Pergi ke kandungan

Jamal Khashoggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamal Khashoggi
Khashoggi pada Mac 2018
Kelahiran
Jamal Ahmad Khashoggi[1]

(1958-10-13)13 Oktober 1958[2]
Madinah, Arab Saudi
Meninggal dunia2 Oktober 2018(2018-10-02) (umur 59)[3]
Istanbul, Turki
Sebab kematianPembunuhan
Pusat pendidikanUniversiti Negeri Indiana
PekerjaanWartawan, penulis ruang, penulis
PasanganRawia al-Tunisi (cer.)[1]
Anak-anak4[1]
IbuEsaaf Daftar[1]
BapaAhmad Khashoggi[1]
Saudara
Laman web rasmijamalkhashoggi.com

Jamal Ahmad Khashoggi (/kəˈʃɡʒi, kəˈʃɒɡʒi/; Arab: جمال أحمد خاشقجي, rumi: Jamāl ʾAḥmad Ḵāšuqjī; 13 Oktober 1958 – 2 Oktober 2018) merupakan seorang penentang, penulis, penulis ruang Arab Saudi bagi The Washington Post, dan pengurus besar dan ketua penyunting Al-Arab News Channel yang telah dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018 oleh ejen kerajaan Arab Saudi[5][6][7][8] setelah mereka dikatakan menggunakan perisian intip Israeli untuk menggodam telefon bimbit kawannya.[9] Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting bagi surat khabar Arab Saudi Al Watan, mengubahnya menjadi satu wadah untuk orang progresif Arab Saudi.[10]

Khashoggi lari dari Arab Saudi pada September 2017 dan dibuang negeri yang dibebankan pada diri sendiri. Beliau berkata bahawa kerajaan Arab Saudi telah "mengharamkan beliau dari Twitter",[11] dan beliau kemudian menulis rencana surat khabar mengkritik kerajaan Arab Saudi. Khashoggi telah mengkritik dengan tajam Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman, dan raja negara berkenaan, Salman ibn Abdulaziz Al Saud.[12] Beliau juga menentang campur tangan Arab Saudi di Yaman.[13]

Pada 2 Oktober 2018, Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk memperoleh dokumen berkaitan perkahwinan yang beliau rancang, namun tidak pernah dilihat keluar. Di tengah-tengah laporan berita mendakwa beliau dibunuh dan dikerat-kerat di dalam, sebuah pemeriksaan konsulat tersebut, oleh para pegawai Arab Saudi dan Turki, berlangsung pada 15 Oktober. Pada awalnya, kerajaan Arab Saudi menafikan kematiannya, namun berikutan penjelasan berubah-ubah tentang kematian Khashoggi, peguam negara Arab Saudi akhirnya menyatakan pembunuh berkenaan telah dirancang terlebih dahulu.[14][15] Menjelang 16 November 2018, CIA telah menyimpulkan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman telah menitah perintah pembunuhan Khashoggi.[16][17]

Pada 11 Disember 2018, Jamal Khashoggi dinamakan majalah Time orang terbaik tahun ini atas kerjanya dalam bidang wartawan bersama dengan wartawan lain yang menghadapi penindasan politik kerana kerja mereka. Majalah Time merujuk Khashoggi sebagao "Penjaga Kebenaran".[18][19][20]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e Black, Ian (19 October 2018). "Jamal Khashoggi obituary". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2019. Dicapai pada 13 October 2019.
  2. ^ Hubbard, Ben; Gladstone, Rick; Landler, Mark (16 October 2018). "Trump Jumps to the Defense of Saudi Arabia in Khashoggi Case". The New York Times. Dicapai pada 17 October 2018. Mr. Khashoggi, who wrote columns for The Washington Post, lived in the United States, and his 60th birthday was on Saturday [13 October].
  3. ^ "Khashoggi 'died after fight' – Saudis". BBC. 19 October 2018. Dicapai pada 19 October 2018.
  4. ^ O'Toole, Gavin (30 October 2018). "Khashoggi's fiancee speaks about 'death squad' killing". Al Jazeera. Dicapai pada 30 October 2018.
  5. ^ "'Tell Your Boss': Recording Is Seen to Link Saudi Crown Prince More Strongly to Khashoggi Killing". The New York Times. 12 November 2018.
  6. ^ "Jamal Khashoggi: An unauthorized Turkey source says journalist was murdered in Saudi consulate". BBC News. 7 October 2018. Dicapai pada 12 December 2018.
  7. ^ "Speakers". International Public Relations Association – Gulf Chapter (IPRA-GC). 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2012. Dicapai pada 10 May 2012.
  8. ^ "Khashoggi Was No Critic of Saudi Regime". 15 October 2018.
  9. ^ Shezaf, Hagar (7 November 2018). "Snowden: Israeli Firm's Spyware Was Used to Track Khashoggi". Haaretz. Dicapai pada 4 April 2019.
  10. ^ Hendley, Paul (17 May 2010). "Saudi newspaper head resigns after run-in with conservatives". Al Hdhod. Dicapai pada 11 October 2018.
  11. ^ "Saudi Arabia wasn't always this repressive. Now it's unbearable". Opinion. The Washington Post. Dicapai pada 7 October 2018.
  12. ^ "Jamal Khashoggi: An unauthorized Turkey source says journalist was murdered in Saudi consulate". BBC News. 7 October 2018.
  13. ^ "Turkey says journalist Khashoggi 'killed at Saudi consulate'". France 24. 7 October 2018.
  14. ^ Batrawy, Aya; Torchia, Christopher (25 October 2018). "Saudi Arabia again changes its story on Khashoggi killing". AP NEWS.
  15. ^ Stancati, Margherita; Said, Summer (25 October 2018). "Saudi Arabia Says Evidence Points to Premeditated Killing of Khashoggi". Wall Street Journal.
  16. ^ Shane Harris; Greg Miller; Josh Dawsey (16 November 2018). "CIA concludes Saudi crown prince ordered Jamal Khashoggi's assassination". The Washington Post.
  17. ^ Schmitt, Eric; Fandos, Nicholas (4 December 2018). "Saudi Prince 'Complicit' in Khashoggi's Murder, Senators Say After C.I.A. Briefing". The New York Times.
  18. ^ Haag, Matthew; Grynbaum, Michael M. (11 December 2018). "Time Names Person of the Year for 2018: Jamal Khashoggi and Other Journalists" – melalui NYTimes.com.
  19. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2018. Dicapai pada 11 December 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  20. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2018. Dicapai pada 11 December 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]