Jabatan Pendidikan Negeri Johor
![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Agensi kerajaan ![]() |
---|---|
Industri | Pendidikan |
Ditubuhkan | 1883 |
Ibu pejabat | ![]() Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jalan Tun Abdul Razak 80604 Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Tapak web | jpnjohor |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jabatan Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg.Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862). DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1hb. Jun 1902 bagi persekolah kanak-kanak 7 tahun. 'Johor Free School' diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung.
'English School Johor Bahru' direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya 'English School Muar' (1912), 'Johor Agriculture School' (1885) dan 'Johor Technical School' (1895).
Dari punca 'Singapore & Straits Director' (SSD) 1883 Jabatan Pelajaran Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato' Munsyi Ibrahim (Dato'Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). YAM Ungku Mohd. Khalid (1901), Dato' Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar.
Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil 'President' di mana Dato' Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. 'Superintendent Of School' (1885-1984) digunakan bagi mengantikan 'Secretary of Education Dept' yang disandang oleh Mohd Khalid Bin Abdullah. Hj. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada kepada 'Officers in charge of Malay School'. H.A.R. Cheesemen memulakan jawatan sebagai 'Superintendent of Education' pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. 'Chief Education Officer' bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan. Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru.
Visi & Misi
[sunting | sunting sumber]Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara"
Matlamat & Objektif
[sunting | sunting sumber]Matlamat
"Jabatan Pendidikan Johor berhasrat melahirkan insan cemerlang yang berdaya tahan, tinggi serta mampu menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian Wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara"
Objektif
Jabatan Pendidikan Negeri Johor berharap dapat:
- Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani
- Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celek sains dan teknologi
- Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi
Logo
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ea/Jabatan_Pendidikan_Johor.png/220px-Jabatan_Pendidikan_Johor.png)
Latar Belakang
Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.
Pengertian
- Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama
- Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.
- Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.
- Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.
- Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.
Carta Organisasi
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/88/Cartaorganisasi2016w.jpg/220px-Cartaorganisasi2016w.jpg)
Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangkumi 10 sektor yang mengurus di peringkat negeri dengan dibantu 11 Pejabat Pendidikan Daerah yang mengurus diperingkat daerah.
Sektor-sektor
- Sektor Pengurusan Sekolah
- Sektor Pengurusan Akademik
- Sektor Jaminan Kualiti
- Sektor Pembangunan Kemanusiaan
- Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
- Sektor Infrastruktur dan Perolehan
- Sektor Pendidikan Islam
- Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
- Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
- Sektor Psikologi dan Kaunseling
Pejabat Pendidikan Daerah
- Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
- Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
- Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
- Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
- Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
- Pejabat Pendidikan Daerah Muar
- Pejabat Pendidikan Daerah Pontian
- Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
- Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
- Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang
- Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
Senarai Pengarah Jabatan
[sunting | sunting sumber]
|