Jack (filem 1996)
Jack | |
---|---|
Pengarah | Francis Ford Coppola |
Penulis | |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | John Toll |
Disunting oleh | Barry Malkin |
Muzik oleh | Michael Kamen |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Buena Vista Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 113 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $45 juta USD[1] |
Pecah panggung | $58.6 juta USD |
Jack merupakan sebuah filem yang diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 1996. Filem ini diarahkan oleh Francis Ford Coppola yang bergenre komedi. Filem ini dibintangi oleh Robin Williams, Diane Lane, Jennifer Lopez, Fran Drescher, Bill Cosby dan Brian Kerwin. Williams memainkan peranan utama sebagai Jack Powell, seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami sindrom peningkatan usia 4 kali lebih pantas dari Sindrom Werner atau lebih dikenali sebagai Progeria.
Plot
[sunting | sunting sumber]Filem ini pada mulanya mengisahkan Karen Powell (Diane Lane) dihantar ke dewan bersalin di sebuah hospital semasa parti Halloween oleh suaminya, Brian Powell (Brian Kerwin) dan rakan-rakannya yang lain. Karen selamat melahirkan seorang anak lelaki yang lahir secara pramatang walaupun hanya berusia 10 minggu di dalam kandungan. Hakikatnya, bayi tersebut cukup sifat dan sihat walafiat. Dia dinamakan sebagai Jack. Selepas melakukan beberapa pemeriksaan fizikal oleh sekumpulan pakar kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Benfante (Allan Rich) dan Dr. Lin (Keone Young), Jack disahkan menghidap sindrom werner / ARD (Autosomal Recessive Disorder). Tambahan lagi, Jack akan mengalami peningkatan usianya 4 kali lebih pantas berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.
10 tahun kemudian, Jack (Robin Williams) sudah berumur 40 tahun. Dia sering dibuli dan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya. Akibat dari peristiwa itu, Jack menjadi seorang yang pemalu, rendah diri dan hilang keyakinan diri. Dia tidak mahu meneruskan pembelajaran di sekolah tersebut. Dia hanya berkomunikasi dengan kedua orang tuanya dan guru peribadinya, Lawrence Woodruff (Bill Cosby) yang mampu memulihkan tekanan emosi yang di alaminya.
Apabila dia memulakan alam persekolahannya semula, dia masih tetap dibuli oleh kanak-kanak nakal dan dipaksa mendapatkan majalah dewasa untuk diberikan kepada mereka. Jack hanya mempunyai seorang sahaja kawan lelaki yang bernama Louis yang sudi menjadi sahabatnya. Dia banyak mengajar kepada Jack tentang kehidupan seorang lelaki dewasa dengan perempuan dewasa mengenai kasih sayang, alam percintaan dan lain-lain. Sebagai contoh ketika dia bertemu dengan seorang guru perempuan muda, Miss Marquez (Jennifer Lopez). Naluri Jack mulai tertarik dengan gadis tersebut akan tetapi secara tiba-tiba, Jack telah jatuh pengsan dan terus dihantar ke hospital. Doktor memberitahu bahawa Jack menghidap penyakit gemuruh yang keterlaluan berikutan dengan masalah usia dan mentalnya yang sudah tua. Demi kepentingan kesihatan Jack, ibu bapanya mengambil keputusan untuk memberhentikannya sekolah. Keputusan itu, membuatkan Jack terlalu kecewa dan kemurungan.
Pada suatu malam, Jack telah pergi ke sebuah kelab malam untuk menenangkan perasaannya. Di situ, dia telah berkenalan dengan Paulie (Michael McKean), dan berkenalan juga dengan Dolores (Fran Drescher), seorang ibu tunggal yang juga ibu kepada Louis. Ekoran sikapnya yang pemalu dan gemuruh, dia telah terlanggar dengan seorang kaki mabuk (lakonan Edward Lynch) lalu mereka bergaduh. Kedua-duanya telah ditahan oleh pihak polis. Namun begitu, Dolores telah mengikat jamin Jack untuk dilepas dan dibebaskan serta merta dari lokap tersebut. Selepas dari peristiwa itu, Jack hanya duduk di dalam bilik dan mulai rasa rungsing dengan takdir yang dihadapinya. Karen mula berbincang dengan Woodruff untuk membimbing kembali anaknya agar emosi anaknya dapat dipulihkan semula serta pembelajarannya dapat diteruskan semula. Dengan bantuan rakan-rakan yang lain yang sering mengajak Jack untuk keluar bermain membuatkan Jack berubah fikiran dan kembali positif ke sekolah semula.
7 tahun kemudian, Jack sudah berusia 68 tahun, ia merupakan tahun akhir berada di Sekolah Tinggi. Pada hari graduasi, Encik Woodruff memberikan peluang kepada Jack, anak muridnya yang istimewa menyampai ucapan ringkas kepada hadirin yang hadir. Dalam ucapan itu, Jack mengingatkan bahawa kehidupan kita sebagai manusia ini hanyalah pendek sahaja, dan jadikannya ia sebagai satu kenang-kenangan yang indah buat selama-lamanya walaupun pengalaman pahit telah ditempuhi jua. Ketika itu, Jack sudah pun mempunyai seorang adik lelaki yang dilahirkan normal. Di babak akhir filem, Jack bersama 4 orang rakannya menaiki sebuah kereta untuk pergi bersuka ria demi menunaikan hasrat Jack buat selama-lamanya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Robin Williams sebagai Jack Powell
- Diane Lane sebagai Karen Powell
- Brian Kerwin sebagai Brian Powell
- Jennifer Lopez sebagai Miss Marquez
- Bill Cosby sebagai Lawrence Woodruff
- Fran Drescher sebagai Dolores Durante
- Adam Zolotin sebagai Louie Durante
- Todd Bosley sebagai Eddie
- Seth Smith sebagai John-John
- Mario Yedidia as George
- Michael McKean sebagai Paulie
- Allan Rich sebagai Dr. Benfante
- Keone Young sebagai Dr. Lin
- Allison Whitbeck sebagai Lucy
- Dwight Hicks sebagai High School Principal
- Mark Coppola sebagai Radio Personality (voice)
- Al Nalbandian sebagai Principal McGee
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Jack". Box Office Mojo. Dicapai pada 2016-05-30.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Jack (filem 1996) |