Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu
Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Sharizad Saad |
Muzik oleh | Donald Bangkong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | MIG Beats Sdn Bhd |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM3.66 juta |
Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu merupakan sebuah filem seram Malaysia 2024 arahan Pierre Andre yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures serta edaran bersama MIG Beats Sdn Bhd, filem ini dibintangi oleh Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Khatijah Tan, Alif Hadi, Mawar Rashid dan Ruminah Sidek. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem tahun 2007 iaitu Jangan Pandang Belakang dan mula ditayangkan pada 21 November 2024.
Plot
[sunting | sunting sumber]Kisah ini berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Emma Maembong sebagai Lynn
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dr. Azim
- Khatijah Tan sebagai Mak Lang
- Alif Hadi sebagai Hafiz
- Mawar Rashid sebagai Mona Fendi
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hafidzuddin Fazil sebagai Tok Imam
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Ruminah Sidek sebagai Opah
- Cat Farish sebagai Pemandu Lori
- Pierre Andre sebagai Darma