Pergi ke kandungan

James Pratt dan John Smith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hukuman gantung di luar Penjara Newgate pada awal abad ke-19

James Pratt (1805–1835)[1][2] yang juga dikenali sebagai John Pratt, dan John Smith (1795–1835)[1][2] merupakan dua orang lelaki yang menjadi dua orang individu terakhir yang dihukum bunuh kerana jenayah liwat di England.[3] Pratt dan Smith telah ditangkap pada bulan Ogos ketika mengadakan hubungan seks di dalam bilik William Bonill.

Penangkapan

[sunting | sunting sumber]

William Bonill, 68 tahun, telah tinggal selama 13 bulan di sebuah bilik yang disewa di sebuah rumah berhampiran Jalan Blackfriars, Southwark, London. Tuan rumah sewanya mula menyedari Bonill sering kunjungi pelawat lelaki, dan kebanyakannya datang secara berpasangan. Hal ini telah membuatkan tuan rumah tersebut menjadi curiga. Pada 29 Ogos 1835, pada suatu petang, apabila Pratt dan Smith datang mengunjungi Bonill, tuan rumah telah memanjat ke sudut pandang luar di loteng sebuah bangunan berhampiran, di mana dia dapat melihat menerusi tingkap bilik Bonill, sebelum menguntai melalui lubang kunci bilik Bonill. Tuan tanah dan isterinya mendakwa melihat perlakuan seksual Pratt dan Smith sebelum tuan rumah memecah pintu tersebut untuk berhadapan dengan mereka. Pada ketika itu, Bonill tidak kelihatan dan hanya muncul beberapa minit kemudian dengan membawa sedulang air. Tuan rumah telah memanggil polis dan ketiga-tiga lelaki tersebut telah ditahan.[1]

Perbicaraan dan hukuman

[sunting | sunting sumber]

Pratt, Smith dan Bonill telah dibicarakan pada 21 September 1835 di Mahkamah Jenayah Pusat, dihadapan Hakim Baron Gurney,[4][5]. Pratt dan Smith disabitkan di bawah seksyen 15 Akta 1828 dan dijatuhkan hukuman bunuh. William Bonill pula disabitkan atas kesalahan bersubahat[6] dan dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.[4]

James Pratt merupakan seorang penjaga kuda[3] yang tinggal bersama anak dan isterinya di Deptford, London. Beberapa orang saksi dipanggil untuk memberi kesaksian terhadap kelakuannya yang baik.[1] John Smith dari Southwark Christchurch[1] pula dijelaskan di mahkamah[4] dan laporan surat khabar sebagai buruh bujang[2] walaupun terdapat sumber lain yang mengatakan beliau telah berkahwin.[3] Berbanding Pratt, tiada seorang saksi pun yang datang dan memberi kesaksian tentang diri Smith.[4] Perbicaraan ke atas ketiga-tiga orang lelaki ini hanya bersandarkan kepada apa yang didakwa oleh tuan rumah dan isterinya yang menyaksikan segalanya menerusi lubang kunci bilik Bonill; dan tiada bukti lain yang dikemukakan. Seorang komentator moden telah meragui kesaksian tuan rumah dan isterinya.[7]

Majistret Hensleigh Wedgwood menggambarkan ketiga-tiga lelaki tersebut sebagai "makhluk yang memalukan", namun Wedgwood berhujah bahawa undang-undang untuk kes ini tidak adil kerana lelaki kaya yang mahu mengadakan hubungan seks dengan mudah mampu untuk mempunyai ruang privasi yang mana sukar untuk dikesani. Pratt dan Smith pula dikutuk kerana mereka hanya mampu menggunakan bilik di dalam sebuah rumah penginapan yang mudah untuk diintip.[8]

Seramai 17 orang dijatuhkan hukum bunuh oleh Mahkamah Jenayah Pusat bagi sesi September dan Oktober untuk pelbagai kesalah termasuklah mencuri, merompak dan membunuh. Namun, pada 21 November, kesemua mereka diberi pengampunan di bawah Hak Pengampunan Diraja, kecuali Pratt dan Smith.[9]

Pratt dan Smith telah digantung di hadapan Penjara Newgate pada pagi 27 November. Laporan surat khabar melaporkan jumlah penonton adalah lebih besar berbanding kebiasaan;[10] mungkin disebabkan ini merupakan hukuman gantung pertama dilakukan di Newgate dalam masa hampir dua tahun.[11]

William Bonill pula merupakan salah satu daripada 290 orang banduan yang dipindahkan ke Australia menggunakan kapal Asia. Kapal tersebut bertolak dari England pada 5 November 1835 dan tiba di Tanah Van Diemen (kini Tasmania) pada 21 Februari 1836.[12] Bonill meninggal dunia di Hopital New Norfolk pada 29 April 1841.[13]

Citations
  1. ^ a b c d e Old Bailey Proceedings Online (www.oldbaileyonline.org, version 7.0, 08 March 2013), September 1835 (t18350921)
  2. ^ a b c "Execution". The Morning Post (20273). London. November 28, 1835. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ a b c Cook et al (2007), p.109
  4. ^ a b c d Old Bailey Proceedings Online (www.oldbaileyonline.org, version 7.0, 26 December 2012), September 1835, trial of JOHN SMITH JAMES PRATT WILLIAM BONILL (t18350921-1934).
  5. ^ Hamilton, J.A. (2004). "Oxford DNB article: Gurney, Sir John (subscription needed)". Oxford University Press. Dicapai pada 7 January 2010.
  6. ^ "Central Criminal Court, Saturday, Sept. 26". The Times (15906). London. September 28, 1835. m/s. 4. |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ Ryan, Frank (24 March 2015). "Pratt & Smith - Last UK men hanged for sodomy". Peter Thatchell Foundation. Dicapai pada 1 December 2015.
  8. ^ Upchurch (2009), p.112.
  9. ^ "Multiple News Items". The Standard (2664). London. November 23, 1835. |access-date= requires |url= (bantuan)
  10. ^ "Execution". The Times (15959). London. November 28, 1835. m/s. 3. |access-date= requires |url= (bantuan)
  11. ^ "A history of London's Newgate prison". www.capitalpunishmentuk.org. Dicapai pada March 24, 2013.
  12. ^ "Asia voyage to Van Diemen's Land, Australia in 1835 with 290 passengers". Convict Records of Australia. Dicapai pada 7 March 2014.
  13. ^ "William Bonill". Convict Records of Australia. Dicapai pada 14 October 2013.
Bibliography
  • Cocks, Dr Harry (2010). Nameless Offences, Homosexual Desire in the 19th Century. I.B.Taurus & Co. ISBN 9781848850903.
  • Cook, Matt; Mills, Robert; Trumback, Randolph; Cocks, Harry (2007). A Gay History of Britain: Love and Sex Between Men Since the Middle Ages. Greenwood World Publishing. ISBN 1846450020.
  • Lauterbach, Frank; Alber, Jan (2009). Stones of Law, Bricks of Shame: Narrating Imprisonment in the Victorian Age. University of Toronto Press. ISBN 0802098975.
  • Upchurch, Charles (2009). Before Wilde: Sex between Men in Britain's Age of Reform. University of California Press. ISBN 0520258533.