Pergi ke kandungan

Jalal Talabani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalal Talabani
جەلال حیسامەددین نورەڵڵا تاڵەبانی
Presiden Kurdistan
Dalam jawatan
7 April 2005 – 24 Julai 2014
Perdana MenteriIbrahim al-Jaafari
Nouri al-Maliki
Naib PresidenAdil Abdul-Mahdi
Ghazi Mashal Ajil al-Yawer
Tariq al-Hashimi
Khodair al-Khozaei
Didahului olehGhazi Mashal Ajil al-Yawer (sementara)
Digantikan olehFuad Masum
Presiden Majlis Memerintah Kurdistan
Dalam jawatan
1 November 2003 – 30 November 2003
Didahului olehAyad Allawi
Digantikan olehAbdul Aziz al-Hakim
Pemimpin Kesatuan Patriotik Kurdistan
Dalam jawatan
1 April 1975 – 3 Oktober 2017
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehKosrat Rasul Ali (pemangku)
Maklumat peribadi
Lahir
Jalal Husamuddin Talabani[1]

1933
Kelkan, Kurdistan
Mati3 Oktober 2017(2017-10-03) (umur 83–84)
Berlin, Jerman
Cause of deathCerebral hemorrhage
Tempat semadiDabashan, Sulaymaniyah
Parti politikParti Demokratik Kurdistan (1947–1975)
Kesatuan Patriotik Kurdistan (1975–2017)
PasanganHero Ibrahim Ahmed (k. 1970)
Anak2, Bafel, Qubad
Tempat belajarUniversiti Baghdad

Jalal Talabani (Kurdish: جەلال تاڵەبانی Celal Tallebanî, Arab: جلال طالباني Jalāl Ṭālabānī 12 November 1933 – 3 Oktober 2017) merupakan ahli politik Kurdis. Beliau menjadi Presiden Iraq dari tahun 2005 sehingga 2014. Walaupun Abdul Karim Qasim merupakan sebahagian keturunan Kurdis, namun Talabani menjadi Presiden Iraq pertama bukan dari keturanan Arab.[2]

Talabani merupakan pengasas dan setiausaha agung bagi salah satu parti politik utama Kurdis iaitu Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK). Beliau juga merupakan ahli tetap Dewan Pemerintahan Iraq Sementara, yang ditubuhkan berikutan penggulingan kerajaan Saddam Hussein dalam tahun 2003. Talabani telah menjadi pendokong hak dan demokrasi Kurdish di Iraq selama lebih dari 50 tahun.

Selain bahasa Kurdi, Talabani juga fasih berbahasa Arab, Parsi dan Inggeris. Beliau turut menjadi ahli Sosialis Antarabangsa.[3]

Pada 18 Disember 2012, Talabani telah mendapat angin ahmar. Satu kenyataan dari laman web rasmi Presiden menyatakan bahawa beliau sedang dirawat akibat arteri tersekat.[4][5][6] Pada 20 Disember, keadaan beliau semakin baik dan dibenarkan terbang ke Jerman untuk mendapatkan rawatan.[7][8][9][10]

Pada 3 Oktober 2017, di usia 83 tahun, Talabami telah meninggal dunia akibat pendarahan serebrum sebagai komplikasi dari strok di sebuah hospital di Berlin.[11]

  1. ^ "Index Ta-Ti". www.rulers.org.
  2. ^ "Iraq's president appoints Shiite as prime minister". chinadaily.com. 2009-04-21. Dicapai pada 08-04-2005. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ XXIII Congress of the Socialist International, Athens. SPEECH OF H.E. JALAL TALABANI, PRESIDENT OF THE REPUBLIC OF IRAQ, 2008.
  4. ^ Adam Schreck and Qassim Abdul-Zahra (18 December 2012). "Jalal Talabani, Iraq President, Suffers Stroke". AP via Huffington Post. Dicapai pada 22 December 2012.
  5. ^ "Iraqi President Jalal Talabani 'in coma after stroke'". BBC News. 18 December 2012. Dicapai pada 22 December 2012.
  6. ^ "Iraq President Talabani stable after stroke". Al Jazeera English. 18 December 2012. Dicapai pada 22 December 2012.
  7. ^ Reuters in Baghdad (20 December 2012). "Iraqi president Jalal Talabani flies to Germany for stroke treatment". the Guardian. Dicapai pada 22 December 2012.
  8. ^ "Iraq's Jalal Talabani arrives in Germany for treatment". BBC News. 20 December 2012. Dicapai pada 22 December 2012.
  9. ^ Reuters (20 December 2012). "Iraq's President Talabani leaves for treatment in Germany after stroke". NBC News. Dicapai pada 22 December 2012.
  10. ^ Anatolia News Agency (17 May 2013). "Iraq Presidential Office publishes pictures showing ailing Jalal Talabani recovering from stroke". Hurriyet Daily News. Dicapai pada 1 July 2013.
  11. ^ Former Iraqi President Talabani dies at 83

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Jalal Talabani di Wikimedia Commons