James T. Collins
James T. Collins (Profesor Emeritus; dilahirkan di Chicago pada tahun 1946) merupakan ahli linguistik terkemuka dalam bidang linguistik komparatif, leksikografi dan sosiolinguistik. Bidang pengkhususan Collins meliputi bahasa-bahasa Melayo-Polinesia dan memberi sumbangan yang amat besar kepada bidang pengajian Austronesia.
James T. Collins memperoleh B.A. di St. Mary of the Lake University, Illinois pada tahun 1968, M.A dalam bidang linguistik di Universiti of Chicago pada tahun 1975 dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) (linguistik) di University of Chicago pada tahun 1980. Dilantik sebagai Profesor dalam bidang Linguistik Malayo-Polynesia pada tahun 1995. Kini beliau merupakan Profesor di Foreign Languages & Literatures, College of Liberal Arts and Sciences, Northern Illinois University, Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat sebagai peneliti senior di Cornell University (1984), sebagai Profesor bahasa Indonesia pada University of Texas di El Paso, Leiden University, Goethe University (Frankfurt), International Institute of Asian Studies (Belanda), Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Universiti Kebangsaan Malaysia.[1]
Collins banyak melakukan penelitian dialek-dialek di nusantara, khususnya di daerah Maluku, Kalimantan, Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Beberapa terbitan terkemuka Collins, antara lain seperti satu siri bibliografi dialek Melayu di Borneo (1990), Pulau Jawa, Bali, Sri Lanka (1995), Sumatra dan Indonesia Timur (1996); Dialek Melayu Sarawak (1987); Malay, World Language: A Short History (1996); Asilulu-English Dictionary (2007); Borneo and The Homeland of the Malays: Four Essays (2006). Perkhidmatan Collins dalam badan professional akademik merangkumi: President, Southeast Asian Linguistic Society (1992-94), President, COTI (1988-90), Review dan Guest Editor untuk Jurnal Oceanic Linguistics, Penasihat kepada The Encyclopedia of the World's Major Languages (Henry Holt and Co.) dan sebagainya.
- ^ Salbiah Ani (2011/07/07). "Godam: 'Collins tegur, bahasa Melayu lara'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-31. Dicapai pada 18 Mei 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan)