Pergi ke kandungan

Jan Wisseman Christie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Jan seorang dari empat adik-beradik iaitu Charlie, seorang ahli patologi; Maria, seorang pustakawan; dan Bob, seorang pakar ekologi perairan. Ibu bapa Jan orang Texas: ayahnya seorang ahli mikrobiologi yang terkemuka manakala ibunya suri rumah yang meninggalkan kerjaya ilmiah berpotensi.

Jan dapat mengikuti jejak ayahnya dalam kerjaya ilmiah, tetapi sebaliknya memilih untuk berpindah bidang ke kaji bahasa dan sejarah Timur. Dia mengkhususkan diri dalam bahasa Sanskrit, bahasa Hindi dan bahasa Tibet lalu lulus dengan kepujian dari Universiti Pennsylvania pada tahun 1969. Dia dianugerahi Woodrow Wilson Fellowship pada tahun 1969 dan kemudian Biasiswa Thouron dari tahun 1969 hingga 1972.[1]

Kerjaya pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke Pusat Pengajian Kajian Ketimuran dan Afrika di London untuk mendapatkan gelaran doktor falsafah (PhD) pada tahun 1969. Dia mengalihkan tumpuan penyelidikannya dari India dan Tibet ke Jawa dan Indonesia. Disertasi PhD-nya yang berjudul "Pola perdagangan di Indonesia bagian barat: abad ke-9 hingga ke-13 M" meletakkan dasar bagi minat ilmiah jangka panjangnya dalam hubungan di kawasan kelautan Asia Tenggara antara perdagangan, budaya kebendaan dan masyarakat di dunia, pasar dan kehidupan sehari-hari, berbanding dunia keraton, upacara dan lambang keagamaan yang kerap menarik perhatian para sarjana Barat ketika itu. Dalam penyelidikan PhD-nya, dia memainkan peranan penting dalam banyak penggalian di Sumatera, Jawa, Bali dan Malaysia, banyak antaranya dipimpin oleh Ben Bronson dari Muzium Alamiah Field di Chicago.[1]

Pada akhir 1979, dia mengambil jawatan sebagai pensyarah di bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Saat dia mengajar di sini (1979–1984) dia bertemu dengan sesama pensyarah sejarah, Clive Christie, pada penugasan dari Universiti Hull di Inggeris. Mereka berkahwin pada tahun 1981. Pada 1984, dia berpindah ke Hull, tempat Clive mengajar di Pusat Kajian Asia Tenggara. Jan tidak diragukan lagi mengorbankan kerjayanya demi perkahwinannya; tetapi dia mendapatkan pekerjaan, baik di Universiti London mahupun di Pusat Kajian Asia Tenggara, Universiti Hull. Dia melanjutkan pekerjaan penyelidikannya, dan pada kenyataannya memberikan sumbangan besar terhadap peringkat penyelidikan yang sangat baik dari Pusat. Akhirnya, pembahagian pekerjaan diatur untuk Jan dan Clive: sesuatu yang cocok untuk mereka berdua, secara peribadi dan profesional. Selama di Hull, Jan juga menjadi penyunting bersama dengan Profesor Terry King untuk format baru buletin Persatuan Kajian Asia Tenggara Inggeris (Aseasuk News) hingga 1993.[1]

Persaraan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2004, Jan dan Clive bersara lalu berpindah ke rumah keluarga Clive di West Wales. Jan saat itu memiliki minat khusus untuk menyusun senarai prasasti yang ditemukan di Jawa, terutama yang berkaitan dengan jangka masa 732 hingga 1060 M. Hal ini membuka sebuah usaha besar yang berkaitan dengan kepentingan para sarjana sejarah Jawa lainnya. Pekerjaan di bidang sejarah pra-Islam ini sedang berlangsung; tetapi peranan Jan, seperti di bidang lain sejarah budaya dan sosial di wilayah tersebut, sangat penting.[1]

Badannya mengalami kemerosotan kesihatan secara tiba-tiba akibat suatu barah sejak Disember 2020; beliau akhirnya meninggal akibat komplikasi kesihatan ini singkatnya pada Februari 2021 menyebabkan keterkejutan dan kesedihan di kampung, antara keluarga dan teman-temannya.[1]

Penyelidikan dan terbitan

[sunting | sunting sumber]

Terbitan pertama Jan adalah di bidang cari gila. Dia ikut dalam pengembaraan awal menjelajahi Palembang, Sumatera Selatan untuk mencari bukti keberadaan kerajaan Sriwijaya. Pengembaraan tersebut tidak menemukan apa yang dicarinya tetapi memberi ilham kepada ahli cari gali lain untuk melakukan penyelidikan.

Jan mencurahkan perhatiannya ke daerah-daerah di pinggiran Jawa. Selain sejarah pengerjaan logam di Sarawak, dia menulis rencana tentang prasasti Sanskrit di semenanjung Malaysia, dan prasasti Tamil di Sumatera, Thailand dan Cina yang masih menjadi terbitan utama. Meskipun sebahagian besar datanya berasal dari prasasti, dia selalu melihat melalui lensa wawasan yang dapat diberikan ke dalam masalah teori umum yang tenar di kalangan ahli cari gali sejarah Asia Tenggara, termasuk air dan pengairan, pola perdagangan, pola pemukiman dan barang tenun. Ketertarikannya pada kajian prasasti tidak terletak pada bahasanya tetapi pada integrasi tulisan dan barang tinggalan. Akibatnya, terbitannya sering dikutip oleh para pencari gali yang bekerja di semua bahagian Asia Tenggara.

Dia adalah sarjana yang sangat menjaga hubungan sesama rakan sejawat. Dalam tradisi kerjasama terbaik, dia sering mengedarkan draf awal karyanya untuk mengundang ulasan dan teguran. Beberapa sumbangan utamanya hanya diedarkan dalam bentuk draf. Salah satu contohnya ialah disertasi doktornya, "Pola perdagangan di Indonesia bagian barat: abad ke-9 hingga ke-13" (University of London, 1982). Dalam karya dua jilid ini, dia membahas zaman aneh dalam sejarah Indonesia. Meskipun sejarawan lama percaya bahawa kerajaan Sriwijaya terus ada setelah penjelajahan angkatan laut Chola dari India Selatan, semakin diterima bahawa perubahan tulisan dari Shili Foshi ke Sanfo qi menandakan pengakuan oleh Dinasti Song, China bahawa pusat-pusat kelautan Selat Melaka tidak membentuk kerajaan yang sangat terpusat, tetapi lebih mirip model mandala. Ibu kota Sriwijaya tidak berpindah ke Jambi; melainkan kerajaan Malayu, yang berpusat di Jambi, menjadi pusat baru mandala. Implikasinya masih diperdebatkan oleh para sejarawan dan ahli cari gali.

Zaman yang sama di Jawa ditandai dengan lenyapnya peradaban besar Jawa Tengah yang menciptakan tugu-tugu besar seperti Borobudur dan Prambanan. Hanya selang waktu 400 tahun, pembangunan tugu dan pemahatan patung-patung luhur dilanjutkan kembali, kali ini di Jawa Timur. Sumber utama untuk mempelajari zaman tidak bertuan di Jawa dan Bali ini ialah prasasti. Sebaliknya di Sumatera, terdapat kompleks candi bata besar di Padang Lawas dan Muara Jambi. Pelabuhan perdagangan yang ditandai dengan melimpahnya pecahan tembikar yang didagangkan dari China juga ditemukan di tapak-tapak Sumatera pada masa itu.

Sejarah zaman ini sulit untuk dibina semula. Disertasi Jan memberikan sintesis yang luar biasa dari prasasti dan bahan cari gali yang tersedia untuknya pada saat itu. Tema utama dalam disertasi ini, perdagangan dan ekonomi, memberikan gambaran tentang bagaimana Jawa dan Sumatera berkembang melalui jalur yang berlainan tetapi dalam kedua-dua kes, lembaga perdagangan tempatan dan jarak jauh terus berkembang pesat meskipun faktanya dua kerajaan utama yang terbentuk tumpuan sejarah Indonesia awal, Sriwijaya dan Mataram, kedua-duanya menghilang dan tampaknya digantikan oleh jaringan yang tidak berpusat.

Himpunan utama Jan lainnya yang tidak diterbitkan ialah 'draf konsultasi' berjudul "Daftar Prasasti Jawa dari 732 hingga 1060 M". Hal ini memperluas kajian prasastinya lebih jauh ke masa lalu untuk mencakup seluruh zaman prasasti dan seni 'klasik' di Jawa Tengah. Draf terjemahan yang difotokopi dari semua prasasti penting yang tersedia baginya ketika dia menyusunnya antara tahun 2000 dan 2004 merupakan bahagian yang cukup besar pekerjaannya serta menjadi sangat penting bagi kajian prasasti, sejarah, dan cari gali sejarah jika tersedia secara luas.

Kepustakaan

[sunting | sunting sumber]

Terbitan dan bahan penyelidikan

Sebagai Jan Wisserman

[sunting | sunting sumber]
  • 1976, (dan B. Bronson) Palembang as Srivijaya. Asian Perspectives 19 (2): hlmn. 220–239.
  • 1977, Archaeological research in Rembang District, North Central Java, 1975. Indonesia Circle 13: 8–14.
  • 1977, Markets and trade in pre-Majapahit Java. Dalam K. Hutterer (ed.), Economic exchange and social interaction in Southeast Asia. Papers on South and Southeast Asia Number 13. Ann Arbor MI: University of Michigan, hlmn. 197–213.
  • 1981 Sawah cultivation in ancient Java (rencana ulasan). Indonesia Circle 24: 49–51.

Sebagai Jan Wisserman Christie

[sunting | sunting sumber]
  • 1982 Patterns of trade in western Indonesia: ninth through thirteenth centuries AD. tesis PhD, SOAS, University of London.
  • 1983 Raja and Rāma: the classical state in early Java. Dalam L. Gessick (ed.), Centres, symbols and hierarchies: essays on the classical states of Southeast Asia. Southeast Asia Studies Monograph 26. New Haven CT: Yale University,
  • 1985 On Po–ni: the Santubong sites of Sarawak. Sarawak Museum Journal 34: 77–89.
  • 1985 Theatre states and oriental despotisms: early Southeast Asia in the eyes of the West. Occasional Paper No. 10. Hull: Centre for South-East Asian Studies, University of Hull.
  • 1986 [Ulasan] Early tenth century Java from the inscriptions oleh A.M. Barrett Jones. Journal of Southeast Asian Studies 17 (2): 370–372.
  • 1986 Negara, mandala and despotic state: images of early Java. Dalam D.G. Marr and A.C. Milner (eds), Southeast Asia in the 9th to 14th centuries. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, hlmn. 65–94.
  • 1988 (dan V.T. King) Metal-working in Borneo: essays on iron- and silver-working in Sarawak. Hull: Centre for South-East Asian Studies, University of Hull.
  • 1990 Trade and the Santubong iron industry. Dalam Ian Glover dan Emily Glover (eds), Southeast Asian Archaeology 1986: Proceedings of the First Conference of the Association of Southeast Asian Archaeologists in Europe. Oxford: BAR, hlmn. 231–240.
  • 1990 The Sanskrit inscription recently discovered in Kedah, Malaysia. Modern Quaternary Research in Southeast Asia 11 (1988–89): 39–53.
  • 1992–1993 Trade and value in pre-Majapahit Java. Indonesia Circle 59–60: 3–17.
  • 1993 Texts and textiles in ‘medieval’ Java’. Bulletin de l’Ecole française d’Extrême-Orient 80 (1): 181–211.
  • 1993 Ikat to batik? epigraphic data on textiles in Java in the ninth to the fifteenth centuries. Dalam M.L. Nabholz-Kartaschaff et al. (eds), Weaving patterns of life . Basel: Museum of Ethnology, hlmn. 11–29.
  • 1994 Wanua, thani, paraduwan: the ‘disintegrating’ village in early Java? Dalam W. Marschall (ed.), Texts: oral and written traditions in Indonesia and the Malay world. Bern: Institute of Ethnology, University of Bern, hlmn. 27–42.
  • 1995 A preliminary survey of early Javanese coinage held in Javanese collections. Jakarta: Museum Nasional. 62 pp.
  • 1995 State formation in early maritime Southeast Asia: a consideration of the theories and the data. Bijdragen tot de Taal-, Land-en Volkenkunde 151 (2): 235–288.
  • 1996 Money and its uses in the Javanese states of the ninth to fifteenth centuries A.D. Journal of Economic and Social History of the Orient 39 (3): 243–286.
  • 1998 Pre-Islamic coinage of Java. Dalam P-Y. Manguin (ed.), Southeast Asian archaeology 1994: proceedings of the 5th international conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists Paris, 24th-28th Oktober 1994. 2 jld. Hull: Centre for South-East Asian Studies, University of Hull, hlmn. 161–172.
  • 1998 Javanese markets and the Asian sea trade boom of the tenth to thirteenth centuries A.D. Journal of the Economic and Social History of the Orient 40 (4): 344–381.
  • 1998 The medieval Tamil-language inscriptions in Southeast Asia and China. Journal of Southeast Asian Studies 29 (2): 239–268.
  • 1998 Weights and measures in early Javanese states. Dalam M. Klokke dan T. de Bruijn (eds), Southeast Asian archaeology 1996: proceedings of the 6th international conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists, Leiden, 2-6 September 1996. Hull: Centre for South-East Asian Studies, University of Hull, hlmn. 147–162.
  • 1999 Asian sea trade between the tenth and thirteenth centuries and its impact on the states of Java and Bali. Dalam H.P. Ray (ed.), Archaeology of seafaring. Indian Council of Historical Research. New Delhi: Pragati: hlmn. 221–270.
  • 1999 [Review] Ancient trades and cultural contacts in Southeast Asia oleh Nandana Chutiwongs, Himanshu Prabha Ray, dan Ian Glover. Journal of Southeast Asian Studies 30 (1): 158–159.
  • 1999 Register of the inscriptions of Java 732–1060. 2 jld. Tidak diterbitkan.
  • 2001 Revisiting Mataram. Dalam M.J. Klokke dan K.R. van Kooij (eds), Fruits of inspiration: studies in honour of Prof. J.G. de Casparis. Groningen: Egbert Forsten, hlmn. 25–56.
  • 2002 Weaving and dyeing in early Java and Bali. Dalam W. Lobo dan Stefanie Reimann (eds), Southeast Asian Archaeology 1998: proceedings of the 7th international conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists. Berlin, 31 Ogos–4 September 1998. Hull: Centre for South-East Asian Studies, University of Hull, hlmn. 17–27.
  • 2002 Register of the inscriptions of Java from 732 to 1060 A.D. Part I: to May 855 AD. Consultation draft II.
  • 2004 Register of the inscriptions of Java from 732 to 1060 A.D. Part III: 898–929 AD. Consultation draft II.
  • 2004 Weights and values in the Javanese states of the ninth to thirteenth centuries A.D. Dalam F. Robinne, J. Ivanoff, P. Le Roux (eds.), Poids et mesures en Asia du Sud-Est/Weights and measures in Southeast Asia: metrological systems and societies. Jld. 1. Songkla: CNRS dan Prince of Songkla University, hlmn. 89–96.
  • 2004 The agricultural economies of early Java and Bali. Dalam P. Boomgaard dan D. Henley (eds), Smallholders and stockbreeders: histories of foodcrop and livestock farming in Southeast Asia. Leiden: KITLV Press, hlmn. 47–67.
  • 2007 Water and rice in early Java and Bali. Dalam P. Boomgaard (ed.), A world of water: rain, rivers and seas in Southeast Asian histories. Leiden: KITLV Press, hlmn. 235–258.
  • 2009 Preliminary notes on debt and credit in early island Southeast Asia. Dalam D. Henley dan P. Boomgaard (eds), Credit and debt in Indonesia, 860–1930: from peonage to pawnshop, from kongsi to cooperative. Singapura: ISEAS Press for KITLV, hlmn. 41–60, 178–190.
  • 2010 50 years of archaeology in Southeast Asia: essays in honour of Ian Glover. Edited oleh Bérénice Bellina, Elisabeth A. Bacus, Thomas Oliver Pryce and Jan Wisseman Christie. Bangkok: River Books.
  • 2015 Gold in early Javanese inscriptions. Dalam R. Barnes, E.N. Stein, dan B. Diebold (eds), Gold in early Southeast Asia. New Haven CT: Yale University Southeast Asian Studies, hlmn. 75–88.
  1. ^ a b c d e Christie, Clive; Miksic, John N. (2021-09-27). "Jan Wisseman Christie (1947–2021)". Indonesia and the Malay World. 0 (0): 1–5. doi:10.1080/13639811.2021.1975945. ISSN 1363-9811.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]