Pergi ke kandungan

Iwan Gayo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iwan Gayo
Kelahiran
Iwan Abu Bakar

(1951-11-07)7 November 1951
Meninggal dunia28 Disember 2024(2024-12-28) (umur 73)
Nama lainIwan Glaxo
Pekerjaan
PasanganRohani Gayo

H. Iwan Abu Bakar atau Iwan Gayo (lahir 7 November 1951 – meninggal 28 Disember 2024 pada umur 73 tahun), ialah wartawan, penyelia, dan penulis buku yang berasal dari Indonesia. Ia menghimpun pelbagai pengetahuan umum dan telah menerbitkan beberapa tajuk buku ringan yang terkenal seperti Buku Pintar: Siri Junior, Buku Pintar: Siri Senior, Buku Pintar: Haji dan Umrah, dan Encyclopedia Islam International. Istilah "buku pintar" sebagai sinonim sering diguna untuk ensiklopedia atau kamus.[1]

Iwan lahir di Takengon, sebuah bandar di dataran tinggi Gayo, Kabupaten Aceh Tengah, Provinsi Aceh. Sejak kecil beliau sudah sering mendapat keperitan dan cabaran, bahkan harus bertukar nama sebanyak tiga kali. Pada awalnya, saat masih bayi ia diberi nama Esem. Sebelum memasuki masa sekolah, namanya bertukar kepada Abang Kingkong. Kemudian, ketika menyertai Sekolah Dasar, ayahnya, Abubakar Bintang, memberinya nama Iwan Glaxo. Namun, nama ini sering menjadi bahan ejekan oleh teman-temannya di Sekolah yang mengolok-oloknya dengan panggilan "glakson motor".

Iwan tidak menyukai nama itu, beliau mengganti nama belakangnya menjadi Abu Bakar, nama yang sama dengan ayahnya pada usia 16 tahun. Pada usia 20 tahun, selepas merantai tiga tahun di Jakarta, ia memilih nama Iwan Gayo sebagai nama penulis. Sebelum memulai penerbitan buku, Iwan bekerja sebagai wartawan dan memenangi Hadiah Adinegoro pada 1981.

Pada tahun 1982, Iwan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Buku Pintar Junior" berisi 400 halaman. Tidak disangka buku itu sungguh laris, dia kemudian menerbitkan jilid kedua bertajuk "Buku Pintar Senior" (800 halaman) pada tahun 1986, dan sekuelnya "Buku Pintar Nusantara" (1,000 halaman) pada tahun 1987. Pada tahun 1989, Iwan memutuskan untuk bermastautin dan mempelajari Islam lebih dalam di Mesir dan Arab Saudi selama beberapa tahun.

Iwan Gayo menerbitkan beberapa buku seperti "English Liberty Statue" (64 halaman) pada tahun 2000, diikuti oleh "Buku Pintar Haji dan Umrah" (400 halaman) pada tahun 2001. Pada tahun 2002, beliau menerbitkan "Atlas Indonesia Baru". Pengajiannya tentang Islam berlanjut di Jordan dan Syria pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau menerbitkan "Almanak Negara, Direktori SDA dan SDM Indonesia". Iwan Gayo menerbitkan buku sederum perpisahannya sebelum bersara yang bertajuk "Buku Pintar Islam alias Ensiklopedi Islam International" pada tahun 2013. Buku itu terdiri dari 1,264 halaman dan tajuk paling popular yang pernah ia tulis.

  1. ^ antaranews.com (2024-12-30). "Mengenal Iwan Gayo, penulis legendaris asal Aceh yang tutup usia". Antara News (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-11.