Pergi ke kandungan

Itu (francais)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Itu
PenciptaErma Fatima
Hasil kerja asalPerempuan Itu (2023)
Dimiliki olehRumah Karya Citra
Tahun2023–kini
Filem dan televisyen
Siri televisyen

Itu ialah sebuah francais media Malaysia karya Erma Fatima terbitan Rumah Karya Citra. Francais ini bermula dengan Perempuan Itu (2023),[1] kemudian diikuti oleh Lelaki Itu (2024)[2] dan Keluarga Itu (2025).[3]

Siri drama

[sunting | sunting sumber]

Perempuan Itu (2023)

[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Lelaki Itu (2024)

[sunting | sunting sumber]

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Syed Mirza telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah, seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Syed Mirza meninggal dunia dan pada hari pengebumian, Imani , CFO syarikat Syed Mirza muncul bersama bayi lelaki anaknya bersama Syed Mirza. Sharifah Qaidah menolak untuk pembahagian harta melalui faraid jadi mereka membuat tuntutan di mahkamah. Perkahwinan Imani di Thailand telah disahkan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, anak Sharifah Qaidah, Sya telah berkahwin di luar negara dengan Khai. Setelah ibu Khai datang ke KL untuk bertemu Sharifah Qaidah, rupanya Khai dan Sya adik beradik sebapa. Khai terpaksa menceraikan Sha tetapi Sha mengandung. Dia terpaksa mengugurkan kandungannya dan mengalami tekanan jiwa. Sharifah Qaidah mengurung Sya di rumah rehatnya, tetapi keadaan Sya semakin teruk sehingga mengancam untuk membunuh diri.

Khai cuba mendapatkan sijil nikah ibunya untuk mendapatkan tuntutan faraid dari bahagiannya dalam harta Syed Mirza. Sya melarikan diri dan dirogol beramai-ramai sehingga meninggal dunia.

Keluarga Itu (2025)

[sunting | sunting sumber]

Kehidupan keluarga Iman dan Cempaka dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat anak Ansara, Anwari, Dhamiah, dan Dhini. Namun, meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.

  1. ^ Leong, Adeline (19 Mac 2022). ""It's Disgusting!" Netizens Find Local Drama 'Perempuan Itu' Too Steamy For Ramadan Month". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2022.
  2. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2024). "Erma Fatima kecut perut tunggu respons Lelaki Itu". Kosmo!. Dicapai pada 2 Mac 2025.
  3. ^ Padin (28 Februari 2025). ""Saya Pernah Buat Cerita Poligami, Penyondol & Cinta… Dah Mual Dengan Isu Yang Sama" – Erma Fatima Beri Kelainan, 'Keluarga Itu' Tampilkan Kisah Nyata Sarat Pengajaran". XTRA. Dicapai pada 2 Mac 2025.