Pergi ke kandungan

Jalak maiolica Vasylkiv

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vasylkiv maiolica rooster
PelukisProtoriev Valerii Semenovych, Protorieva Nadiia Yukhymivna
Tahun1960-1980
BahanMaiolica

Jalak maiolica Vasylkiv (Bahasa Ukraine: Півник васильківської майоліки) ialah sebuah replika hiasan yang dihasilkan oleh kilang maiolica di Vasylkiv. Patung ayam jantan atau jalak ini dicipta oleh Valerii Protoriev dan Nadiia Protorieva. Patung hiasan ini menjadi simbol daya ketahanan orang Ukraine semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine (2022) selepas foto salah sebuah rumah di Borodianka ditularkan di internet. Foto tersebut menunjukkan sebuah flat hampir musnah. Walaupun flat tersebut hampir musnah sepenuhnya, kabinet dapur di dinding terselamat. Apabila foto tersebut dilihat dengan lebih teliti, kelihatan sebuah patung hiasan berbentuk jalak maiolica tersergam di kabinet tersebut. [1]

Asal-usul jalak Vasylkiv maiolica bermula pada abad ke-18, apabila bandar Vasylkiv menjadi pusat pengeluaran tembikar di Ukraine. Tradisi mencipta barang tembikar maiolica di bandar Vasylkiv dimulakan dengan kedatang ahli tukang dari Itali ke rantau ini dan kemahiran tersebut dikembangkan lagi oleh ahli tukang tempatan. Ia menjadi salah satu simbol seni dan budaya rakyat Ukraine. [2] [3]

Patung jalak di dalam foto itu dihasilkan di kilang maiolica di Vasylkiv dari awal 1960-an hingga 1980-an. [4] Selepas gambar kabinet yang masih sempurna dengan sebuah patung jalak dari rumah yang musnah di Borodianka menjadi terkenal di seluruh dunia, pihak media Ukraine dan orang ramai di rangkaian sosial mula berminat dengan karya seni ini. Kabinet itu diamati dan fotonya ditangkap oleh Yelyzaveta Servatynska dan timbalan Majlis Bandaraya Kyiv Victoria Burdukova menarik perhatian semua orang kepada patung jalak tersebut. [5]

Patung jalak tersebut, bersama-sama dengan kabinet yang menyimpannya telah dibawa ke pameran Muzium Negara Revolusi Maruah. [6] [7]

Pengarang

[sunting | sunting sumber]
Patung seramik Jalak pada kabinet yang masih sempurna di rumah yang musnah, Borodianka, April 2022

Karya itu pada mulanya dikaitkan dengan Prokop Bidasiuk tetapi isu ini dianggap satu kesilapan. [8]

Serhii Denysenko, ketua artis kilang maiolica di Vasylkiv, mempercayai yang bahawa pembuat patung jalak tersebut adalah Valerii Protoriev dan isterinya Nadiia. [9] [10]

Pysanka dengan ayam jantan Borodianka

Kabinet dapur dengan patung jalak yang terselamat daripada pengeboman dan kekal di dinding telah menjadi simbol ketabahan dan kesabaran. Sebuah meme telah muncul dari perkara ini: "Jadilah sekuat kabinet dapur ini". [11] Imej Jalak juga telah disebut sebagai simbol semangat Ukraine yang gigih. [12]

Gambar seekor jalak telah muncul dalam ilustrasi Olexandr Grekhov, Dima Kovalenko, Inzhyr the Cat. Ia sedang dicari secara aktif di pasaran dalam talian tempatan.

Jalak telah menjadi salah satu tema popular untuk pysanky (telur Paskah) – contohnya, pereka Lithuania Laimės Kūdikis meletakkannya pada salah satu rekaannya. [13] Semasa lawatan Perdana Menteri UK Boris Johnson ke Kyiv pada 9 April tahun 2022, kedua-dua beliau dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyi telah dihadiahkan dengan sebuah patung jalak seramik. [14][15]

  1. ^ "На кухонній шафі, яка вціліла після обстрілів в Бородянці, впізнали керамічного півника з Василькова". Українська правда _Життя. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-09. Dicapai pada 2022-04-09.
  2. ^ Kozak, Svitlana, Ukrainian Folk Art: Vasylkiv Maiolica Rooster, Journal of International Women's Studies, vol. 13, no. 2, 2012, pp. 157-168.
  3. ^ Oksana Kharchenko, Traditional Ukrainian Ceramics
  4. ^ "Чи можливо відновити виробництво васильківських півників, одного з яких подарували Борису Джонсону?". Рукотвори. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-25. Dicapai pada 2022-04-12.
  5. ^ "Історія кухонної шафки з півником: як одне фото з руїн Бородянки стало вірусним". BBC News Україна (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-11. Dicapai pada 2022-04-12.
  6. ^ Павлюк, Олег (2022-04-17). "Кухонна шафка з Бородянки стала надбанням Національного музею Революції Гідності". Suspilne.
  7. ^ "Символ стійкості українців – кухонна шафа з керамічним півником із деокупованої Бородянки – відтепер є надбанням музейного фонду України". www.maidanmuseum.org (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-16. Dicapai pada 2022-04-17.
  8. ^ "На кухонній шафі, яка вціліла після обстрілів в Бородянці, впізнали керамічного півника з Василькова". Українська правда _Життя. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-09. Dicapai pada 2022-04-09.
  9. ^ "Півник з кухонної шафки в Бородянці. Як предмет Васильківської майоліки став символом стійкості України та прославився на весь світ". nv.ua (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-11. Dicapai pada 2022-04-12.
  10. ^ "Чи можливо відновити виробництво васильківських півників, одного з яких подарували Борису Джонсону?". Рукотвори. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-25. Dicapai pada 2022-04-12.
  11. ^ "Історія кухонної шафки з півником: як одне фото з руїн Бородянки стало вірусним". BBC News Україна (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-11. Dicapai pada 2022-04-12.
  12. ^ "Вцілілий керамічний півник в Бородянці став символом незламності українського духу". Горинь інфо (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-25. Dicapai pada 2022-04-12.
  13. ^ "ВЕЛИКОДНІ ПОДАРУНКИ НАШИХ ПОБРАТИМІВ — Телеканал I-UA.tv". i-ua.tv (dalam bahasa Ukraine). 2022-04-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-25. Dicapai pada 2022-04-25.
  14. ^ Дим, Нестор (2022-04-09). ""Півник – символ перемоги": як проста перехожа в Києві завдяки випадковості подарувала Зеленському і Джонсону символічні сувеніри". Новинарня (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-09. Dicapai pada 2022-04-09.
  15. ^ "Джонсону подарували півника з відомої шафки, що вціліла у Бородянці". www.golos.com.ua (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-09. Dicapai pada 2022-04-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Jalak maiolica Vasylkiv di Wikimedia Commons