Pergi ke kandungan

Jalan Puncak Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Puncak Alam
PengarahDharma Aizat
PenulisDharma Aizat
Dihasilkan olehJane Teo
Dibintangi
Disunting olehBrian Ng
Muzik olehPak Hasssan
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij
Diedarkan olehMetrowealth
Tarikh tayangan
23 April 2015
Masa tayangan
70 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Jalan Puncak Alam merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Filem ini ditayangkan pada 7 Mei 2015.

Mengisahkan tentang dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hanif (Niezam Zaidi) dan Azizi (Azwan Kombos) yang mengalami pengalaman pelik dan menyeramkan ketika melalui jalan Puncak Alam. Bermula dengan Azizi yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki sebuah motor. Tanpa diduga, motosikalnya telah rosak di kawasan hutan di Jalan Puncak Alam. Apabila diperiksa, dia mendapati motosikalnya kehabisan minyak walaupun baru sahaja isi. Azizi meminta pertolongan Hanif

Ketika Hanif dalam perjalanan menuju ke tempat Azizi, dia turut mengalami peristiwa yang tidak pernah dia laluinya sebelum ini. Lebih mencemaskan apabila Azizi turut berdepan dengan makhluk yang pelik ketika dia berada di jalan tersebut, Sepanjang laluan di Jalan Puncak Alam bukan sahaja gelap malah turut mengundang satu perasaan yang tidak dapat di gambarkan.

Apabila mereka berdua berjumpa, semuanya hampir selesai namun pertemuan Azizi dengan seorang pengail ikan telah membongkarkan satu perkara yang tidak masuk akal…. apakah perkara tersebut?

  • Niezam Zaidi sebagai Hanif
  • Azwan Kombos sebagai Azizi
  • Adik Muhammad Maliq Emam sebagai Budak/Hantu
  • Ustaz Dinie sebagai Pak Cik
  • Zakaria Zahid sebagai Pemancing
  • Epy Kodiang sebagai Dekjan
  • Shafiez Shamsuri sebagai Azmi
  • Iskandar Nor sebagai Erol
  • Ahmad Syafiq sebagai Farid

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Puncak Alam diarahkan oleh Dharma Aizat dan diterbitkan oleh Jane Teo untuk Mangkin Prestij. Ia merupakan filem kedua arahannya selepas Ia Wujud (2014).

Penggambaran dijalankan pada 2014, selepas Hari Raya Aidilfitri dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Hampir 96 peratus babak melibatkan kawasan Puncak Alam.[1]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Jalan Puncak Alam dikeluarkan pada 7 Mei 2015 dan dikelaskan sebagai PG13 dengan bimbingan ibu bapa dan penjaga untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Filem ini merupakan satu kegagalan komersial dan menerima ulasan negatif dari pengkritik filem. Rozaimi Zubaidi dari mStar Online menulis bahawa filem ini menampilkan plot yang mengelirukan, berkata: "…Jalan Puncak Alam ini mempunyai penyusunan plot yang mengelirukan dan kadangkala filem ini juga mempunyai pengulangan yang tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan penonton berasa bosan."[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]