Pergi ke kandungan

J&T Express

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
J&T Express
Dinamakan sempenaJet Lee, Tony Chen Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriLogistik Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan2015
PengasasJet Lee
Tony Chen Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatJakarta Utara Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingRobin Lo (CEO)
Tapak webIndonesian website
Facebook: jntexpressphilippines Twitter: jntexpressph Instagram: jntexpressph Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

J&T Express (secara rasminya PT Global Jet Express [1]) ialah sebuah syarikat logistik berasal dari Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 2015, syarikat ini umumnya menguruskan bidang logistik dan penghantaran bungkusan. J&T menggunakan gudang penyusunan automatik di Indonesia dan Singapura.[2] Ia menerima Anugerah Jenama Terbaik Indonesia pada tahun 2018 serta 2019.[3] Pada bulan Jun 2017, syarikat ini dinilai sebanyak 543 juta dolar.[4]

J&T Express ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Jet Lee dan Tony Chen, masing-masing ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan semasa Oppo, dan ini ialah asal nama J&T.[5] Setelah ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2015, syarikat ini telah berkembang ke Malaysia dan Vietnam pada 2017, Filipina dan Thailand pada 2018, Singapura dan Kemboja pada tahun 2019, dan China pada tahun 2020.[6] Setakat kini, perluasan pada masa depan masih belum diketahui kerana penyelidikan pasaran masih dijalankan.[1] J&T Express telah menyaksikan peningkatan perniagaan yang pesat di Indonesia dalam beberapa tahun terakhir dan telah menjadi syarikat perbungkusan keempat terbesar di Indonesia.[7]

Pandemik COVID-19

[sunting | sunting sumber]

Akibat pandemik COVID-19 di Indonesia, syarikat ini telah memperoleh peningkatan penghantaran sebanyak 50% pada bulan Ramadhan 2020 berbanding tahun lalu, dengan pengendalian sehingga kira-kira 3 juta bungkusan setiap hari.[8]

J&T Express telah memberikan bungkusan bantuan kepada bandar-bandar yang terjejas teruk akibat wabak tersebut, seperti Surabaya[9] dan Tangerang.[10] Pakej bantuan perubatan juga diberikan kepada hospital-hospital Indonesia.

Di Filipina, sebuah video berkenaan pekerja yang melempar bungkusan pada 2020 menjadi tular, menyebabkan J&T Express Filipina memberi kenyataan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan kepada yang terlibat dalam kesalahan pengurusan bungkusan itu.[11][12] Sebuah video serupa yang melibatkan pekerja J&T Express Indonesia menjadi tular di Internet pada 2019.[13]

Pada Februari 2021, suatu insiden protes para pekerja J&T di Malaysia susulan dakwaan tindakan pengurangan gaji pekerja menjadi tular, dengan video-video bungkusan dibaling dan pembiaran longgokan bungkusan sebagai tanda protes menjadi tular lalu menerbitkan kebimbangan para pengusaha dan pengguna yang menggunakan khidmat syarikat.[14] Sebagai tindakan susulan, pihak pengurus J&T Express serta golongan pemprotes yang tular memohon maaf akibat insiden itu, dan membuat kenyataan bahawa insiden itu berpunca daripada salah faham semata-mata.[15] Siasatan oleh Kementerian Sumber Manusia mengesahkan bahawa insiden itu berlaku berikutan bebanan kerja yang naik mendadak serta sistem pemberian bonus yang menyebabkan sesetengah pihak kurang berpuas hati; sistem pemberian bonus itu dikatakan dibuat berdasarkan prestasi dan terdapat perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang menyebabkan pendapatan para pekerja berkurang.[16]

Media Konsumen, sebuah platform aduan kepenggunaan Indonesia menerima banyak surat aduan berkenaan keluhan kesalahan pengurusan dan kurangnya ketelusan dan kebolehpercayaan dalam sistem pengiriman J&T Express, yang mengakibatkan bungkusan mereka hilang atau dikirim ke alamat yang salah.[17][18][19]

  1. ^ a b "Baru 4 Tahun Berdiri, J&T Express Diam-Diam Sudah Rambah 5 Negara | Ekonomi". Bisnis.com. 2019-06-19. Dicapai pada 2020-06-27.
  2. ^ Kalra, Aditi Sharma. "Industry Insider: E-commerce logistics needs talent with holistic industry knowledge, or risk being displaced". www.humanresourcesonline.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
  3. ^ Media, Kompas Cyber. "Empat Tahun Berkiprah, J&T Express Torehkan Segudang Prestasi". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  4. ^ "J&T Express". jet.co.id. Dicapai pada 2020-06-27.
  5. ^ "Top Indo-based courier expands services to Sabah | Daily Express Online - Sabah's Leading News Portal". www.dailyexpress.com.my. Dicapai pada 2020-06-28.
  6. ^ Singapore, J&T Express. "About Us | J&T Express". www.jtexpress.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
  7. ^ "Indonesia Courier, Express, and Parcel (CEP) Market | Size, Forecast (2019-2024)". www.mordorintelligence.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
  8. ^ antaranews.com. "Delivery company records 3 mln shipments during Ramadhan". Antara News. Dicapai pada 2020-06-27.
  9. ^ BeritaSatu.com. "J&T Express Salurkan Bantuan Covid-19 kepada Pemprov Jatim". beritasatu.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  10. ^ Redaksi (2020-05-06). "J&T Express Tangerang Salurkan Bantuan APD dan Masker ke Rumah Sakit Rujukan Covid-19". BantenNews.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  11. ^ CoconutsManila (2020-06-24). "Video of packages being recklessly hurled an 'isolated case,' says J&T Express Philippines | Coconuts Manila". Coconuts (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
  12. ^ "Delivery company to sanction personnel seen 'mishandling' parcels in viral video". cnn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-27.
  13. ^ Media, Kompas Cyber. "Viral Video Petugas Lempar Paket Kiriman Pelanggan, Ini Klarifikasi J&T Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  14. ^ Muhamad, Hasimi (7 Februari 2021). "Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan". Astro Awani. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  15. ^ Faris Fuad (7 Februari 2021). "Tujuh pekerja J&T Perak baling barang mohon maaf". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  16. ^ Nor Azizah Mokhtar (12 Februari 2021). "Beban kerja, bonus punca pekerja J&T mogok, baling barang". Berita Harian. Dicapai pada 14 Februari 2021.
  17. ^ Anugerah, Ramdhan (2020-06-04). "Kecewa akan Layanan J&T Express! Paket Belum Tiba". Media Konsumen (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  18. ^ Dhani_elthary (2020-06-06). "J&T Express, Sudah 6 Hari Paketku Belum Sampai Juga". Media Konsumen (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.
  19. ^ P, Leonardo (2020-06-03). "Service Level J&T Express Mengecewakan". Media Konsumen (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-06-27.