Pergi ke kandungan

Jangan Benci Cintaku (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jangan Benci Cintaku
Umum
PengarangEmy Roberto[1][2][3]
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga, dendam
Penerbitan
PenerbitIdea Kreatif
Tarikh penerbitan
30 November 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman500
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671192597

Jangan Benci Cintaku ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Emy Roberto, dikeluarkan pada 30 November 2013 oleh Idea Kreatif. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2018.[4]

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal.n‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal. Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia. Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Keluaran dan legasi

[sunting | sunting sumber]

Jangan Benci Cintaku dikeluarkan pada 2013 oleh Idea Kreatif. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 29 Jun 2018 di TV3, dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun.[5][6]

  1. ^ Nur Shahirah Osman (1 Ogos 2018). Penulis drama Jangan Benci Cintaku di TV3 doktor, berasal dari Sarawak Sarawak Voice. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  2. ^ Norashikin Danieh (1 Ogos 2018). Doktor di sebalik Jangan Benci Cintaku Berita Harian. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  3. ^ Penulis Jangan Benci Cintaku rupanya doktor Harian Metro (1 Ogos 2018). Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  4. ^ Jangan Benci Cintaku by Emy Roberto Goodreads. Dicapai pada 28 Februari 2020.
  5. ^ Drama Jangan Benci Cintaku (TV3) My Infotaip (28 Jun 2018). Dicapai pada 28 Jun 2018.
  6. ^ Ardini Sophia Sina (9 Ogos 2018). Jangan Benci Cintaku cetus fenomena Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2018.