Hilang" | Aiman | Loloq & Zulkefli Majid | |
3 | "Kenanganku" | |||
4 | "Gagalkah Aku" | V6 & Zimi (Sofaz) | One (Sofaz) | |
5 | "Salahku" | Aiman | Zimi (Sofaz) & Zulkefli Majid | |
6 | "Cinta" | Zimi (Sofaz) | Loloq | |
7 | "Cinta Langit" | Zulkefli Majid | Frozen & Rodie (Sofaz) | |
8 | "Salah Siapa" | Syah (Sofaz) & Tanty | Are-meer (Sofaz) | |
9 | "Dan Pasti" | Zimi (Sofaz) | Zimi (Sofaz) | |
10 | "Rasaku" | Zimi (Sofaz) & Tanty | Zimi (Sofaz) | |
11 | "Hitam Putih" | Taja & Tass | Taja & Tass | |
12 | "Janjiku (Akustik)" | Taja & Tass | Taja & Tass |